Thursday, May 26, 2011

Result semester 4 !

kecewa

* pointer menurun

____________________________________________________________________

sedih

* pointer menurun

____________________________________________________________________

sedikit down

* pointer menurun


____________________________________________________________________

tak sangka

* dapat B- dalam FINANCE sedangkan carry mark aku hanya 19/40. Terus terang, aku hanya target lulus sebab aku banyak kali menangis sebab FINANCE. Aku tak faham, aku tak faham FINANCE. MC tiga minggu aku tak dapat catch up kesemuanya =.=' thanks ALLAH.


____________________________________________________________________

gembira

* cgpa & gpa masih kekal 3 pointer above walaupun tak lah gempak sangat bagi aku =.='


____________________________________________________________________

bersyukur

* Twin, Mar berjaya dapat DL. Tahniah sangat-sangat. U deserve to get it sis!


____________________________________________________________________

cemburu

* siapa yang tak jeles weh twin ko DL ! =.='


____________________________________________________________________


persaingan

* persaingan yang sihat.

____________________________________________________________________



Pada kawan-kawan sekalian, congratulation pada result masing-masing ye!
bersyukur la dengan apa yang kita dapat, sebab itu yang kita usaha &
sebenarnya semuanya adalah rezki sayang,
aku tau ada yang kecewa, begitu juga aku. Semua mahukan yang terbaik kan?
tapi jangan mudah mengalah. Aku ingatkan diri aku sendiri!
ayuh kita berusaha lagi. Ada 2 sem lagi ni ! Sayang kawan-kawan yang support aku!
Hanya Allah yang dapat balas tau.

Hai.

Assalamualaikumm :) sorry dah lama tak update blog.
banyak sangat problem. kalau nak cerita satu-satu tak habis.
so aku singkatkan, masalah internet kat rumah ni aku tak tau la nak habaq! macam haram.
penat je umi bayar tiap-tiap bulan rm90++ tapi buat hal je. aku rasa nak hempuk je modem tu!
aku online pun tak senang, update blog ape tah lagi.
ni pun aku online guna beruk Mar. hehehehe. berjasa jugak ek time-time emergency macam ni,


Kedua. masalah blogger ni sendiri. kan baru-baru ni semua kena verify email kan? Aku pulak tak berapa pandai bab-bab ni, create dulu pun main sedap je letak email. so aku dah tukar email,
boleh la verify sekarang. legaaaaaa kalau tak mesti rasa kosong je tak update blog. hurmmm.


Ketiga. Aku busy menpersiapkan diri nak balik U. aicehhh macam belajar kat mana je kan.
hello, aku kan belajar kat ARAUSTRALIA. hahahha. so perlu la menyiapkan beberapa perkara.
tak nak ada apa-apa yang tertinggal even pun barang tak banyak sangat.
2 3 hari ni dok uruskan benda alah tu la. beli barang-barang sikit, kemas luggage and so on..


Keempat. Takde sebab.

Monday, May 23, 2011

Launching taman reakreasi.

Assalamualikum wbt ! heyy, semalam aku menyibukkan diri masa launching taman reakreasi
yang baru je di buka semalam. hehe dekat belakang rumah aku je kot.
so lepas ni boleh kerap aku berdating kat sana,
boleh tak mi? hahahah alaaa, ada tasik, ada taman permainan,
lama dah aku tak main benda alah tu ! sekali sekala nak jugak jadi kebudak-budak kan.

tengok la makcik tu,. sikit punya gah dengan rantai dia! hahah sayang kakak ;-*
kalau takde minah si kecik ni, jangan harap aku nak g launching ni. heeee
nak jadi kanak-kanak ribena macma ni boleh tak? ngeheee =.=
oouh ini dia budak bajet cun! kah kah kah..


aku pergi launching tu kejap je, tak sampai setengah jam.
hahah lepas tu balik rumah hangkut budak 2 ekor tu sekali.
mandi-mandi kan dorang sebab badan memang melekit, budak-budak kan, nasib baik ada baju dorang kat rumah. sangat enjoy ada budak-budak kat rumah walaupun kadang-kadang pening kepala eden nak layan ! ;p

Saturday, May 21, 2011

Selamat Belajar!

Assalamualaikum! heyyy, hari ni adik aku masuk U laaa.
first day dia kot.. hehe. Dia dah selamat ada kat Arau pun,
aku tak tau kenapa UiTM bagi dia study kat Arau tu,
macam tau-tau je kan akak dia ada kat sana. psttttttttttt aku menyampah sebenarnya.
hahahahaha. baru je nak ikut umi abi hantar dia, tup2 dapat kat Arau,
errr takpela, terima kasih jela yee, minggu depan pun aku akan menghadap Arau.
kalau dapat kat tempat lain for sure la nak ikut sebab nak tengok environment U dorang.


umi & abi gerak pukul 5 am pagi tadi, yang ikut umi & abi je. sibling lain tak ikut.
so ktorang yang perempuan-perempuan ni agak ketakutan sebenarnya,
yela selepas kejadian pecah masuk rumah hari tu kan,
so memang terus terang gua cakap lu, gua memang fobia,
dengar bunyi pintu sikit dah cuak padahal bunyi pintu rumah sebelah,
psttttttt menyusahkan betul =.='
so after tengok dorang gerak semua, ktorang sambung tidur balik,
tapi aku tak boleh tidur sebab dah terjaga, dekat pukul 6 baru aku terlelap.
pastu pukul 9 :40 am macam tu dapat mesej daripada umi
yang dorang dah sampai Arau. Power tak abi? hahahahha.
abi tak drift okeyyy, memang abi bawak kereta laju tapi berhemah. hehehhe
alhamdulilahh, dorang semua sampai dengan selamat.


umi & abi pun dah selamat sampai Rawang pukul 7 malam tadi,
tu pun lewat sikit sebab jammed kat Rawang, hmm apa lagi
aku dok bergosip la dengan umi tanya pasal abang dapat kolej mana, & bla bla bla,
umi cakap abang dapat kolej cengal 4. Aku dah tercengang-cengang dah,
maaf laa, dah sebulan cuti saya terlupa la cengal 4 tu kat mana!
wakakakakakak. alhamdulilah, umi cakap abang suka kat sana.
hope ko okey2 jela ye wehh, nanti seminggu lagi kita jumpa la :)



hmmm tiba-tiba teringat pula kisah 2 tahun lepas,
kisah aku seorang yang tersangat homesick memijakkan kaki ke bumi Arau.
bayangkan la, dulu masa form1 masuk asrama kejap kat SAMER pun tahan 2 minggu je,
lepas tu call umi abi merayu-rayu nak duduk luar. hahahah punya cengeng,
sekali hambekkk kau aku dapat U kat Arau.
tapi kan, percaya tak, aku tak menangis langsung beb! hahahah.
masa tu umi & pakcu yang hantar aku sebab abi hantar Mar,
dat day sama hari pendaftaran, so abi hantar Mar,
umi hantar aku. sobsobsob sedih pulakk ingat dulu =.='
actually aku pun pelik, kenapa aku tak menangis ek. hahaha
nak tau tak, lepas habis je orientasi yang menyiksakan jiwa raga seminggu tu,
memang meleleh air mata aku... mungkin air mata aku lambat pick up sikit kot.
ahhaha dah seminggu dok Arau baru rasa sedih dah jauh dengan family.
alahai, comel-comel je aku. wakakakakaka. maklumla, seminggu tu terlalu busy
sampai tak sempat nak touching-touching.


apa-apa hal pun, aku harap abang dapat biasakan diri kat sana,
walaupun dia lelaki, tapi tah aku macam risau jugak
sebab dia tak pernah duduk asrama, ala lagipun lelaki ni sebenarnya
bukan pandai berdikari sangat. hehhehe
kalau ada yang buli ko, ko bagitau aku tau meyh aku lanyak dia.
hahahahha. takde la, kat U ni takde kes buli-buli maa,
kes buli zaman dulu je..
selamat menghadapi orientasi la pada korang!
hahahah what people said, orientasi ni minggu menyiksakan.
kahkahkah tapi tak tau la kalau korang dapat OC yang baik hati,
opssssssss =.='





Friday, May 20, 2011

Henfon rosak.

Heyyyyyyyyyy ada je benda nak buat aku sedih.
hmmm tapi sebenarnya dalam kes phone aku rosak ni salah aku sendiri :(
tu la padah kalau kat dapur pun nak bawak phone!
habis phone aku bermandikan dengan kuah spageti,
memang TAK lah! grrrrrrrrrr..
sedih weh, dah la phone aku tinggal satu tu je,
kalau takde, memang duduk dalam gua je la aku.
tak payah contact sape-sape.
masalah phone aku ni keypad prob la. so ada huruf yang tak boleh taip,
susah la macam tu derrrrrrr.
huaragggggggggggggggggggggh nak phone baru.
tapi takde duit dahhhhh, :'(
END.



Bestfriend.

Assalamualaikum. wehhh rasa macam dah lama tak update blog. Kemalasan melanda laa..
lagipun 2 3 hari ni macam takde idea la nak update apa, takde mood.
nak story mory sikit, semalam aku jumpa bestie aku. hehehe.
cadangnya nak ke KL, tapi macam ada beberapa halangan,
so aku keluar berdua je dengan Amy g bandar rawang.
aicehhh bandar rawang? dah maju meyhh, ada papparich, ada itu ada ini.
hahaah tapi pusat bowling dengan cinema takde lagi, wuhuuu,
sebabnya kat rawang kan dah dekat dengan KL,
so kalau nak chill, chill kat sana jela. ehee, ktorg teka macam tu je la kot.


sebenarnya nak keluar ramai-ramai, tapi faham jela, tak semua orang free kan.
takpe laa, aku dengan Amy pun jadi ~ tapi kejap je ktorang jumpa.
pukul 1 pm- 4: 30 pm. cadangnya nak lepak lama-lama.
tapi kebetulan abang dengan umi ada kat Rawang jugak, so dorang nak balik rumah,
alang-alang tu kan aku balik jela dengan dorang sekali.
tak payah naik bas. ngeheeeeeeee =.=
banyak benda yang di gosipkan, tapi rasa macam tak luah semua kot :(
isk isk. tak pe la weh, ada rezki kita jumpa lagi !


aku : Amy, ko tengok aku ni, ada apa-apa yang berubah tak?

amy : macam dulu la, keding macam dulu je aku tengok. hahhaha


cissssssssssss itu jugak yang nak di komen kan ye. ngeheeeee tak mengapalah.
saya tahu itu semua satu hakikat. malas nak cakap dah pasal kekurusan aku nih. hahaha.
macam ni je kot sampai bila-bila. tapi aku tak timbang lagi berat badan aku ni,
adakah masih sama 37kg macam sebulan yang lepas? psttttttttttt =.=
jom layan gambar ktorang semalam! tak banyak pun snap sebab phone aku rosak.
huwaaaaaaaaaaa apakah lagi dugaannya? :'(




BESTFWEN EVER.

Monday, May 16, 2011

Bersyukurlah.

Assalamualaikum ! sebenarnya post kali ni nak mengingatkan kita semua tentang apa itu erti syukur. Post ni lebih kepada tentang masa depan kita. Okey, macam yang kita semua tahu kan,
tak lama lagi adik-adik kita dah nak sambung study. So adik-adik korang or sepupu-sepupu korang semua dapat kat mana?


Hala tuju selepas SPM for sure la matrix, universiti, politeknik, other IPTS or maybe yang nak sambung form 6 kan? dengar cerita, ramai yang tak dapat U ye? pada sesiapa yang berjaya dapat matrix or U tu congrate la aku ucapkan :) tak ketinggalan juga aku nak cerita adik aku dapat kat UiTM Arau, perlis tempat aku belajar sekarang. Memang TAK lah! haihh tempat tu yang aku paling takut dia dapat, dia dapat jugak. haiyoooo. ehhe ehh ehh bersykur-bersyukur. ;p


Hmm, dengar-dengar cerita juga sekarang ni even orang yang result agak elok pun susah nak masuk U. Seram sejuk aku dengar ~nasib baik la aku dah lepas, hehehhe sykur juga dapat menjejakkan kaki ke U. Alhamdulilah.. agaknya sekarang ni ramai yang pandai-pandai kan? tu yang semua compete nak masuk U, so dorang memang akan pilih yang terbaik. So korang kalau yang tak dapat masuk mana-mana tu jangan la kecewa, ada rayuan ke 2 kan. InsyaALLAH, doa banyak-banyak, minta di permudahkan. Esok keluar keputusan politeknik rasanya. So sesiapa yang apply tu try la tengok.


Kalau tak dapat mana-mana IPT pun, boleh je nak continue study kat IPTS, tak salah..
cuma IPTS yuran mahal, itu yang ramai ibu bapa tak senang duduk nak bayar yuran beribu-ribu untuk satu sem. Sedangkan UiTM, RM 500 ++ je kan. Alhamdulilah, bersyukur lagi :)
tetiba rasa sayang kat UiTM. heheheheh :-* terima kasih UiTM, sebab sudi ambil saya belajar kat sana walaupun saya tau, mungkin ramai lagi yang lebih pandai daripada saya kan kan? ;p





Conclusionnya, bersyukurlah kat mana pun kita di tempatkan, janji kita dapat belajar kan?
itu yang penting, menuntu ilmu, Tapi sebenarnya aku tengah cuak ni, result UiTM keluar 25 mei ni. sumpah cuak ! :( aku takut result paper Finance, hmmm. Aku MC 3 minggu dulu aku tak dapat catch up sangat mana chapture yang tertinggal sebab Finance subjek mengira. perlu ada yang membimbing. Final hari tu aku jawab je, betul ke tak,. wallauhualam. Rasa nak menangis je ni, takut! :'( isk iskk.. aku ada la mimpi 2 3 kali pasal result ni, terlampau risau kot. Tapi, aku tawakkal je pada Allah,