Sunday, November 6, 2011

Di sebalik.

Di sebalik kegembiraan aku terhadap keputusan exam aku & adik-beradik aku,
sebenarnya tak siapa tahu kesedihan di hati.. :")
oleh sebab perkara lain.
tak mengapalah,,
setiap hari, setiap masa, setiap saat aku cuba melupakan itu..
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan 'kawan-kawan' aku,
biarlah. Buat apa kita nak menghalang kebahagiaan mereka kan?
betul tak? Sepatutnya kita gembira 'mereka' bahagia,,
tak mengapa :)
kawan bukannya 'satu' je.
aku ada ramai kawan lagi yang peduli & sayang pada aku :")
aku akan cuba kuat !
dalam masa yang sama,
selagi aku ingat nama 'kau', aku akan terus mendoakan 'kau'..



aku rasa sakit hati, sedih, terkilan sangat.. :")
aku dah cuba jadi 'kawan' yang terbaik,
maafkan aku kalau masih kurang ciri-ciri yang kau inginkan..
aku tau 'mereka' lagi hebat.
pada mulanya aku annoying jugak dengan 'mereka'
ehhh siapalah kita nak annoying dengan manusia lain :")
kamu bertuah sebab memiliku kelebihan yang Allah bagi..
moga "mereka" bahagia..
buat masa sekarang, aku tak boleh melihat "wajah mereka" ;")
luka masih berdarah.



Manusia sentiasa mahukan yang terbaik.
apa yang aku fikir sekarang,
aku nak teruskan kehidupan aku macam biasa.
tiba-tiba ( aicehhh ) macam nak cepat balik Arau
sebab dapat jumpa kawan-kawan aku yang lain.
Rindu Akma, Baie :")
rindu nak merepek dengan dorang.



Aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk habiskan diploma aku
seterusnya kalau ada rezki aku nak sambung degree :)
aku tahu aku boleh.
tadi abi cakap "anak dara abi ni kecik je, tapi hati dia besar"
aku tanya "hati besar tu bagus ke tak bagus?"
abi jawab "mestilah bagus".
aku hanya tersenyum tawar :")
air mata dah tak tumpah lagi, tapi dalam hati, no one knows :")



dear fren sekalian, tak kisah la sebesar mana pun masalah kamu hadapi,
cuma hadapi dengan tenang,
jangan fikir sangat..
ingatlah segala yang kamu ada dalam dunia ini semuanya pinjaman.
kita miskin. Kita tak ada apa-apa pun :")
so motivate la diri sendiri..
memang aku marah sangat dengan 'mereka'
kalau dah tak suka aku sekalipun, sekurang-kurangnya jaga perasaan aku sebagai
seorang perempuan & 'kawan'..
Allah dah tunjukkan aku semuanya,
tipu la kalau tak sedihhh weh!
hati aku ni 'kau' fikir apa?
hati batu ? :")



Alaaaa, setakat aku sorang yang pergi,
bukan 'kau' kisah pun kan?
sorang pergi, 4 orang 'kawan' ada lagi, :)
aku tahu 'kau' akan baik-baik je.
pengalaman lalu mengajar aku..


kawan-kawan kat Arau, jumpa nanti k !
aku harap trip kita untuk batch kita jadi la ye.
sebab ini kan last memory kita :")
gambar kat bawah ni gambar group aku je untuk sem lepas.
kalau nak di kirakan, adalah dalam 100++ pelajar bisnes/course aku.

klik untuk cari mana satu aku yang 'comel' macam 'mereka'. opssss
hahhaha comal tak I?? Weeeeee <3
sem depan maintan grup c :)

masa ni snap before final exam tak silap aku.
dah 5 sem kita kat U,
baru sempat nak bergambar kan.
haishh kalau kumpul daripada part 1 kan best. memory tu bebbbbb.
tak lama lagi kita semua buat hal masing-masing.
takpe la, aku doakan kejayaan korang semua.
sayang kawan <3



p/s : gambar di copycat di facebook DBS julai. heeeeeee.

Saturday, November 5, 2011

Result semester 5.

Assalamualaikum againnnnnnn :)
sementara ada masa ni, mohhh la kita update blog yeee.
nanti dah busy malas pulak nak bukak benda alah ni..
wokey-wokeyy jom straight to the point..
semua orang tahu semalam result untuk UiTM keluar semalam kan kan kan?
siapa yang tak tahu tu memang la awokkkk ketinggalan. hihihih
beribu-ribu student UiTM dok post macam-macam kat status FB tak kan la awak tak alert kan?
ape la awk nihhhhhhhhh. lalalalalala..


segala persoalan dah terjawab pun :)
apa lagi yang nak kita ucapkan selain Alhamdulilah syukur Allah kalau kita
bersyukur betul tak?
alhamdulilah, aku sangat berpuas hati dengan result sem ni :)
tapi aku tak nak terlalu bergembira sebab kita tak tau soon macam mana..
apa yang mampu aku ucapkan ialah SYUKUR, SYUKUR dan SYUKUR.
aku cek by email lebih kurang pukul 1 am camtu laaa.
thanks UiTM sebab sent email awal kat saya! love you more laaaaaa.
UiTM sentiasa di hati. Biar macam mana pun orang kutuk UiTM dorang tu sebenarnya jeless.
hihihihi * bodek.
bukan nak berlagak, cuma nak berkongsi kegembiraan.
meyhh la tengok result kita.
Tak la semua A pun :"(
ini je yang aku mampu..

*klik untuk lebih jelas

tahniah jugak untuk kawan-kawan lain.
setahu aku ramai yang DL jugak kan kan??
alhamdulilah.. kawan-kawan berjaya, aku tumpang gembira.
kawan-kawan rapat aku jugak kebanyakan semua dekan,
bangga la dengan korang ! kita bolehhhhhhh! kan kan?
kita dah usaha yang terbaik and inilah hasilnya..
aku tau dulu aku banyak sangat main & tak fokus.
aku jugak pernah rasa zaman kejatuhan..
so semua manusia pernah merasa susah tu..
tahniah jugak untuk adik tersayang, Mohamed Farouk Hatta.
aku tau kau pandai and inilah hasilnya :)


tahniah tahniah untuk semua.
untuk yang tak berjaya tu jangan la sedih sangat tau..
ada masa lagi untuk kita berubah.
InsyaALLAH..
dah la. macam karangan esei semua aku buat. choyyyyyy!
sape-sape yang tengah, akan jawab exam tu gud luckkk la tau?
dah la. Penat menaip. bubyeeeeeeee <3

Tag daripada Mariatul Qibtiah.

Assalamualaikum dear blog :)
heyyy sory dah lama tak update,
agak ke'busy'an sikit ye di situ,,,
sorry Mar bongekkk sebab lambat jawab tag kau..
hari ni aku jawab ehhhhhhh :)
sudi-sudi la membacanya. ;DD

1. Sejak bila berblogging?
Answer : Tarikh yang tepat tu tak ingat la. Tapi rasanya nak masuk setahun dah :)
buat blog masa cuti sem 3.. masa tu buat saja-saja je, tak sangka kekal sampai sekarang :")


2. Makanan fav korang?
Answer : Seperti jawapan yang before ni, semua orang pun tahu (aicehh semua ke nyah) aku suka dan gila dan addict kat laksa. Tapi sekarang dah ada lain iaitu tomyammmmm! ngeeehe.
tapi ikut jenis gak. Tak suka tomyam cair ;D


3. Korang tengah lapar gila, tapi dalam masa yang sama korang mengantuk sangat. Korang pilih makan atau tidur?
Answer : Dah tentu-tentu la aku pilih tidur. Hello, tidur itu nikmat okeyy! winkwink. Tapi bila bangun mesti lapar gila an? haha cari makanan jugak xDD


4.Korang memilih kawan tak?
Answer : Honestly, aku boleh berkawan dengan siapa pun. Aku memang lebih suka berkawan dengan perempaun berbanding lelaki. tapi tak kisah je sebenarnya. Asal ada yang sudi kawan dengan aku, mak okey jewwwwwwwwww ! hihihihi


5. Siapa orang yang paling korang percaya?
Answer : Umi tercinta, Mar bongek yakni orang yang meng'tag soalan ni ;D


6.Bercinta dalam alam maya ni, boleh percaya ke?
Answer : Boleh rasanya. Asalkan jujur & iklas. cuma, ada lagi ke orang yang macam tu? :")


7. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, setuju dengan statement ni?
Answer : Of coz la setuju. Allah dah menjanjikannya :") kalau kita nak lelaki yang baik, kita kena la usaha untuk menjadi perempuan yang baik. Macam tu jugak lelaki :)


8. Ada orang kata kita kena jadi hipokrit jugak, apa penjelasan anda?
Answer : Hurmm ya. Tapi in certain case la. Maybe untuk menjaga hati orang. Tapi jangan amalkan sebab ianya sangat la tak baik :)


9. Sayang tak berbalas, pernah tak menghadapi situasi macam ni?
Answer : Wallahualam :") no komen. no camera. Ewahhh bajet retis pulak kau nyahhhhh. hihihihi


10. List nama tarikh lahir yang sentiasa berada dalam memory anda.
Answer :
7 sept 1991 * harus ingai bufday I okeyyy youuuuu ~
16 feb 1968 * bufday mummy I yang tercintaaaaaaa :")
25 dis 1964 * bufday daddy I :"0
11 Mac 1998* bufday Anis Diya ! HAHAHAHA.
9 ogos 1993 * Bufday abang/ Mohamed Farouk
19 Jun 1989 *bufday nenek tua Nurfarain Y. hahaha
20 Jan 1991 * Bufday Noramilia Izzati, bestfwen aku :")
8 Dis 1991 * Bufday kawan baik aku jugak, Sadatul Akma vs Kakak gebuuuuu. hihihi


-senang cerita list kat atas ni semua bufday family member I lerrrrrrrr. heheheh


okay nyahhh, I dah siapkan tagged you ni. nahh hambek balik.
mintak maaf kalau jawapan tidak memuaskan. Aku nak A++ tau ! hehee
HAHAHAH siapa yang terbaca post ni,
sila-sila la menjawabnya yepppp and let me know
sebab nanti kita boleh baca jawapan awak :)
salam sayang :")

Monday, October 31, 2011

Tag daripada Nadzirah Azani

Assalamualaikum dear blog & reader..
errrr sebenarnya ini pertama kali aku nak jawab soalan tag daripada follower.
HAHAHAHAHA before ni ada jugak orang tag soalan kat aku,
tapi aku sangat-sangat terlupa nak jawab,
sampai dah lama aku kepam tag tu. heeeeeeeeeeee
plus blog bukannya aktif sangat pun.
biasa-biasa je kan :)
cuma saja nak share daily life.
suka-suka...
tapi 3 4hari lepas *tak silap aku, aku dapat tag daripada Nadzirah Azani.
ehhehehe thanks dikkkk tag akak.
akak try jawab sebaik mungkin yeeeeep~


Question 1 : Suka entry Nad tak?
Answer : Sukaaaaaaaa. Banyak pasal cinta jugak ekk? hihihihihi..


Question 2 :Korang rasa apa yang Nad perlu naik taraf dalam blog ni?
Answer : Saya pun tak berapa arif bab-bab blog ni, tapi comel jugak kalau Nad letak gambar Nad sebagai header. HEHEHE. tapi header yang sekarang ni pun okey :)


Question 3 : One word best describe Nad
Answer : Kind :)


Question 4 : Korang suka makan apa?
Answer : Laksa. Tapi sekarang ni saya dah curang sikitttt. Saya mula jatuh hati pada tomyam pulak. HAHAHA lagi-lagi yang Thai punya.. perhggggggh marvelessss ~


Question 5 : Suka korea tak?
Asnwer : Sejujurnya, dulu suka sangat. Tapi movie la, bukan band-band. Sekarang ni tak minat dah. HAHAHAHA banyak hobi saya yang lama terkubur cmtu je ~


Question 6 :The best things yang korang pernah buat mase anniversary parents korang?
Answer : Sejujurnya, tak pernah buat pape pun. heeeeeeeee ~ pernah wish & mendoakan kebahagiaan mereka sahaja :)


Question 7 : Apa benda paling bernilai bagi korang?
Answer : Hermm banyak. Especially benda yang tak mudah untuk kita dapat..


Question 8 : Mak Nad beli handset baru ! korang pakai handset apa?
Answer : Saya pakai handset Sony Ericson & Samsung. Maaf tak ingt model apa. Tapi phone saya biasa-biasa je sementara nak dapat the new one kalau ada rezeki sebab phone saya yang before-before ni semua rosak :"(

Question 9 : Lagu apa korang suka?
Answer : Okayy, yang ni sumpah susah nak jawab. HAHAHA banyak la dikkk. tak terkira. hehehe


Question 10 : The most wanted place yang korang nak pergi?
Answer : Buat masa ni, teringin sangat nak g Pulau-pulau. Tak kisah la Langkawi ke, Pangkor ke, Pantai Cahaya Bulan ke.. ngewwwww


Question 11 : Sape korang paling sayang.
Answer : Amboyyy, soalan nak korek rahsia je kan? nak tau? betul nak tau niiiiiiiiiiiiiii??
orangnya ialahhhhhhhhhhhhhh jeng jeng jeng. HAHAHAH umi yang melahirkan saya :)
Norashikan A.Hamid. Saya tak kan mampi hidup tanpa dia. Dah tu je. Sekian ;D


selamat jugak jawab tagged ni haaaaaaaa.
sorry sangat lambat ;D
siapa-siapa yang terbaca entry ni sila laaa jawab ye.

Saturday, October 29, 2011

Penat dalam kereta.

Assalamulaikum my dear blog :)
weekend macam ni selalunya orang2 buat ape ekkk?
ehheheheheh.. minggu ni family ktorang ada 2 jemputan kawen serentak.
pertama kat Muar, Johor nuhhhhhhhhh.
family belah umi. heheeh memang plan asal nak g majlis kawen kat sana je,
tapi memandangkan abi takde, so umi & kami anak-beranak jela kena gi.
hmm umi pulak tak berapa sihat,
so agak jauh kan nak drive ke johor tu, balik hari pulak.
so takde rezki nampaknya :")
takpe, masih ada 1 lagi jemputan kawen. tapi kat sini-sini je.
ktorang pun gi jela...
jom layan gambar. kali ni tak la guna DSLR kan. heheheh
saje suka-suka. Kalau ada yang rasa menyampah dengan ktorang yang asyik berposing je,
sila la keluar daripada stalk blog ni :")
tak paksa pun orang baca, :'D

hoyyyyyyyyyy posing tak hajak aku,,,,, heheeeee
serba hitam kau nyah? tengah berkabung ke? ehehee
main ambik je baju kurung yang sempat. tak plan langsung nak pakai baju apa. wehooo~
heeeeeee tengah terfikir gak ni kawen nanti nak ambil tema warna apa ekk =.="
aku pun tak tau kenapa semua pic aku macam muka sedih je kan? hahah tah hape2 *.*
berbammmbommbammboom dalam kereta kalau semua sibling ada :)
gambar agak gelap. guna fon jewwwwwwww :"D





ehhehe itu sahaja la gambar yang sempat di snap..
takde la beria mana pun,
ktorang kan memang gila-gila..
tahniah kepada pengantin. errrr nama dia aku tak ingat sebab ni kawan anak umi yang kawen.
hihihihihi apa-apa pun tema dorang agak menarik.
merah + hitam. cantik tauuuuuu.
aku tak makan banyak pun, sebab sebab sakit perut. hihihihi.
just isi perut je. thanks pada keluarga beliau *winkwink*
pastu ktorang gerak g Tesco & Bandar Rawang pulak.
ada la beli barang sikit-sikit.
MasyaAllah, jammed teruk sangat :")
perjalanan yang hanya memakan 15 minit jadi sampai berjam-jam.
sumpah penat gila weeeeeeeeeeh duduk dalam kereta.
nasib baik ktorang huhahuha dalam kereta.
tak la tension sangat kan.
*apalah yang aku bebel-bebel ni, banyak cakap kau jang*


apa-apa pun aku tengah penat sangat-sangat ni.
apa yang aku tau, aku nak tidur awal malam ni !
babai sayang-sayangku. muahhhhhhhhhhh
alhamdulilahhh, lepas gian pada cool blog.
thans umi, thanks abang,
sayang kamu :-*

Thursday, October 27, 2011

i-city.

Hye Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulilah, untunglaaahh malam tadi dapat jugak jejak g i-city, shah alam..
hehehe before ni plan nak gi sini asyik tak menjadi je.
umi kata tak izinkan lagi..
tapi aku pernah sekali gi sini, masa aku cuti mc 3 minggu sem lepas.
memang tak syok langsung gi time sakit :(
yela masa tu beberapa minggu after operation..
plus tak rancang jugak sebab baru balik dari rumah sepupu kat Klang,
kebetulan lalu i-city so abi singgah la..
dah la cuma ada aku, anis dgn umi abi je.
and masa tu bukannya cuti, Mar pun takde.
so even aku dah pernah gi i-city before ni pun macam tak pernah pegi.
tak best and takde mood ;s


so semalam mungkin memang rezeki ktorang nak gi.
even lately musim hujan je kan..
memang tak best la kalau gi time hujan-hujan.
tapi semalam hujan renyai2 je..
risau gak takut gi sana tak berbaloi even tak jauh mana, tapi rugi la kan
kalau kena patah balik. hehehhehe


kalau nak tau, before ni pun ktorang PERNAH try nak g i-city ni tapi sesat!
hahahahaha macam hape je just menghabiskan waktu kat jalan raya.
walaupun shah alam tu tak la besar mana,
tapi jalan dia agak mengkonfiuskan :)
semalam dengan bantuan GPS, berjaya jugak la kan..
cik abang ktorang yang drive. Abi takde malam tadi :)
untunglaaaa ada anak jantan yang boleh di harapkan. yahoooo ~
jom layan gambar daripada layan aku bebel. ehhehehe

hujan rintik-rintik masa ktorang baru sampai. dah nak habis hujan ni :) cantik sangat..
time ni kat dalam. siapa yang nak masuk snow tu kat sini la. tapi biasanya budak-budak je. sejuk laaaa memang tak la nak masuk ~
kakak dengan adik sama besar pecer ? ;DD
muka kau macam orang sakit je long. HAHAHA
untunglahhhh comel~ hahhaaha
untunglahhh kurus sampai baju kecik pun londeh ~~ :"D
BF baru I okayyyyyy <3 HAHAHA
untunglahhh di kelilingi aweks jelita. lalalalala ~
anak kembar umi :) muahhhhxxx
girls <3
umi saya comel kan?? tengok la anak dia. opsss macam dah terbalik je. patutnya mak comel, baru anak ;D
melaram ~
tak lama lagi Anis sama tinggi aku. HAHAHA
kalau abi ada complete dah semua. ngeeee ~
masih lecak, baru lepas hujan..
twin :)
semua yang ada kat i-city ni melaram wehh, kau ada?? HAHAHA **
tak tau nak komen apa kat kau, kang kembang pulerkk. HAHAHA
tak tau la apa motif Mar?? HAHAHAHAH
sesungguhnya kau memang bajet comel xDD



lepas dah posing maut kat area2 i-city tuuu,
abang cakap dia nak makan KFC,
before gerak ktorang dah makan dah kat rumah,
so tak la macam lapar sangat kan..
just beli 1 set dinner plate.
last-last licin jugak. HAHAHAHA ;dd
umi suruh beli 2 set tak nak. weeeeeeee ~
ramai orang kat sini walaupun dah pukul 10 lebih.
yela, kebanyakkannya macam tourist and local.


untunglaaa sepadan. untunglaaa kalau kau BF aku, tak ke sweet gambar ni? hahahaha
sumpah sweet gila gambar ni kan??? *cepat angguk ;DD
style & sporting. Itulah family kesayangan aku <3
I love you umi.. :")
muka dah lemauuuu, jom balik wehh ~


heheheh itu sahaja.
sekian.
siapa yang tak pernah lagi gi i-city tu sila-sila ke sana. *tapi aku rasa aku yang ketinggalan sebab orang lain semua dah gi cik Rabia oyyy
tapi pada siapa yang tak suka berjalan & snap pic,
lupakan la niat anda untuk kesana
sebab bagi anda ianya sungguh memboringkan.
bagi mereka yang suka berposing & berjalan-jalan seperti saya,
sila ikut jejak saya. wahahahha
wassalam :)



p/s : i-city dah banyak berubah. dorang banyak tambah game macam kat genting higland. gempak kan? HAHAHA silap-silap nanti ada rolles coaster. wow syiokkkk !

Tuesday, October 25, 2011

Miss them.

Assalamualaikum :) heyyy..
you all pernah rindu seseorang tak?? macam mana korang express rindu korang tu?
Kalau tak jumpa, mesti nak call atau cakap on the phone kan?? :)
macam tu jugak aku. phewwwwwww. hehehehe
aku rindu sangat kat si kecik aku ni..
bila la nak datang rumah ktorang cik Tina & Didad sayang <3
ngeeeee..
2 malam lepas sempat cakap kat phone.
lawak gila dia cakap muka aku macam muka hantu yang dalam
cerita Hantu Kak Limah tu . hahahahahahha
kurengggg kan? jahat awak nihhh >,<


aku selalu usik Tina, aku cakap kulit dia gelap. hahahaha
pastu kan mesti dia tengok kulit dia,
aku cakap kat dia kalau nak putih, cat la badan tu. hahahah
comel-comel je awak ni. Macam saya. lalalalala
favorite dia setiap kali datang uma aku,
mesti naik bilik aku pastu geledah apa yang patut.
selalunya dia minat pada beg2..
pastu mesti dia tanya "kakngah, ni beg sape?" kalau aku cakap beg tu Anis punya,
mesti dia ambikkk. tapi kalau aku cakap tu beg umi ke, beg aku ke,
tau pulak letak balik. ahahhah
dia selalu gaduh dengan Anis, tu yang dia minat dengan barang-barang Anis.
tapi at laz nya takde pun dia ambil barang tu..
dia suka buat main je.

lihatlah perbezaan kulit kami! hahahahah *evil laugh* tapi kakak tetap comel ;DD
:))
Kakak & Didad. Kakngah sayang kamuuuuuu <3


Dua beradik ni selalu je gaduh..
kakak banyak mengalah.
tapi dua-dua comel :) hehehehe
rindunyaaa cepat la datang rumah.
boleh main jongang-jongang.
heheheh i love kids so much.
nanti kawen nak 4 orang anak yang comel-comel. HAHAHAHAHA :)
much love, muahh :-*