Tuesday, September 13, 2011

Banjir lagi.

Asslamaulaikum...
sekali lagi banjir di perlis berlaku. hmmm nak mengeluh pun bukan
salah sesiapa ye dak? Nak buat macam mana, kuasa Allah..
tapi perlis ni agak selalu jugak ye banjir? Nak masuk 3 kali dah sepanjang
5 sem aku kat sini.. hujan lebat sikit je banjir,
so 3 hari lepas hujan 2 hari berturut-turut tak berhenti.
memang ktorang dah risau la kan..
yela,. kalau kat selangor, hujan macam mana pun probability untuk
banjir tu memang sikit la.. nak buat macam mana, sabar la ye orang Perlis :")


tapi alhamdulilah, semalam langsung tak hujan lagi,
hari ni pun, cuaca makin elok.. alhamdulilah..
bukan apa, ktorang student ni risau la kan sebab tak lama lagi dah nak
final exam, tak nak la benda-benda ni menggangu konsentarsi ktorang.
aicehhh aicehhh kan :) hihihihihi
so for those yang risaukan pasal saya, saya okey je kat sini..
makan cukup, air pun cukup. hehehhe jangan risaukan saya ye sayang-sayangku.. hihihi <3


nak horeeeeeeeey kejap sebab dah lepas azab test ! yehooooooo
baru je settle pagi tadi, Organization Behavior.
not bad la soalan dia, markah? wallahualam.. minta-minta dapat yang
elok la kan..
so from now, kena fokus untuk FINAL pulak. faham tak?
FINAL EXAMINATION !!!

Sunday, September 11, 2011

Becoming Bufday Celebration.

Heyyyyyyyo ! Assalamualaikum.. alolololo lambatnya la aku
nak update pasal bufday aku nih. hihihihihi sory la. Busy lorh..
apa-apa pun hari ni aku dah spent kan masa aku untuk update entry ni :)


okey, before tu aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat
Kak Ain yang sudi celebrate & raya kat rumah aku ahad lepas
bersamaan 4 sept :)
thanks la sudi belikan kek untuk ktorang ! heheh walaupun belum lagi 7 sept
masa tu, tapi kira celebration becoming la kan. heeeeeee <3


tak sangka ekceli yang abang kurus kita datang hari tu.
sebab dia bagitau dengan aku, dia tak mau datang.
konon surprise la tu. Padahal masa tu ktorang tengah berantakan ! hahahah
thanks la sudi datang ye awak. Kita tau, awak tak kan miss tiap-tiap tahun
beraya rumah kita kan? apa-apa pun marah aku hari tu tak reda lagi sebenarnya!
hihkhikk lawak betol.
thanksss tak terkata lah untuk semua.
harap segala kesalahan & kekurangan masa hari tu di maafkan :")
jom check it out gambar ! tiada pengEDITAN berlaku. just edit untuk font saja :


Birthday girl = Twin girl
hehehe ;DD
saya suka pic dia yang ni ;DD
auchhhhhhh. sayang kakak :")
heheh rindu mereka :")


Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih
pada sesiapa sahaja yang wish bufday aku..
sama ada tepat jam 12 tengah malam ke, tengah2 hari ke, tengah malam ke,
tak kisah la. janji korang iklas nak wish :")
kalau terpaksa je tuh, ermm no komen la. Tu urusan korang dengan Allah.
thanks jugak pada sesiapa yang mendoakan untuk aku :")
aku memang tak dapat balas dengan wang ringgit atau harta,
hanya balasan daripada Allah sahaja..
maka dengan ini, genaplah usia aku 20 tahun 3 hari :)
thanks umi Norashikin & Mohd Hatta kerana telah membesarkan anak kembarmu ini sehingga kini..




iklas, Rabi'ahtul Adawiah <3

Wednesday, September 7, 2011

My Bithday.

Dengan ini saya dengan muka tak malunya ingin
mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR PADAAAAAAAAA,
DIRI SENDIRI !


HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME !!



hehehhehe ehh ehh awak awak tak wish bufday kita lagi !
kita merajuk la camni ! ;DD
cerita pasal becoming bufday hari tu, akan di update later k.
tunggu :")
please do pray for me dear friend :)
NO MORE TEEN :)



Friday, September 2, 2011

Eid 2011.

Assalamualaikum warahmatullah :)
heyyyy, selamat hari raya ! :) ehhh, masih ada raya lagi kan kan?
ngeeeeee tapi kebanyakkan semua dah balik ke rumah masing-masing kan?
aku pun baru je sampai Rawang tercinta ni malam tadi.
perghhhh penatnya tak payah cakap la. sengal badan-badan aku ni.
hihihihihih macam aku pulak yang drive kan.


Balik-balik je on9 tengok perghhh semua dah upload pic raya.
hemo hemooo comel je semuanya. :)
hari raya kan, semua nya nampak cantik ! hehhehehe.
ktorang pun start daripada hari raya pertama sampai ketiga,
memang melaram habis. hakhakkkkk.
memang camera sana sini. yelaaa, raya setahun sekali je kan?
mesti la nak simpan moment-moment indah dengan family kan?
nanti bila dah besar, dah tua tengok gambar lama
mesti rasa ada sentimental value.. kan kan???
siapa yang tak ambil gambar tu memang rugi laaaaaaaaaa beb gua cakap lu!
hhehhe so aku pun nak juga abadikan detik-detik indah berhari raya dengan
family...
berbekalkan camera SONY DSLR.. inilah hasil-hasilnya !
terima kasih pada 'photographer-photographer' yang terlibat !
kamshanmita...

RAYA PERTAMA :
Raya pertama di rumah, macam tahun-tahun lepas.
berkumpul 1 family, makan & bermaaf-maafan.
orang kata, raya pertama la yang paling meriah kan kan?
memang itu la yang ktorang rasakan,
walaupun tanpa atuk & nenek yang dah takde (belah umi ),
tapi kegembiraan masih terasa :")
lepas solat sunat hari raya & makan-makan,
ktorang beraya di KLIA,
then tengah hari baru move to Tangkak, Johor :)
just balik hari je, tak tidur tangkak pun..

Kembar ke2 & adik ke 3 :)
makan jom ! budak si kuat makan nih. hehehe
budakkkkkkk kecik. hehee
mehhh minta maaf mehh. hheh banyak buat salah ni ;D
hanya seorang HERO. hehehe
perempuan-perempuan. hehehe :)
"umi sayang, kita minta maaf kalau ada salah silap, halalkan makan minum. Thanks banyak berkorban untuk anak-anak umi"
bermaaf-maafan di hari raya.
semua sayang umi :) heeeee
dah abes gojes la tu ehh? hehehe
berkumpul satu family.. ehh ehh ada baby baru ! ;D
anak aku. comel tak? hikhikkk ! mula-mula muka dia masam je, lama-lama
senyum & gelak sorang-sorang. comel ;D
bersama Alia Qistina. hehehe
berpeluh sana sini budak ni ! ishhh. ngeeee
posing sikittttt ;D


TANGKAK :

UMI + ABI = 4 orang anak yang comel-comel. hikhikk !
melarammmmmm !


okeyyyyyy, habis scene raya pertama ! ewahhh, macam
shoot pulak kan. hehhehee



RAYA KEDUA :
Raya kedua tak kemana sangat sebab dah stay kat kampung Pontian (belah abi ) je,
malam tu ada kenduri tahlil arwah atuk so
ktorang just terima tetamu je.
cuma petang ktorang beraya di rumah atuk-atuk sedara terdekat :)
senyum, tak perlu kata apa-apa :)
comel abi :) ehhee
kakak comel gila lah! heheh ktorang memang terbiasa panggil 'kakak'. semua orang peliksss. hihihihi
jom kutip duit raya! ahahhah rindu zaman budak-budak ;D
aku tak suka la gambar ni. sebab nampak macam aku gemuk.
besar gedabak shawl nih. grrrrrr =.=
alalalala comelnya umi kita ni ;D hehehe



RAYA KETIGA :
pagi raya ketiga ktorang dah beransur gerak pulang ke Rawang,
tapi tak straight balik. Banyak persinggahannya. heheh
fisrt singgah kat rumah Kak Ain, kat Kampung Kandang, Melaka.
one way je kan? alhamdulilah, tak sangka dapat jugak
raya rumah dia. Mula-mula plan gitu je.
family ktorang macam dah lama aje kenal.
kiranya boleh la get along. hehehhe
melantak banyak makan bihun sup kat rumah Kak Ain
sampai berlapis-lapis perut aku! huarghhhhh ;DD
sementara tunggu Kak Ain fetch ktorang kat tol Ayer Keroh, Melaka :)
sedondon korang ye? hehee
tak payah nak bajet gud gud je la kau drive. kat belakang kerja tidur je! hahahha
gambar kakak kelakar ! haahhaha

Mak Kak Ain cakap " elok benoo la korang bertiga, kaki kamera ! " hahahahahhaah. Itu la persamaan kita kan kan?? ;DD


bergambar kenangan sebelum pulang..


NILAI :
Lepas beraya kat rumah Kak Ain,
singgah kat Nilai, rumah Pak Ngah ( belah umi )
memandangkan umi tak jumpa lagi adik-beradik dia kan..
so memang setiap tahun boleh di katakan singgah rumah pak ngah.
kat sini la best sebab ada kolam ikan yang cantik ! ehheh snap jommm.
HERO keluarga Hatta.
:)
tudung kakak terbang ke mana ntah ! heheee
ayu :)
untunglaaaa kat rumah pasang pelita. hikhikkk
muka penat ;s

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri.


Salam Aidilfitri buat semua umat Islam sedunia..
Ya Allah.. rasa ingin menitis airmata ini di saat terdengar sayup-sayup takbir..
memang la orang kata tak perlu bersedih mendengar takbir..
tapi sebenarnya aku sebak sebab rasa bersyukur masih di panjangkan umur..
masih berpeluang menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta..
alhamdulilah, alhamdulilah..
itu sahaja yang aku mampu ucapkan..


pagi ni macam tahun-tahun yang sudah,
akan beraya di Johor,
mudah-mudahan di lancarkan semua rancangan. amin ya Rabb..
cehhh pagi raya ni ayat yang baik-baik je semua.
mesti laa, nama pun hari raya kan ?


okey la, di kesempatan ini saya, RABI'AHTUL ADAWIAH ingin mengucapkan
selamat hari raya buat SEMUA kawan-kawan.
nak sebut sorang-sorang memang ta larat la kan.
so bagi sesiapa sahaja yang baca entry ni, atau kawan-kawan
yang buka blog ni, minta di ampun kan & halalkan segala dosa & khilaf
yang pernah di lakukan sama ada secara sengaja atau pun tak :")
aku cuma manusia biasa.. manusia biasa :)
orang kata dosa dengan ALLAH, minta ampun pada DIA,
tapi dosa dengan manusia, minta ampun pada manusia kan?
begitu juga aku.. ampun, ampun..
harap kamu semua dapat ampunkan salah saya pada kamu :(
semoga ALLAH membalasnya.. amin.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
iklas dari hati.....

Friday, August 26, 2011

Prasie to Allah.

Assalamualaikum, selamat tengah hari, selamat jumaat :)
ngeeeeee alhamdulilah, sykur aku panjatkan padaNya
aku selamat sampai di rumah syurga ku pukul 4 :30 pagi.
awal tak awal tak???? heheheheh.
sumpah aku tak sangka sampai seawal ni beb!
just imagine, bas gerak from KANGAR pukul 10 :30 pm camtu la,
so patut sampai pun lambat la jugak kan?
aku bajet dalam pukul 5 6 camtu la.
so memang dah konfem-konfem la kena sahur atas bas.


aku memang tak sedar since kat Alor Star lagi.
mula-mula memang la jaga,
bila kat A.S dah tak larat bukak mata dah,
then tidur jelaa.
then dalam pukul 1 lebih dah sampai kat Kuala Kangsar / Taiping.
agak cepat kan? aku pun sambung zzzzzzzzzz balik.
bila terjaga lagi sekali tengok signboard dah kat BEHRANG!
OMG Behrang dah nak masuk are Selangor.
terus celik aku. yipieeeeeeeeee !
dan dan tu jugak send mesej kat umi, Kak Ain & Iqbal inform kat dorang.
tengok jam baru pukul 3 lebih., biar betikkkk????
memang tak percaya langsung. hikkkkk !
nak kata bas tu bawak laju tak la jugak kan? mungkin bas tu
tak banyak berhenti kot...


then then aku call umi, tanya agak-agak sempat tak nak sahur kat rumah
sebab tengok jam macam sempat.
tapi kesian pulak kat umi berebut nak masaknya lagi,
Duta-Rawang kalau spead pun mau tak sejam pergi balik.
k then takpe, aku fikir sahur kat Duta jela.
pastu kebetulan pulak bas tu berhenti kat Hentian Sg Buloh.
apa lagggggggggi, terus aku kejut abang.
aku call umi suruh abi amek je kat Sg Buloh sebab dah tak jauh
dah berbanding dengan Duta.
yessssssss ! memang happy sungguh aku.
aku memang cadang nak suruh driver tu berhenti kat situ je.
tapi aku macam takut pulak dia marah.
dah kebetulan dia berhenti kan? apa lagi.
aku inform kat pakcik driver sebab nak amek beg. hehehhe
thanks sangat-sangat kat abi sebab sanggup bangun pagi amek kita.
oohhh ya, tak mention pun kan kita naik bas apa??
ni diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





















hik hikkkkk bas Cosmic. for the first time naik Cosmic pun.
and impression aku, ermmmmmm not bad la
even pada awalnya bas ni sampai lambat.
hikkkkk. tak pe la, dah sampai rumah pun.
syukur yang tak terhingga :))

Thursday, August 25, 2011

Haiyoooooooooo !

Mood sekarang ni memang sangattttttttt depressed !
hahahaha nak balik pun depressed kan kau Rabia,
takde la boring tahap cipan ni wehhhh ~
semua roomate & housemate dah balik pulak.
aku sekarang ni dah macam tak senang duduk sebab fikir nak balik je.
ni la padahnya bila beli tiket awal. ehhhh padah ke?
entah laaaaa. macam ni la nasib perantau & orang yang study jauh :(
tak dapat nak predict bila dapat balik dengan tepat.
hmmmmm sedih je :( untungla korang yang duduk dekat :(
apa-apa pun barang tak settle kemas lagi,
nak continue kemas tengah hari ni.
hope semuanya berjalan lancar.
Permudahkan la ya ALLAH :') aminn.
will update later bila dah sampai rumah okeyh??? tadaaaaaaaaaaa ;DD