Saturday, May 21, 2011

Selamat Belajar!

Assalamualaikum! heyyy, hari ni adik aku masuk U laaa.
first day dia kot.. hehe. Dia dah selamat ada kat Arau pun,
aku tak tau kenapa UiTM bagi dia study kat Arau tu,
macam tau-tau je kan akak dia ada kat sana. psttttttttttt aku menyampah sebenarnya.
hahahahaha. baru je nak ikut umi abi hantar dia, tup2 dapat kat Arau,
errr takpela, terima kasih jela yee, minggu depan pun aku akan menghadap Arau.
kalau dapat kat tempat lain for sure la nak ikut sebab nak tengok environment U dorang.


umi & abi gerak pukul 5 am pagi tadi, yang ikut umi & abi je. sibling lain tak ikut.
so ktorang yang perempuan-perempuan ni agak ketakutan sebenarnya,
yela selepas kejadian pecah masuk rumah hari tu kan,
so memang terus terang gua cakap lu, gua memang fobia,
dengar bunyi pintu sikit dah cuak padahal bunyi pintu rumah sebelah,
psttttttt menyusahkan betul =.='
so after tengok dorang gerak semua, ktorang sambung tidur balik,
tapi aku tak boleh tidur sebab dah terjaga, dekat pukul 6 baru aku terlelap.
pastu pukul 9 :40 am macam tu dapat mesej daripada umi
yang dorang dah sampai Arau. Power tak abi? hahahahha.
abi tak drift okeyyy, memang abi bawak kereta laju tapi berhemah. hehehhe
alhamdulilahh, dorang semua sampai dengan selamat.


umi & abi pun dah selamat sampai Rawang pukul 7 malam tadi,
tu pun lewat sikit sebab jammed kat Rawang, hmm apa lagi
aku dok bergosip la dengan umi tanya pasal abang dapat kolej mana, & bla bla bla,
umi cakap abang dapat kolej cengal 4. Aku dah tercengang-cengang dah,
maaf laa, dah sebulan cuti saya terlupa la cengal 4 tu kat mana!
wakakakakakak. alhamdulilah, umi cakap abang suka kat sana.
hope ko okey2 jela ye wehh, nanti seminggu lagi kita jumpa la :)



hmmm tiba-tiba teringat pula kisah 2 tahun lepas,
kisah aku seorang yang tersangat homesick memijakkan kaki ke bumi Arau.
bayangkan la, dulu masa form1 masuk asrama kejap kat SAMER pun tahan 2 minggu je,
lepas tu call umi abi merayu-rayu nak duduk luar. hahahah punya cengeng,
sekali hambekkk kau aku dapat U kat Arau.
tapi kan, percaya tak, aku tak menangis langsung beb! hahahah.
masa tu umi & pakcu yang hantar aku sebab abi hantar Mar,
dat day sama hari pendaftaran, so abi hantar Mar,
umi hantar aku. sobsobsob sedih pulakk ingat dulu =.='
actually aku pun pelik, kenapa aku tak menangis ek. hahaha
nak tau tak, lepas habis je orientasi yang menyiksakan jiwa raga seminggu tu,
memang meleleh air mata aku... mungkin air mata aku lambat pick up sikit kot.
ahhaha dah seminggu dok Arau baru rasa sedih dah jauh dengan family.
alahai, comel-comel je aku. wakakakakaka. maklumla, seminggu tu terlalu busy
sampai tak sempat nak touching-touching.


apa-apa hal pun, aku harap abang dapat biasakan diri kat sana,
walaupun dia lelaki, tapi tah aku macam risau jugak
sebab dia tak pernah duduk asrama, ala lagipun lelaki ni sebenarnya
bukan pandai berdikari sangat. hehhehe
kalau ada yang buli ko, ko bagitau aku tau meyh aku lanyak dia.
hahahahha. takde la, kat U ni takde kes buli-buli maa,
kes buli zaman dulu je..
selamat menghadapi orientasi la pada korang!
hahahah what people said, orientasi ni minggu menyiksakan.
kahkahkah tapi tak tau la kalau korang dapat OC yang baik hati,
opssssssss =.='





Friday, May 20, 2011

Henfon rosak.

Heyyyyyyyyyy ada je benda nak buat aku sedih.
hmmm tapi sebenarnya dalam kes phone aku rosak ni salah aku sendiri :(
tu la padah kalau kat dapur pun nak bawak phone!
habis phone aku bermandikan dengan kuah spageti,
memang TAK lah! grrrrrrrrrr..
sedih weh, dah la phone aku tinggal satu tu je,
kalau takde, memang duduk dalam gua je la aku.
tak payah contact sape-sape.
masalah phone aku ni keypad prob la. so ada huruf yang tak boleh taip,
susah la macam tu derrrrrrr.
huaragggggggggggggggggggggh nak phone baru.
tapi takde duit dahhhhh, :'(
END.



Bestfriend.

Assalamualaikum. wehhh rasa macam dah lama tak update blog. Kemalasan melanda laa..
lagipun 2 3 hari ni macam takde idea la nak update apa, takde mood.
nak story mory sikit, semalam aku jumpa bestie aku. hehehe.
cadangnya nak ke KL, tapi macam ada beberapa halangan,
so aku keluar berdua je dengan Amy g bandar rawang.
aicehhh bandar rawang? dah maju meyhh, ada papparich, ada itu ada ini.
hahaah tapi pusat bowling dengan cinema takde lagi, wuhuuu,
sebabnya kat rawang kan dah dekat dengan KL,
so kalau nak chill, chill kat sana jela. ehee, ktorg teka macam tu je la kot.


sebenarnya nak keluar ramai-ramai, tapi faham jela, tak semua orang free kan.
takpe laa, aku dengan Amy pun jadi ~ tapi kejap je ktorang jumpa.
pukul 1 pm- 4: 30 pm. cadangnya nak lepak lama-lama.
tapi kebetulan abang dengan umi ada kat Rawang jugak, so dorang nak balik rumah,
alang-alang tu kan aku balik jela dengan dorang sekali.
tak payah naik bas. ngeheeeeeeee =.=
banyak benda yang di gosipkan, tapi rasa macam tak luah semua kot :(
isk isk. tak pe la weh, ada rezki kita jumpa lagi !


aku : Amy, ko tengok aku ni, ada apa-apa yang berubah tak?

amy : macam dulu la, keding macam dulu je aku tengok. hahhaha


cissssssssssss itu jugak yang nak di komen kan ye. ngeheeeee tak mengapalah.
saya tahu itu semua satu hakikat. malas nak cakap dah pasal kekurusan aku nih. hahaha.
macam ni je kot sampai bila-bila. tapi aku tak timbang lagi berat badan aku ni,
adakah masih sama 37kg macam sebulan yang lepas? psttttttttttt =.=
jom layan gambar ktorang semalam! tak banyak pun snap sebab phone aku rosak.
huwaaaaaaaaaaa apakah lagi dugaannya? :'(




BESTFWEN EVER.

Monday, May 16, 2011

Bersyukurlah.

Assalamualaikum ! sebenarnya post kali ni nak mengingatkan kita semua tentang apa itu erti syukur. Post ni lebih kepada tentang masa depan kita. Okey, macam yang kita semua tahu kan,
tak lama lagi adik-adik kita dah nak sambung study. So adik-adik korang or sepupu-sepupu korang semua dapat kat mana?


Hala tuju selepas SPM for sure la matrix, universiti, politeknik, other IPTS or maybe yang nak sambung form 6 kan? dengar cerita, ramai yang tak dapat U ye? pada sesiapa yang berjaya dapat matrix or U tu congrate la aku ucapkan :) tak ketinggalan juga aku nak cerita adik aku dapat kat UiTM Arau, perlis tempat aku belajar sekarang. Memang TAK lah! haihh tempat tu yang aku paling takut dia dapat, dia dapat jugak. haiyoooo. ehhe ehh ehh bersykur-bersyukur. ;p


Hmm, dengar-dengar cerita juga sekarang ni even orang yang result agak elok pun susah nak masuk U. Seram sejuk aku dengar ~nasib baik la aku dah lepas, hehehhe sykur juga dapat menjejakkan kaki ke U. Alhamdulilah.. agaknya sekarang ni ramai yang pandai-pandai kan? tu yang semua compete nak masuk U, so dorang memang akan pilih yang terbaik. So korang kalau yang tak dapat masuk mana-mana tu jangan la kecewa, ada rayuan ke 2 kan. InsyaALLAH, doa banyak-banyak, minta di permudahkan. Esok keluar keputusan politeknik rasanya. So sesiapa yang apply tu try la tengok.


Kalau tak dapat mana-mana IPT pun, boleh je nak continue study kat IPTS, tak salah..
cuma IPTS yuran mahal, itu yang ramai ibu bapa tak senang duduk nak bayar yuran beribu-ribu untuk satu sem. Sedangkan UiTM, RM 500 ++ je kan. Alhamdulilah, bersyukur lagi :)
tetiba rasa sayang kat UiTM. heheheheh :-* terima kasih UiTM, sebab sudi ambil saya belajar kat sana walaupun saya tau, mungkin ramai lagi yang lebih pandai daripada saya kan kan? ;p





Conclusionnya, bersyukurlah kat mana pun kita di tempatkan, janji kita dapat belajar kan?
itu yang penting, menuntu ilmu, Tapi sebenarnya aku tengah cuak ni, result UiTM keluar 25 mei ni. sumpah cuak ! :( aku takut result paper Finance, hmmm. Aku MC 3 minggu dulu aku tak dapat catch up sangat mana chapture yang tertinggal sebab Finance subjek mengira. perlu ada yang membimbing. Final hari tu aku jawab je, betul ke tak,. wallauhualam. Rasa nak menangis je ni, takut! :'( isk iskk.. aku ada la mimpi 2 3 kali pasal result ni, terlampau risau kot. Tapi, aku tawakkal je pada Allah,


Monday, May 9, 2011

Talking to the moon since I'm alone.















I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back



Bruno Mars

Sunday, May 8, 2011

Sabtu di Port Dickson.

Assalamualaikum :)
seperti yang di rancang, alhamdulilah dapat jugak g PD.
sebenarnya baru je pergi bulan 12 tahun lepas, masa cuti sem jugak, hahaha
nak buat macam mana, plan asal terpaksa di batalkan, sokay la janji happy!
sebenarnya malas nak bebel banyak-banyak sebab penat semalam tak hilang lagi
ada beberapa pic tak boleh upload, i dont know why,
layan jela mana pic yang ada,
kak Ain, thanks for everything! May Allah bless :-*


As usual, naik tren daripada Rawang-Seremban,
2 jam setengah gak la perjalanan,
memang punggung lenguh la kan!ahhahahah
tapi dah biasa sudah, kat bas nak balik Arau lagi la berjam-jam :)


tapi before ktorg g PD, ktorg singgah kat terminal one dulu,
terminal one ni kira macam mid valley la kat KL,
tempat shoping, wayang & so on.
tapi tak lama pun kt situ, macam takde yang best je =.=


sampai Tanjung Biru, terus bentang tikar bagai & makan laksa!
weh aku tambah banyak kali kot, walaupun perut dah kembung kekenyangan,
tapi tangan dok gatal tambah lagi,
mungkin lepas gian kot makan laksa! dengan ayam gorengnya lagi,
wallawehhh melantak habis aku! jangan jelessss. haha

Kat tanjung Biru :)
Kak Ain ambik gambar orang asli! hahaha
Teluk Kemang :)
godeh-godeh ketam kecik kot. geli ~~~~~
aku & Anis
comel tak kita? hahahhaa
I love dis pic :-*
ktorg terjumpa pasir yang berbentuk love ni! cantik kan? aku bagi love ni pada someone. psttt, siapa? rahsia la kannnn =.=
aku benci muka aku kalau aku pose skema! haha buruk2.
sangat kebetulan dat day ktorg pakai pink semuanya, ada jodoh la tu :)

siblings :)
twin yang kerap bergaduh. sabar jela. hahaha:)
Mohd Hatta daughter :)
sumpah terik gila. tapi dah artis kan, what to do, bergambar je kejenya , hahahah

kenangan :)
awwww, terkadang terlebih manja! :)
Kak Ain tak bagi aku tidur, so kerja aku snap snap snap! sebab kalau dengar dia bebel aku lagi mengantok kot. hahahaha
bergambar di pintu gerbang Teluk Kemang =.=




kan tadi aku cakap Kak Ain tak bagi aku tidur kan,
lepas ktorg berhenti kat R & R mambau kot, aku kemain bangga cakap kat akak
yang aku dah tak mengantuk, last last dalam kereta, 3 3 terbongkang kot.
hahahahahha aku memang mengantuk gila babeng la,
sian kat akak, sorang-sorang drive kot :( maaf kak, kita tertidur,
then akhirnya akak setuju jugak nak tidur rumah ktorg! yehhhho
ehhehe sebab sampai rumah pun dah nak magrib, aku tak sedap hati kalau
akak nak balik Melaka malam tu jugak, dah la perempuan,
sorang-sorang pulak, so akak tidur rumah ktorg :)
pagi tadi pukul 11 akak balik Melaka.
thanks kak, memang happy sangat walaupun penat.
thanks juga sebab selalu membuli saya! hahahaha


bergambar sebelum berpisah :'(




biar ku pendam rindu ini..

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu.


Umi..
terima kasih kerana telah membesarkan 4 orang anak tanpa jemu & keluh kesah :'(
maaf andainya kami tidak dapat menjadi anak seperti yang umi harapkan :')
ketahuilah ibuku bahawasanya kau lah yang pertama di hati kami.
sedangkan Rasullah juga pernah menyatakan

Seorang lelaki datang kepada Nabi dan berkata "Wahai Nabi Allah! Tunjuki aku kepada siapa aku harus berbuat baik untuk mendapatkan manfaat yang sempurna atas amal kebajikan saya? Beliau bersabda, "berbuat baik lah kepada ibumu ". Lelaki itu bertanya kedua kalinya "dan sesudah beliau (ibu) ? Nabi menjawab "kepada ibumu'. kepada orang lain siapakah harus aku berbuat baik? "kepada ayahmu"

sedangkan Rasul sudah pun akui betapa tingginya kedudukan seorang ibu,
apatah lagi kita manusia biasa :')
kami akui, kami bukan lah anak yang sempurna & soleha perilakunya,
tetapi tetap juga kau bersabar dengan kerenah 4 orang anak-anak mu..
segala perit jerih yang kau korbankan selama ini..
ingin sekali diri ini membalasnya :')
kau korbankan semua yang kau ada, untuk anak-anakmu.
dalam hidup kau, apa yang kau lakukan semuanya untuk anak-anak.
betapa mulia hatimu umi :')
mampu kah diri ini membalas jasa mu umi? :'(

terima kasih kerana dirimu sering mendoakan kami,
beri apa yang kami minta walaupun kadang-kadang tak semua yang umi minta
dapat kami laksanakan.. :')
ketahuilah dirimu bahawa sesungguhnya KAU YANG PERTAMA DI HATI.




kakngah sayang umi :') selamat hari ibu! muahhhh :-*