Monday, February 28, 2011

280211.

Oh kekasihku mengapa
Kau tinggalkan diriku
Ketika ku belum puas untuk bersama
Kerna kesilapan yang tak ku sengajakan
Menjadi punca perpisahan ini


Di manakah kau yang ku rindu
Di manakah kau inginku temu
Menjalin cinta bersama semula
Untuk kali kedua
Oh di manakah kau yang ku cinta
Di mana kau yang ku rindu
Hilang tak mungkin berganti
Oh sama seperti adanya dirimu


Oh kekasih mengertilah
Kau masih ku cintai
Maafkan ku andai
Masih ada ruang di hatimu
Ku ingin kembali lagi
Di sisimu seperti dulu
Menyintai dirimu buat selamanya


farahashikin,
kembalilagidisisimu.

Sunday, February 27, 2011

Berteman sepi.

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Kasih umi :(

:'(
entah kenapa sejak kebelakangan ni,
hati aku sangat emosional,
sangat cepat tersentuh.
aku rindu kan umi :'(
aku terharu dengan layanan umi pada aku :'(
bila dengan suara umi thru phone,
sebenarnya aku sangat dan tersangat sebak atas semua pergorbanan umi :'(
aku menceritakan umi tentang itu,
umi sudi untuk temankan aku ke sana,
umi cuba tenangkan aku,
umi tak pernah berungut nak uruskan urusan anak-anak dia,
aku mengaku, aku tak berapa rapat dengan abi
macam mana aku rapat dengan umi,
tapi kedua-dua nya aku sayang
kedua-duanya nyawa aku :'(


apa yang aku nak, umi tunaikan,
duit takde? bagitau hari ni,
esok bank in kan :'(
apa lagi yang tak cukup? :'(
aku nak makan apa,
umi cuba dapatkan.
nak pergi mana, umi cuba tunaikan..
ya ALLAH, sumpah aku teramat sebak ya Rabbana..
aku tak tau nak ceritakan pada siapa,
hanya doa di dalam hati yang tak putus-putus aku panjatkan.. :'(
aku sangat-sangat rindukan umi :'(
tiap kali umi hantar aku ke jalan duta untuk balik U,
memang aku akan cuba elakkan peluk umi,
sebab aku akan menangis berjurai-jurai air mata.
cengeng kan? peduli apa aku.
padahal dalam bas memang aku akan menangis.
sangat-sangat sebak.


aku sangat-sangat rindukan umi, aku nak jumpa umi, nak nak nak :'(

Release tension ~

Assalamualaikum my dearest blog.
cewahhhhhh!
dah 3 hari tak update blog.
agak rindu sebab tak dapat bebel dengan kau.
wahahahaha.
apa cerita? banyakkkkkkkk.
tapi yang sedih-sedih tak nak la cerita ehh,
kita cerita yang happy-happy je.
hehhe.


okeyy, hari ni kira hari yang 'bebas' dah untuk ktorg.
why? sebab test dah habis!
yipieeeeeeeee! hahhahaha.
pagi tadi last untuk test 1, iaitu paper MKT310,
public relation.
sangat 'seronok' jawab paper tadi. hahahhaha
kenapa 'seronok'? adalaaaaaaaaaaaa ;p


haaa actually hari ni memang dah plan after test,
nak keluar dengan soulmate.
cewahh soulmate tuu, hahhaha.
nak keluar dengan Akma,
tak g mana pun, c mart arau je.
ada beberapa barang keperluan nak beli,
kt dalam U ni MAHAL!
tau tak MAHAL?
huh.
then tadi after jawab PR,
ktorg nak terus g, tiba-tiba Izza & Baie nak join.
ktorg orait je, jimat duit teksi!
lagipun meriah sikit kan ramai-ramai.
hehheehe, tapi kalau aku dengan Akma je pun tak kisah,
kami kan selalu berdua,
duduk bilik berdua,
tidur berdua, mandi? opsss, mandi sorang-sorang okey!
jangan nak lucah kt sini, ;p


ktorg just call akak senior yang ada buat khidmat kereta sewa ni.
jimat sikit duit + tak payah jalan jauh-jauh :)
sampai c mart je tak kedai ada yang baru nak bukak,
yela, baru pukul 11 pagi kan.
ktorg terlebih awal kot. heeeeeee
terus beli apa yang ktorg nak and like usual,
nampak je kt rak-rak jual bear,
apa laggggiiiiiiiiiiiiiiii......
cakkkk!
wahhhh nak nak bear pink satu! belikan la kita :'( hahahha
Izza pun nak snap jugak! heeeee


comel tak ktorg? hahhahaha


memang selamba badak ktorg dok snap-snap kt situ,
bila ada orang lain usha buat derk je.
wahhahah mengapakah?
anda jeles? ;p


lepas dah pusing-pusing 1 c mart.
ktorg bayar then terbang jugak la Rm50.
tak pe la, memang banyak barang dah habis.
ada saki baki nak beli bila balik rumah nanti :)
then, perut pun dah lapar,
memang plan nak makan kt luar hari ni,
bosan la makan dalam U je,
makan kt kopitiam sudahh.
menu nampak menarik :)

:)

soulmate saya. wahahhaha,
suka makcik ni dapat makan! heheehe
aku tetap order laksa kegemaran ku :) siapa yang pernah keluar dengan aku mesti tau apa yang aku akan order setiap kali keluar :'(
Akma & Baie order apa tah, claypot apa tah. hahaha
langsai semua sudahhhhhhhh ;p


walaupun hanya jalan-jalan kt tempat yang dekat je,
tapi tah, at least tak lah rasa terperap dalam bilik,
mengenang nasib yang tak sudah.
wakakakakakka.
gempak tak ayat?
;p
thanks korangg!

Thursday, February 24, 2011

.



saya takde mood sangat-sangat.
jangan kacau saya.
tinggalkan saya sendirian.
AWAY.

Aku, hospital & penyakit.

Assalamualaikum my dear blog :)
wuhuuuu, hari ni aku tak attend class.
ngeeee, bukan ponteng,
bukan tertidur dan bukan terlupa ada class.
tapi ada tanggungjawab yang aku laksanakan.
ada pertemuan yang harus aku segerakan.
pagi tadi, jam 10 pagi aku g Hospital Kangar.
atas urusan apa?
shoping! hahahha tak kan sakit kot kan?
apa doctor cakap,
apa keputusannya, biarlah mereka mereka shj yang tahu.
hmm seriau aku tengok hospital tadi :(
teringat kt arwah atok :(
serta merta rasa nak mengalir air mata..
ya ALLAH, kau tenangkan lah roh mereka di sana :(
tiba-tiba rasa rindu pada dorang :(
hmmm aku pulak macam mana?
okey jeee.



penyakit yang aku maksudkan ni ialah,
susah nak tidur waktu malam!
aku tak tau kenapa,
dah tiga hari :(
padahal mengantuk & penat yang amat.
kadang-kadang tu sampai mengambil masa 1 2 jam nak tidur.
apa lagi, sumbat earfon kt telingan dan layan perasaan! haha
akibatnya, bangun pagi sangatlah pening :(
macam hari ni,
tadi rasa nak muntah je,
kalau pengsan memang terbaik la terus masuk wad sebab dah ada kt hospital.
hahhahahahaha.


oouh ye, tadi sempat berkenalan dgn sorang kakak ni,
aku panggil dia Cheah je,
budak UiTM jugak,
buat everything semua dgn dia,
tiba tiba rasa kesedihan tadi dapat di sorok.
yelaa, ada kawan berbual.
tak lah aku keseorangan :)
terima kasih Cheah!

Tuesday, February 22, 2011

Cancel lagi!

helooooooooooooo
ktorg dah penat lahhh.
class IT asyik cancel,
test dah 3x cancel!
weheeeeeeeeeeeeeeeee ~
memang dah terlebih GUD NEWS kot!
memang lah aku tak ready lagi nak test,
tapi dah set kt mind malam ni test IT,
tup tup cancel, bagusnyaaaaaaaaaaaaaaa.
baru ingat nak tidur dengan lena nya malam ni.
erkkk, before ni tidur lena jeee!
sampai semalam termiss class.
tettttttttttttttttt !~
tension la macam ni, hmm class cancel,
test cancel.
nak drop subject boleh?
haihhhhh



haaaaaaaaaa hari ni tak pasal-pasal kena mengundi untuk pilih MPP,
haiyooooooo perlu ke?
aku belum 21 lahh, baru 20.
ramai jugak yang apply jadi MPP ni,
dengar-dengar cerita Fayyad pun apply.
muahhahah elok sangat la tuu,
dia kan berkaliber :)
tapi aku tak boleh undi dia, sebab ktorg lain fakulti, sorry ekk bro!
Kak Lia, ex roomate masa part 1 dulu pun calon MPP fakulti sains gunaan :)
siapa yang minat jadi pemimpin tu boleh la apply,
aku? MPP atas katil boleh la,
bak kata Akma. hahahhahaha.
kerja lepak kat katil je, rajin kan? hehheheheh :)
penat mengundi! haaaaaaa tau tak aku undi siapa?
undi itu rahsia! ;p
daaaaa, nak tidur.
petang nanti ada class.
huh.