Thursday, February 3, 2011

2 hari lagi :'(


Huaaaaaaaaaaaaaaaaa!
nampak tak gambar kt atas nih gambar apa?
itu ialah pintu masuk UiTM perlis.
nampaknya pintu ni dah mengalu-alukan aku untuk memasukinya dengan penuh rasa terhormat.
wakakakakakak sedihnya! :'(
lagi 2 hari je kotttttt.
jumaat & sabtu.
ahad aku dah 'flight'. hehehehe.
yela, perlis kan jauh bangat seyhhhh!
tidur dalam bas dah mimpi macam-macam masih tak sampai lagi :'(
beratnya hati nak meninggalkan rumah.
tak puas langsung cuti.
selamat assignment tak banyak. hihihihihihi.
Public Relation tak cari lagi,
dah cari sikit je. haiyooooo apa macam deyh?


lepas cuti ni lec cakap banyak test.
scary youuuuuuuuuuuu~
LAW 261
FIN 262
BAB101
MGT 300
MKT 310
sedang menantikuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Wednesday, February 2, 2011

KLCC jom!

Assalamualaikum my dearest blog :)
yeeeeeeeeeeeho!
hari ni menghabiskan duit, tenaga & masa kt KLCC pulak.
walawehhh memang aku ni jenis kutu rayap lah kan.
hahahahaha ekceli kan kan,
aku keluar hari ni tak di rancang langsung.
yela, malam tadi pun tidur lewat,
bangun pagi je 'ada orang' ajak keluar.
macam nak terkeluar biji mata aku yang pada mulanya kecil je.
heeeeeeeeeeeee :)
siapakah insan itu?
biarlah rahsia. HAHAHAHAHA.


terus mandi-mandi dan bersiap molek.
erkkk, molek kah? hehehhehe.
perasan molek adalah ;p
perjalanan macam biasa, pagi-pagi lagi tren dah penuh.
haiyooooo gila la korang ni.
kalau aku kan, tak nak aku bersesak-sesak macam tu.
better lagi jammed kot.
memanglah ekceli sama je, tapi at least kita bengang,
aircond depan mata. hahahahaha
ni panas kot, aku nasihatkan korang kumpul duit banyak-banyak then beli la kereta weh.
rimas tahu, rimas!
;DD


Sesampainya di sana,
terus tengok tiket untuk cerita khurafat.
hahahaha orang lain dah tengok 2 3 kali,
aku baru nak tengok.
memang tak ramai sangatlah.
even movie tu start pukul 11,
tapi pukul 11 tu aku baru terkedek-kedek nak beli tiket.
ala bukan sharp pun pukul 11 tu movie di tayangkan.
ada iklan lah bagai.
so masuk-masuk dah start & mungkin aku ketinggalan 2 3 minit.
hehehhehehe


boleh tahan jugak la movie tu,
ada scene tu, aku menjerit.
HAHAHAHA bukan sebab takut ( aicehhhhh) tapi terkejut.
best best.
siapa yang tak tengok lagi tu, g la tengok sementara stok masih ada!
wahhh promot! hehehhehe :)

abes tengok movie, perut dah nyanyi lagu Maher Zain.
hahahha baik kan perut aku? HAHAHAHA.
memang dah set dalam otak,
nak g KLCC sebab nak makan laksa!Boldperhhhh best gua cakap lu.
sepatutnya kt area utara la kan best.
tp buat masa ni, ini yang terbaik :)
1 mangkuk boleh di habiskan!
cuma ada bahan-bahan dalam laksa tu yang aku tak makan,
tinggalkan aje :)

Blurrrrp terliur lagi! Nak semangkuk lagiiiiii!


Then lepas makan, solat & jalan-jalan kt taman KLCC.
walaupun cuaca agak panas,
tapi aku gagahkan jua! HAHAHAHA
tidak ketinggalan untuk menynap pic ( ayat keling) HAHAHA

comel tak saya? HAHAHAHA
hijau itu tenang :)
macam model la pulakk. aicehh perasan! HAHAHA
hahahahah :)
Okey, ini serious okey! gambar yang aku snap sendiri. Bukan curi di google. HAHAHA


Selamat tinggal KLCC. lain kali bertemu lagi! :)


lepas dah jalan-jalan & snap pic semua tu,
ktorg pun bergerak pulang.
lebih kurang pukul 4 mcm tu lah.
anak dara tak elok balik lewat.
ngehhhhhhhh
;DD

Tuesday, February 1, 2011

Saya rindukan mereka.

saya merindui mereka
:(



dan merindui awak, awak dan awak.
bila kita nak jumpa?
-.-


hanya mereka-mereka je yang tahu siapakah mereka dia atas kepadaku.

Monday, January 31, 2011

Sejuk!

Akibat hujan yang yang kerap datang sejak-sejak akhir ni,
mendatangkan 'kesiksaan' padaku!
sesak & sakit dada sebab teramat sejuk.
tak selesa sangat!
sakit tekak, sakit dada,
flu sentiasa mengganggu pernafasanku :'(
aku mudah penat walaupun hanya dengan bercakap.
ya Rabbana, macam mana aku nak tidur malam ni :'(
tak selesanya!
:'(


Ucapkanlah.

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan

Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia



:'(

Sunday, January 30, 2011

Pasrah.


pasrah walaupun parah.
big girl, please dont cry -.-


Future Planning.

Wahhh wahhh!
tajuk entry nak hot jee!
heeee, ini sebenarnya akibat simptom-simptom keboringan.
by the way, takde benda yang dapat hiburkan hati
selain melayan perasaan kat blog tersayang :)


masuk sem ni, aku dah berada di semester ke4 di UiTM,
bermaksud dah tahun ke 2 la.
wah wah kejap je masa berjalan kan?
lebih kurang setahun lebih je aku nak continue habiskan diploma aku.
yipieeeeeeeeee!
hope sangat-sangat takde paper yang sangkut.
kalau tak, kena tambah sem.
nauzubillah, tak mahu :(
3 tahun ni pun dah cukup lama.
ada yang dah buat degree pun sebab ambik fast track.
tapi takpela, aku rasa aku tak layak nak ambik fast track.
buatnya sangkut paper,
kena ulang diploma, tak nak aku!
slow-slow la, diploma pun diploma la :)


so lepas ni, insyaALLAH aku grad!


insyaALLAH, 2012 nanti :)


then lepas tu, aku nak buat apa ek?
sambung degree atau kerja?
hurmm itu jawapan yang aku tak boleh nak jawab sekarang.
sebab semuanya bergantung kepada rezki.
rezki kita tak tau kan?
cuma kalau berpeluang, memang aku nak sambung degree.
kt UiTM jugak boleh?
UiTM kan sentiasa di hati.
HAHAHAHA caitttt..
cuma bidang apa tu aku tak tau lagi,
tengok la macam mana nanti.
doakan aku, aminnn :)


then lepas dah kerja, dah ada pengalaman,
dah ada duit, modal & kekuatan,
aku ingat nak buat bisnes.
bisnes apa? jeng jeng jeng.
nak buka tadika!
hahahaha insyaALLAH la.
kita hanya merancang, tapi semuanyakan ketentuanNya.
memandangkan umi pun ada basic mengajar & bla bla bla,
boleh la umi bantu aku sikit-sikit kan?
umi jadi Maam besar ke! hahahahah.
lawak pulak bila aku fikir.
yela, bukan senang nak buka tadika, nak raih customer.
aku faham, sebab aku pernah bekerja masa tunggu SPM dulu,
kat tadika yang baru nak meningkat naik.
tapi, nothing is impossible.
angan-angan tak mustahil jadi kenyataan kan?

Gambar kenangan masa aku jadi ustazah dulu :)
Inilah anak murid kesayanganku! Nama dia Irfan. Rindu sangat-sangat. Teringat masa awal-awal aku masuk U dulu, dia selalu jugak contact aku. Comel kan? Tapi sekarang ni dah lost contact lah. Mana lah awak Irfan :(
Ini pulak Haziq! Budak 4 tahun. comel kan? Tersangat lah manja. Sikit-sikit nak minta dukung. HAHAHAHA. Mamat ni jugak lah kaki cakar. Nakal ek! Babab tangan tu kang. Hahaha. HAZIQ mesti dah besar sekarang kan? :)
Dan ini gambar semua student 4,5 & 6 tahun. Comel kan? Nak anak ramai macam ni boleh? HAHAHAHAHA. Rindunya dorang :'(
Arash Daniel & kakak. Aku tak ingat la nama gurl ni, sebab aku panggil dia kakak. heheee



Itulah serba sedikit tentang pengalaman aku mengajar.
best memang best.
tapi tension jugak babe!
sangat! lagi-lagi bila budak-budak ni degil,
ya Rabbana,,
aku memang sukakan kids,
before kerja ni aku tak pernah cuci budak-budak beri (buang air besar) and kencing.
tapi dah kerja, kena lah jalankan tanggungjawab kan?
memang mula-mula ________ yucks!
hahahaha tapi lama-lama, okey je :)
nanti kita kena buat jugak kan kan ;DD


bila dah ada duit, jom kita beli rumah! heheheh :)


Mana satu okey ekk? Kalau boleh, aku memang nak beli rumah 1 tingkat je. Tak payah naik turun tangga kan kan?
sumber : google

bila dah ada rumah & kereta,
apa lagi yang kurang ek?
JENG JENG JENG

target umur bila kawen berapa ekk, 25 something kot.
bila dah dapat semua keinginan di atas.
tapi jangan lewat sangat.
bak kata Akma, perempuan tak elok kawen lewat.
HAHAHAHAHA
betul kan kan?
bestnya la kawen! lalalalalala.
Kak Ain, saya nak imam muda!
cepat carikannnnnnnnnnnn!
;DD



tak salah berangan kan?