" kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi.
Jangan kau halang dia andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa
nanti dia pasti akan balik pada kau walau sehebat mana pun peganti
yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan
kau gengam ia terlampau kuat, bimbang ianya akan pecah
di gengaman engkau sendiri. "
" kau mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan
berkali-kali. Tapi aku pula seorang perempuan yang percaya bahawa
dalam hidup aku, aku akan hanya ada satu lelaki,
satu cinta dan satu perkahwinan "
" Jodoh kita sebenarnya bukan lah jodoh dengan siapa kita di dunia
ini, tetapi dengan siapa kita di syurga. Kalau kau kata
susah nak cari lelaki yang baik dalam dunia ni, ini
bermaksud kau tak percaya Tuhan. Allahuakbar, aku tunggu jodoh
di syurga nanti Ya Allah.. Titipkanlah aku seorang lelaki
yang benar-benar memiliki hati ku "