Thursday, March 24, 2011

Congratulation!



CONGRATULATION BRO!

U've got 7A's in SPM.
u make me proud! hehehehhehe,
sumpah bangga gila dengan kau dikkkk,
ternyata kau potong aku! kahkahkah,
alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah kan?
memang kau yang paling pandai la dalam family kita,
masa kau kecik lagi kan kan?
masa sekolah dulu kau selalu dapat num 1 dalam kelas,
aku? setakat top 10 je. hehehehehe,
terkejut gilosssssssss bila tengok slip exam kau semalam,
hahahaah berderet A, yang 3 subjek lagi tu not bad la kan?
perghhh kalau la SPM aku dapat 7A..
lalalalalalala
;DD


poyo gila semalam kau tak nak bagitau,
ktorg duk call-call kau masa kat hospital, mesej tak di balas,
bila tanya pasal result terus letak, hampeh!
aku ingat result kau teruk or biasa-biasa je,
tapi alhamdilulilah :)
abi & umi pun puas hati.
untunglaaaa kau pasni, boleh dapat macam-macam. hahahahah
kau dengar la cakap aku ni weh, apply matrix, tak pun foundation,
tak kan 7A apply UiTM je? abi kata tak payah la menyemak kat UiTM tu,
cukup la kakak-kakak kau ni menyemak kat sana.
hehehehe bukan nak merendah-rendahkan UiTM k,
dont get me wrong,
tapi apply ikut qualification kau k?
dengar cakap kakak kau ni! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr ;DD
again. congratulation abang :)
-.-


sibling ku, jom kita balas jasa umi & abi yang dah banyak berkorban untuk kita!
I love you guyssssssssssss,
muahhhhhhhhhhhh :-*

Tuesday, March 22, 2011

Present from someone.

Assalamualaikum & selamat petang :)
sebenarnya dah lama nak update pasal ni, since jumaat lepas lagi,
tapi gambar tak sempat upload di sebabkan ketidak bawakkan USB.
cehhhhhhh BM failed ;p
so, terpaksa la transfer-transfer bagai,
daripada fon aku ke fon Anis,
then baru dapat masuk kat laptop :)



nak cerita ni, sangat sweet dan comel gila!
jumaat lepas aku dapat present from someone,
hahahhahahah masalahnya yang bagi aku tu si kecil comel yang berumur 5 tahun.
gerangannya ialah Nur Aliya Qistina!
comel gila kottttttttttt,
dia bagi aku bantal panjang yang sungguh sedap untuk di peluk,
nak tengok? meyhhhhhh




TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Sakit-sakit pun gagah snap pic sebab terlampau happy ;p
bantal ini lah yang aku peluk setiap malam & bawak tidur,
comel kan kan?




aku dapat bantal ni, Anis pun dapat, tapi Anis punya kecik sikit, ngeeeeeeeh
tapi kan yang musykilnya, Mar tak dapat tau!
haaaaa bantal ni bukan sebarang bantal,
bukan beli kat mana-mana kedai, tapi kakak sedara dia sendiri yang buat ;p
ktorg guess sebab Mar selalu buli Tina ( ktorg lebih mesra dengan panggilan kakak),
selalu cubit, pukul-pukul manja,
sebab tu kakak tak bagi Mar present,


TAPI
rupanya ktorg silap,
sebab abi cakap kakak tak bagi Mar sebab Mar tak sakit! hahahaha
comelnyaaaaaaaaaaaa,
Anis dapat sebab bufday present dia 11Mac lepas,
and aku dapat sebab aku sakit,
ingat lagi masa dia datang rumah hari tu,
dia tanya "kenapa dengan telinga kakngah? kena belah ye?"
sumpah pecah gelak aku walaupun sakit,



hahhahahahahahhaha comel la awak ni gemok! ;p
sumpah aku rindu dia sangat-sangat,
hari tu pun jumpa kejap je, dengar suara dia kat rumah,
terus terjaga dengan tak gosok giginya,
dengan rambut serabai kiss dia :-*
hahahhahaha miss you damn much lil girl,
rindu nak gaduh-gaduh dengan awak,
rindu nak main rambut awak,
rindu nak panggil awak makcik,
rindu nak main jongang-jongang,
rindu nak cakap "panggil polis thailand kang"
rindu nak lawan kulit siapa lagi putih,
rindu semua.
semua :'(



"kakak, awak adik kakngah tau! tapi adik tak adik,
kalau nakal, memang kena lah! "


RABI'AHTUL ADAWIAH <3>

sesungguhnya aku amat menyayangi & mencintai budak-budak, ada macam gaya seorang ibu penyayang tak? wahahhahaha. lempang aku sikit weh! By the way, budak kecik pun tau macam mana nak gembirakan hati orang yang sakit, how sweet you are girl :'(

Think!



Love is not just words, but must be proved by act & sacrifice. Dont just say I LOVE YOU but you do not do anything.
Think!

Monday, March 21, 2011

Decision- Arau.



DECISION DECISION DECISION!

Ya Allah Ya Tuhankun,
mudah-mudahan keputusan aku ini tepat Ya Allah,
aku betul-betul dalam dilema untuk membuat 2 kuputusan yang sangat-sangat berat ini :'(
rasa nak menangis je :'(
mereka kata, Kau berikan aku ujian ini kepada aku kerana aku boleh memikulnya,
tetapi kenapa aku merasakan aku sangat lemah untuk menyelesaikan masalahku sendiri? :'(
aku tak tahu mana keputusan yang baik untukku :'(


adakah aku patut pulang ke Arau & sambung rawatan di sana keseorangan?
atau teruskan rawatan disini hingga sembuh? :'(
sumpah Ya Allah aku bingung,
tolong aku untuk lakukan keputusan yang terbaik :'(
aku merayu.... :'(
apa yang harus aku lakukan?


jika aku memilih untuk pulang ke Arau untuk meneruskan pengajianku disana dalam keadaan begini, mampu ke aku menangunggnya keseorangan? :'(
mampu ke? aku sendiri tak tau :'(
jika aku memilih untuk terus dirumah, aku tertinggal banyak pelajaran,
semua kerja aku tersekat :'(
macam mana dengan carry mark aku semua?
macam mana dengan result aku nanti?
macam mana aku nak catch up semuanya?
aku bukannya kuat nak hadapi semua ni :'(


tetapi hati ku lebih mengatakan aku akan pulang ke Arau secepat mungkin,
aku terpaksa mengorbankan sakitku sebentar,
untuk masa depan,
aku terpaksa.
aku harap ini keputusan yang terbaik & takkan sesekali aku menyesal,
Amin ya Allah :')
kedua tangan aku tadahkan kepadaMu,
mudah-mudahan Kau restui & berkati keputusanku,
Amin Amin Amin,


Sunday, March 20, 2011

Kita kawan dulu ye?

"kita kawan dulu ye?"
itu adalah dialog atau ayat yang selalunya
keluar dari mulut si perempuan,
maaf, bukan menolak cinta si lelaki,
tetapi inginkan ruang dirinya sendiri,
mungkin si perempuan baru putus cinta dan inginkan masa untuk dirinya,
si lelaki haruslah mengerti,
bukan mendesak atau memaksa :)



tetapi, jangan putus asa,
sebenarnya kadangkala perempuan bukan jual mahal,
tetapi dia inginkan kesungguhan lelaki itu mendekatinya,
dan pasti si perempuan mahukan yang terbaik untuk dirinya supaya
perkara yang lepas tidak berulang,
dan kalau setakat hangat-hangat tahi ayam,
memang tak ke mana la jawabnya,
lelaki pun kena faham perempuan,
jangan buat dunno je,
maksudnya lelaki itu tak bersungguh-sungguh,
kita pun dapat tau & rasa kan if someone tu betul-betul bersungguh atau tidak.



perempuan ni sebenarnya berhati lembut,
mudah memaafkan, mudah menerima,
cuma sebenarnya tindakan lelaki itu sama ada releven atau tidak,
kalau pandai mengambil hati perempuan,
pandai menjadi pendengar yang setia,
mampu menjadi rakan sekaligus teman istimewa,
memang sudah tip top bagi ciri-ciri jejaka idaman,
wahhhh anda mempunyai ciri-ciri tersebut?
meyh daftar kt kaunter, hahahhaha *joke


boy : awak, jom kita couple, saya minat kat awak la, awak pun dah single kan?
girl : errrr, kita kawan dulu ye?

masih dalam mood cintan, hadoyyy!

Bila saya dah takde nanti :)

Hari dah larut malam,
aku tak tidur lagi.
sedang bersemesej dengan someone,
dia takut & sedih bila kehilangan aku,
aku pun begitu,
hati sangat rasa kehilangan,
tapi aku bgtau dia, kalau aku dah takde nanti,
doa pada ALLAH supaya aku di masukkan ke dalam syurga :)


aku teringat pada someone else
" kenapa sedih ni? "
"saya takut awak takde, lepas ni nak cari siapa kalau terjaga malam-malam?"



moral value : selalunya bila kita dah takde, baru nak hargai kan? Jadi kali ni, biarlah aku yang 'bunuh' diri aku sendiri dalam hidup kau. Terima Kasih.

Saturday, March 19, 2011

Jealous.

Oouh yaaaa, baru-baru ni aku terjah blog wani,
lama dah tak usha blog dia,
ngehngeh, then terbaca post dia pasal bab-bab jeles ni la,
tiba-tiba macam ada kena mengena dengan aku. hehhehehe,
betul cakap dia, kadang-kadang memang kita jeles kan bila tengok orang lain ada couple or pasangan.
teringat macam masa kita ada, mesej tak henti,
now phone senyap je, takde sape nak mesej. kahkahkah,
nak mesej dengan diri sendiri boleh? hahahhaha
tapi jeles di sini bukan jeles berbaur jahat,
heeeeeeeeeeee just cemburu sikit la,
sebab kita pernah merasa perasaan macam tu kan,
cinta itu indah, tak di nafikan sayang :)




and again, betul kata dia,
kita ni bukan demand,
tapi nak memilih yang betul betul betul dan betul tu memang sangat sangat susah.
seriously, aku bukanlah jenis yang demand,
cukuplah lelaki tu ada ilmu agama, faham aku, boleh caring & concern tentang aku,
penyabar, sporting, setia.
hmmm mana nak dapat lelaki cmtu ye?
aku tau, takde siapa-siapa yang perfect,
macam aku cakap kat Kak Ain,
if lelaki tu caring, baik, penyabar tapi tak setia,
see? ada jugak yang rongak nye,
bila dah jumpa yang setia,
ada benda lain pulak yang menjadi masalah,
hurmmm susahnya hidup ni :(
nak cari pasangan bukan boleh endah tak endah,
kalau boleh, pasangan tu yang kita nak jadikan teman sehidup semati kan?
aminnnn kalau aku dapat macam mana yang aku nak one day nanti :)
walaupun lama lagi, tapi lama tak lama, 5 tahun lagi beb.
hehehhhe mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya,



ada orang cakap bila bercinta jangan lama-lama,
kalau dah berkenan, terus kahwin,
macam tu ke?
aku macam kurang setuju,
sebab dunia sekarang tak macam dulu,
zaman sekarang macam-macam,
boleh ke kita kenal sekejap, then kalau dah kahwin baru tau perangai tak elok dia,
haaaa macam mana?
tapi nak bercinta lama-lama pun macam banyak masalah je aku tengok,
tapi tak semua kan?
sebenarnya aku teringin nak bercinta lama-lama :)
sweet kan? nanti bgtau anak anak
"dulu ibu dah bercinta dengan ayah kamu 10 tahun"
hahahhahaha gilosss,
tapi memang sweet kan kan?



ehhh kenapa malam ni gatal sangat aku bermood cintan-cintan nih?
aiseyyyy, mood tengah bengong sikit lah noyyyy,
okey okey, banyak lagi masalah aku tak settle okey,
just put it out Rabia,
do survive!
moga korang bertemu dengan insan kesayangan korang!
<3