Saturday, April 9, 2011

Shooting! 1 2 3 go!

walawettttttttttttttttt ! gambo sape pulak ni Rabia oyt?
yang pasti bukan gambar aku nyah. hahahhaha.
takde la, actually nak cerita nih,
esok aku dah start shooting untuk video Arab.
aku rasa group ktorg yang paling lambat kot,
sebab yang lain macam semua dah hantar je :)
tak pe la, nak buat macam mana, dah aku MC 3 weeks,
thanks kat lec, sebab semua memahami aku :')
so, dialog pun dah siap, tinggal lagi nak ACTION! heeeee,
memandangkan ktorg ambik tajuk pasal hobi & sukan,
so akan shoot kat padang beringin jela & waktu petang.
aku tak hafal apa lagi nih, sebab hari ni busy.
tapi insyaAllah, malam ni akau hafal :')
well, kenapa semua orang tidur awal nih? grrrrrrrrrr.
haahhaaha selalunya ada je orang kt meja study, hari ni gelap gelita semua nya.
takpe la, petang tadi aku dah bantai tidur kot. hihihihihihi


perempuan arab memang cantik-cantik ye? ;p


hope semua berjalan lancar esok,
i'm worried coz aku ada banyak lagi nak settle, biar la settle cepat-cepat,
lega hati aku, ouhh ya, by the way, pagi tadi aku jawab QUIZ 2 LAW , aku sorang
je tak ambik lagi quiz tu, so aku terpaksa join budak class lain untuk jawab QUIZ tu,
actually dah berjanji dengan madam nak buat kat office dia, tapi lepas subuh aku tidur balik,
tengok jam dah nak pukul 9 dah.
malas lah aku, heeeeeeee dengan nak cari bilik dia lagi.
so aku join budak banking part 4 pukul 10.
kekok jugak aku, yela sorang-sorang dalam clss tu,
tak kenal sesiapa. masa nak jawab QUIZ tu, untuk student lain madam bagi balik paper tu tau,
kiranya dorang dah jawab la QUIZ tu, ada budak laki depan aku nak bagi aku jawapan. caittttttt,
then dia tanya course apa semua.
dia tunjuk paper dia kat aku, tapi aku bukan nampak apa, aku tak pakai spec!
hahahahah then aku cakap la, tak nak la tiru, belum tentu jawapan dia betul.
pastu dia pun cakap takpela, gudluck. hahaha
bila keluar bilik tu, aku rasa macam menyesal pulak tak tanya dia soalan yang aku konfius tu.
mana tau dia jawab betul kan? hee. soalan sangat-sangat konfius nyah.
heeeeeeeeeeeee. takpe la, janji QUIZ dah settle.
oouh, next week ramainya lec nak bagi semua paper test, assigment & carry mark ek?
takutnya sayaaaaaaaaaaaaa! :(
diz monday, again. TEST IT pulak, mungkin saya akan
di campakkan dengan budak banking part5 pulak.
huhuhuuhuh takpela, janji buat test, ada markah!
okey laaa, mau hafal skrip. well, I kan actor maa. pasni takmo mintak autograf ka? hahahahaa
:)
nite korang.


Wednesday, April 6, 2011

Letih.

Assalamualaikum wbt & selamat pagi.
cehhhh dah macam pembaca berita pulak nyah.
hadoyyyy, baru lepas habis class Law ni,
aku sangat mengantuk & penat right now.
sumpah tak cukup tidur :'(
pagi ni aku ada 2 class actually, tapi class PR 9-11 cancel,
so just 8-9 class Law.
At fez aku malas jugak nak g, dah la sedap-sedap tidur kan.
tapi apa kan daya, hasutan syaitan perlu di lawan!
jam dah bunyi pukul 6 :30, henfon pun dah berdering dengan lagi Rihanna memekak,
hadoyyyyyyyy, malasnyaaaaaaaaaaa :'(
tapi at last bangun la jugak mandi & bersiap-siap.



Memang tak rugi la pergi class tadi. sebab actually aku ada benda
nak tanya dengan lec pasal tajuk presentation tu,
aku tak nak la aku present membabi buta, tapi tak faham apa kan,
so better aku fahamkan untuk diri aku dulu, then baru boleh explain kat orang,
tak gitu?
tadi pun dah dapat test 1, aku just dapat 67/100 je.
sikit kan? :'( tapi kebanyakkan dorang pun dapat marks lebih kurang je, paling tinggi 77.
hmmm kena pulun kat final nih :')
so tadi jugak madam cakap jumaat ni aku kena buat quiz 2.
takpelaa, memang BERTAMBAH la kerja aku kan?
terima kasih :')
jumaat ni dah la ada class IT.
sumpah pack diz week. weekend pulak nak shooting. heeeeeeeeee ;D



kalau ikutkan aku ni, nak jer terbongkang tidur.
tapi buat masa ni kena korbankan dulu la nyah, nanti lepas final kalau aku nak
tidur tak bangun-bangun pun takpe. hahahaha
ehhh tu dah jadi lain tu ;p
okey laaa, nak salin dialog Arab ni,
thanks tu my kakak sayang, sebab sudi tolong translate kan :')
sumpah terharu kot. lega saya 1 kerja dah hampir beres :')
nanti-nanti tolong la lagi tau, tapi jangan lah minta pengeras. hahahahhaha
petang ni ada class finance & malas test.
do pray for me guys!
got to go, bye.



sayang awak yang sayang saya :)

Tuesday, April 5, 2011

Stress. Thank you.

HELLO, HELLO, HELLO,

assalamualaikum, dah lama Cik Rabia tak memekak kat sini!

busy yang terlampau tahuk? :'(

since balik sini ada beberapa post je yang sempat post,

dulu kat rumah gegeh update 2 3 entry everyday. kahkahkahkah, okeyy, here nak mengadu sikit la kan,

memang tak menang tangan nak siapkan semua task :'(



by the way, semalam dah settle satu kerja yang 'agak' berat.

MUET SPEAKING TEST!

I am done! yahooooooooooo.

thanks a lot for those yang sama group dengan saya, especially putra.

you are deserve to be a leader for the discussion, I think you help us a lot & the examiner

said "just nice! 9 minutes"

hahahahha lepas satu 'beban' hihihihihi, bukan lah beban apa pun,

just agak burden la as long as benda tu tak settle,

test centre aku kat Uitm jugak, kat kompleks star, jauh nunnnnn sana tu ha.

semalam ada class pukul 8-10. then dah plan la after class terus g kompleks star.

tapi malangnyaaaaaaaaaaaa class takde? ish, mushkil, aku orang first ke yang sampai? atau dah ubah class? yela, 3 weeks aku takde kan, mana lah tau ustaz dah tukar class lain,

call Faika, tak angkat, call Fatin, tak angkat jugak.

heyyyy korang ni membuta lagi ke? hikhikhihkk sabarr jela mak.

then last sekali call Intan, lagi bagus jawapan dia "aku tak g class la",

aku pun jawab "laaaa yeke, okey la, tak pela".

last-last aku call je ustaz. heyyyyyy kenapa lah tak fikir daripada awal-awal lagi.

hahahahahah then aku call la ustaz, ustaz cakap ada je class.

okey fine tak pe, aku duduk la sorang-sorang dulu,

tak menyesal pun pergi class sebab kan dah lama tak g.

tengok-tengok aku kena buat QUIZ 3 & IMLAK( WRITING) at the time !

aku macam errrrrrrrrrrrrrr biar betik?

dah la sumpah haram jadah tak ready hape bhaiiiiiiiiiiii,

dah berzaman buku arab tak bukak.

memang mampuihhh la, mula-mula aku tak nak buat,

tapi fikir-fikir balik, buat jelaaa, lagi cepat lagi bagus kan?

kurang sikit kerja lepas ni.



then aku buat laaa, ada beberapa meaning yang aku tak faham aku tanya ustaz,

sebenarnya banyak je tak faham, tapi aku buat je, ingat-ingat lupa,

then hantar pastu suruh ustaz tanda waktu tu jugak! yeheeeeeeeeeeee,

quiz aku dapat 9/10, imlak dapat 8 setengah/10,

alaaa setengah tu nanti jadi 1 jugak. hehehehe,

so tak rugi la jugak aku g class semalam,

then ustaz cakap khamis ni buat writing/penulisan. Itu last kot ustaz buat class,

sebab takde apa dah lagi,

tapi aku tak buat lagi listening/ujian mendengar. so nanti khamis ni jugak kot nak settlekan,

tengok la macam mana nanti.

video pulak on the way, dialog malay dah buat dah dengan Qilah semalam,

tinggal lagi nak translate to arab & shooting! wahhhh nyah, I berlakon you ~ hahaha

semalam jugak aku print & hantar assignment Law, hari ni nak hantar assigment Public relation pulak, hmmmm done!

okey, settle pasal semalam!





kerja lain menanti :


1-Test IT (aku sorang je tak buat lagi)


2-Test Finance (malam rabu ni. apa aku nak jawab weh? ;p)


3-Video arab ( leceh sangat kerja ni :( memakan masa yang lama jugak nak siap)


4- Presentation IT & Law ( diz friday & next week)


5 : Quiz finance & law ( hmm aku tak tau nak amek ke tak :'( )


6- Reading, Writing & listening MUET ( 16april ni)


dan

dan

dan


ready untuk F.I.N.A.L on this 20 April!

Wednesday, March 30, 2011

Busy.

Assalamualikum dear blog :)
alhamdulilah, aku selamat sampai Arau isnin lepas.
fuhhhhh tak sangka lepas 3 minggu MC, balik jugak aku kat Arau ni ek, hehhehe
at first tu memang sedih gila la kan,
dok text-text umi cakap aku rindu rumah & umi.
melampau? kisah pulak aku kan.
memang dah aku homesick, nak buat macam mana :( isk iskk.


okey, actually aku ada banyak gila kerja nak buat.
sumpah tersusun elok je. tak tau nak start mana dulu.
haiyoooooooooooo, help me please =.=
balik balik je, dah kena hadap test finance diz saturday.
then monday ada muet, speaking test, tah apa yang aku nak speaking pun tak tau la nyah.
mintak-mintak soalan tak susah! :"(


then assignment yang sepanjang 3 minggu aku MC tu kena jugak submit,
atau if aku tak buat, kurang la carry mark.
celah mana pulak aku nak tambah pointer aku kan :(
sedihnya, tp aku mesti kuat!
now dah tak boleh buang masa, lepak-lepak,
online, tidur.
semua kena kurang kan demi study!
boleh kan Rabia, awak korban kan semua tu?
*boleh boleh. hihihihi.
aku harap aku dapat manage time dengan baik.
Aminnnnnnnnn



oouh ye, lupa pulak nak story pasal kesihatan aku nih,
alhamdulilah, semuanya okey :)
semalam after kelas IT, hujan selebat-lebatnya aku redah jugak ke hospital kangar.
thanks Akma, sebab sudi temankan I! hehhehe.
hope lepas ni tak sakit dah, aku nak tumpu pada final ni,
kesianla kat aku nih, hukhukhuk.
umi, kita rindu umi yang teramat sangat! muahhhhhhhhhh :-*


okey la, kat CC ni, baru lepas print slip examination & register slip for MUET..
sumpah tak ready ape! nanti ye aku study muet,
test banyak nak hadap ni,
papai, nanti ada masa aku update lagi,
take care :)

Monday, March 28, 2011

Huaaaaaaaaaaa

Morning :(
huaaaaaaaaa lagi beberapa jam je lagi aku nak bertolak :(
sumpah sedih! malam tadi aku tidur dengan umi.
hehehehe punya la sedih nak berpisah dengan umi :(
ya Rabbi, buang la perasaan sedih tu, aku kan nak sambung belajar.
nak balas jasa umi abi jugak kan kan? :') *pujuk hati.
okeyy, kejap lagi nak mandi-mandi semua.
barang dah kemas, but a bit risau la takut ada apa-apa benda penting yang tertinggal.
adehhhh ada ke tak ek? hihihi.
takde kot, KAD matrix, purse, kunci locker tu semua ada dah.
ishhh dok kalut aihh aku ni
;D




okey okey, doakan aku sampai dengan selamat k?
mudah-mudahan Allah lindungi aku :')
amin ya Rabbana ya Rabbi.
thanks a lot for those yang give me support sepanjang aku sakit + 3 weeks kat rumah.
kat umi tak payah cakap lah kan, memang berjuta million thanks :')
family, Kak Ain, for someone yang datang rumah melawat :')
kawan-kawan U, kawan-kawan sekolah,
ishh nak sebut sorang-sorang ramai, aku kira general la ye?
Allah balas jasa korang 1 day nanti,
teruskan lah berdoa untuk aku ye?
okey, got to go sayang,
love yahh :')
take care all, ada masa kat sana kang aku update k?
but mesti dah busy sebab nak kejar banyak benda.
okey la okey la, *dah berapa banyak okey daaa, hekkk.
Assalamualaikum sayang.

Sunday, March 27, 2011

Sedih, Sebak, Rindu.

Assalamualaikum wbt & selamat malam.
hurmmmm tajuk entry nak sedih je kan aku nih,
haihh sudah-sudah la tu Rabia, wake up! dush dush.
nak story ni, belum lagi balik Arau,
aku dah rasa sedihnya :'(
aku ni memang sensitif gila babeng kan kan?
haihhh nak balik study la Rabia oyyyyyyy!
kau tu dah 3 minggu MC,
ni pun ikutkan aku tak boleh balik lagi, tapi aku nak balik dah :(
tinggal sakit sikit je & aku nak balik belajar,



siang tadi beli tiket bas bas Hentian Duta &
kali ni aku tukar angin naik bas lain, naik Sunny Ekspres pukul 10:30 am.
saje aku ambik tiket lambat-lambat sikit,
kita tengok jela sampai pukul berapa.
maaf Transnasional, saya curang dengan awak sebab hari tu awak buat 'taik' dgn saya!
hahahahhahaah.
barang dah pack dah, tak banyak sangat pun,
baju lagi la, berapa helai je,
makanan je yang banyak. heheheheh



hurm sedih la :(
aku mesti akan rindukan umi sangat-sangat :(
"umi, doakan kita cepat sihat tau!
kita janji everything pape kita contact umi,
kita sayang umi sangat-sangat :'(
umi, thanks sebab sudi jaga kita masa kita sakit :'(
maaf menyusahkan umi..
umi terpaksa ulang-alik hospital 2 3 hari sekali,
terpaksa tinggalkan student :'(
berhabis banyak duit untuk tol, minyak, ubat :'(
ya Rabbi, maaf sangat-sangat.
sedih sangat ni :(
esok umi hantar kita kt jalan duta tau?
jangan takde! tak kira, nak umi jugak! :'(
nak peluk umi sangat-sangat :(
kita rindu umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :'(
dah mula rindu sekarang ni :'( "


Great parents!
kita sayang umi abi,
umi abi adalah ibu bapa yang paling hebat dalam dunia!
:'(

Ratu air mata.

Yahhh, dat is me.
I cant stop crying tonight.
dan now, aku demam :')
badan, kau jangan panas sangat ye? ;p