Friday, June 10, 2011

Semester 5.


Entry ni nak membebel tentang subject subject dis sem. Chaiyokkk, 2 sem lagi ! :)



MALAYSIAN ECONOMY :

okay, dis subject lecturer Public Relation semester lepas, En Zul. Subject ni fully membaca.
tapi jangan ingat subject membaca senang okay! buat masa ni aku takde ;a faham sangat sebab banyak sangat table yang menerangkan percent-percent. Hadoyyy.. tapi aku akan usaha
untuk mendapatkan keputusan yang baik exam nanti! Aminnnn :)



INVESTMENT MANAGEMENT :

Waaaaaaaaa! Inilah subject yang aku cakap adik beradik nenek moyang dengan Finance sem lepas. hehehhe. subject ni tough sebab ada 4 credit hour. perghh terbaik lah! Buat masa ni aku tak boleh comment untuk subject ni sebab lecturer tak ajar lagi. Last week lecturer cuti. wuhuuu tapi dengar cerita daripada Mar memang susah. haishhhh ! subject ni mengikut pengalaman-pengalaman senior lepas, dorang pergi lawatan ke Bank Negara. tapi tah laa. sem ni lec macam tak nak buat sebab pelajar ramai,




ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR :

okay dis subject aku tak tau lagi siapa lecturer sebab dia tak masuk class lagi. Tapi dengar-dengar cerita terdapatnya salah faham jadual? erkkk tak tau la. tunggu jela next week macam mana. hmmmm.



HUMAN RESOURCE MANAGEMENT :

Wahhhhh aku macam suka subject ni walaupun belum belajar apa-apa pun! hihihi. lecturer cantik tau, ramai anak lelaki. wakakakaka.. insyaALLAH aku nak score subject ni sebab kalau ada rezeki, aku nak sambung deg in HR. Aku memang tak minat finance, maaf :) tapi lec cakap subject ni subject ramai yang fail. haihhh jangan la buat kami takut. Tapi memang banyak la chapture nya. Berapa tu tak sure sebab tak dapt buku lagi. ngeh ngeh.



OPERATION MANAGEMENT :

The last one, subject ni la lecturer rajin masuk selain En zul. hehehe. Subject ni memerlukan kami melawat kilang untuk lihat mereka beroperasi. Macam mana tu kena tunggu la kan :)
wahhh banyak sungguh trip sem ni! yeahaaaa. Jangan nak yeaha sangat la kan. HAHAHA :)




Genap dah 5 subject untuk sem ni. Subject makin berkurang, tapi sebenarnya makin tough untuk dapat carrymark yang tinggi. haihh mintak-mintak la boleh score and boleh naikkan pointer. Lagi 2 sem je nak fighting. Masalahnya now mood nak study tu tak datang lagi laa. So how how? hahahah :)



Alhamdulilah.

Berbekalkan kesungguhan aku nak balik Rawang this week,
dapat jugak aku menghadap bumi Rawang pagi ni.
alhamdulilah, syukur sangat-sangat ya Allah..
kerana kau telah memberi kami keselamatan untuk sampai dengan selamat,
currently at RAWANG :)

Tuesday, May 31, 2011

Tolong !

Assalamualaikum ! dah 3 hari aku kat Arau ni,,
weh panas weh. panas! Nak air cond sejibik boleh tak? wahahahha.
makin gelap la aku =.='
rindu rumah weh :( kalau kat rumah time camni aku lepak-lepak lagi. hehehehe,
buat masa ni aku tak banyak class lagi,
well biasa la first week kan, student pun tak ramai yang dah balik! cehhh aku macam grrrrrrrrr
kalau aku tau, aku pun nak balik lambat kot :'( tu laa skema sangat. hermm..


aku macam nak gila weh kat sini, boring gilaaaaa.
tak tau nak buat apa, kat rumah boring-boring pun tak la boring macam kat sini.
aku selalu mengadu kat roomate, boring gila. kadang-kadang buat ayat kat housemate,
aku cakap boring tengok dorang ada class. wakakakaka padahal class sendiri tu malas
pulak nak datang kan. cissssssssss =.='


lagi tu, cuaca kat sini nauzubillahh... :( panas gila cek oyttttttttttttt.
boleh faham tak panas? bukan tak bersyukur, bersyukur.. cuma nak mengadu, isk isk,,
nasib baik la cuaca malam okay, hmm alhamdulilah bersyukur je apa yang ada..
kalau aku makin hitam tu tolong jangan tegur tau! ;DD


lagi lagi, sedih nihhh phone aku rosak.. tak boleh angkat call,
hanya aku je yang boleh buat calling.
mati la camtu kan, asyik aku je call orang. hikhik *padahal bukan aku yang topap pun.
so agak sedih la sebab dah tak dapat nak gosip-gosip dengan umi sangat.
selalunya aku misscall je umi, then umi akan call balik.
sekarang dah tak boleh buat camtu, aku yang kena call umi..
nak beli phone baru tu boleh je, tapi ermmm tak nak la. Aku nak save duit,
aku plan nak g bercuti dengan next semester break. whoaaaaaaa!
baru start sem dah bercakap tentang cuti ehh, cekik nak? wuhuuuuuuuu =.='


later on aku akan post about my subject for dis sem,
buat masa ni baru masuk 1 class, class fundamental of invest, ouhh tidak.
ini adalah subject adik beradik dengan FINANCE. kehkehh dah macam fobia dengan itu subject.
sokay sokay, cool belum start belajar lagi kan.. jangan cepat melatah.
dis evening ada class, pukul 4;30 pm. MALAS! lalalala.
take care ya.





I MISS MY FAMILY :(

Thursday, May 26, 2011

Result semester 4 !

kecewa

* pointer menurun

____________________________________________________________________

sedih

* pointer menurun

____________________________________________________________________

sedikit down

* pointer menurun


____________________________________________________________________

tak sangka

* dapat B- dalam FINANCE sedangkan carry mark aku hanya 19/40. Terus terang, aku hanya target lulus sebab aku banyak kali menangis sebab FINANCE. Aku tak faham, aku tak faham FINANCE. MC tiga minggu aku tak dapat catch up kesemuanya =.=' thanks ALLAH.


____________________________________________________________________

gembira

* cgpa & gpa masih kekal 3 pointer above walaupun tak lah gempak sangat bagi aku =.='


____________________________________________________________________

bersyukur

* Twin, Mar berjaya dapat DL. Tahniah sangat-sangat. U deserve to get it sis!


____________________________________________________________________

cemburu

* siapa yang tak jeles weh twin ko DL ! =.='


____________________________________________________________________


persaingan

* persaingan yang sihat.

____________________________________________________________________



Pada kawan-kawan sekalian, congratulation pada result masing-masing ye!
bersyukur la dengan apa yang kita dapat, sebab itu yang kita usaha &
sebenarnya semuanya adalah rezki sayang,
aku tau ada yang kecewa, begitu juga aku. Semua mahukan yang terbaik kan?
tapi jangan mudah mengalah. Aku ingatkan diri aku sendiri!
ayuh kita berusaha lagi. Ada 2 sem lagi ni ! Sayang kawan-kawan yang support aku!
Hanya Allah yang dapat balas tau.

Hai.

Assalamualaikumm :) sorry dah lama tak update blog.
banyak sangat problem. kalau nak cerita satu-satu tak habis.
so aku singkatkan, masalah internet kat rumah ni aku tak tau la nak habaq! macam haram.
penat je umi bayar tiap-tiap bulan rm90++ tapi buat hal je. aku rasa nak hempuk je modem tu!
aku online pun tak senang, update blog ape tah lagi.
ni pun aku online guna beruk Mar. hehehehe. berjasa jugak ek time-time emergency macam ni,


Kedua. masalah blogger ni sendiri. kan baru-baru ni semua kena verify email kan? Aku pulak tak berapa pandai bab-bab ni, create dulu pun main sedap je letak email. so aku dah tukar email,
boleh la verify sekarang. legaaaaaa kalau tak mesti rasa kosong je tak update blog. hurmmm.


Ketiga. Aku busy menpersiapkan diri nak balik U. aicehhh macam belajar kat mana je kan.
hello, aku kan belajar kat ARAUSTRALIA. hahahha. so perlu la menyiapkan beberapa perkara.
tak nak ada apa-apa yang tertinggal even pun barang tak banyak sangat.
2 3 hari ni dok uruskan benda alah tu la. beli barang-barang sikit, kemas luggage and so on..


Keempat. Takde sebab.

Monday, May 23, 2011

Launching taman reakreasi.

Assalamualikum wbt ! heyy, semalam aku menyibukkan diri masa launching taman reakreasi
yang baru je di buka semalam. hehe dekat belakang rumah aku je kot.
so lepas ni boleh kerap aku berdating kat sana,
boleh tak mi? hahahah alaaa, ada tasik, ada taman permainan,
lama dah aku tak main benda alah tu ! sekali sekala nak jugak jadi kebudak-budak kan.

tengok la makcik tu,. sikit punya gah dengan rantai dia! hahah sayang kakak ;-*
kalau takde minah si kecik ni, jangan harap aku nak g launching ni. heeee
nak jadi kanak-kanak ribena macma ni boleh tak? ngeheee =.=
oouh ini dia budak bajet cun! kah kah kah..


aku pergi launching tu kejap je, tak sampai setengah jam.
hahah lepas tu balik rumah hangkut budak 2 ekor tu sekali.
mandi-mandi kan dorang sebab badan memang melekit, budak-budak kan, nasib baik ada baju dorang kat rumah. sangat enjoy ada budak-budak kat rumah walaupun kadang-kadang pening kepala eden nak layan ! ;p

Saturday, May 21, 2011

Selamat Belajar!

Assalamualaikum! heyyy, hari ni adik aku masuk U laaa.
first day dia kot.. hehe. Dia dah selamat ada kat Arau pun,
aku tak tau kenapa UiTM bagi dia study kat Arau tu,
macam tau-tau je kan akak dia ada kat sana. psttttttttttt aku menyampah sebenarnya.
hahahahaha. baru je nak ikut umi abi hantar dia, tup2 dapat kat Arau,
errr takpela, terima kasih jela yee, minggu depan pun aku akan menghadap Arau.
kalau dapat kat tempat lain for sure la nak ikut sebab nak tengok environment U dorang.


umi & abi gerak pukul 5 am pagi tadi, yang ikut umi & abi je. sibling lain tak ikut.
so ktorang yang perempuan-perempuan ni agak ketakutan sebenarnya,
yela selepas kejadian pecah masuk rumah hari tu kan,
so memang terus terang gua cakap lu, gua memang fobia,
dengar bunyi pintu sikit dah cuak padahal bunyi pintu rumah sebelah,
psttttttt menyusahkan betul =.='
so after tengok dorang gerak semua, ktorang sambung tidur balik,
tapi aku tak boleh tidur sebab dah terjaga, dekat pukul 6 baru aku terlelap.
pastu pukul 9 :40 am macam tu dapat mesej daripada umi
yang dorang dah sampai Arau. Power tak abi? hahahahha.
abi tak drift okeyyy, memang abi bawak kereta laju tapi berhemah. hehehhe
alhamdulilahh, dorang semua sampai dengan selamat.


umi & abi pun dah selamat sampai Rawang pukul 7 malam tadi,
tu pun lewat sikit sebab jammed kat Rawang, hmm apa lagi
aku dok bergosip la dengan umi tanya pasal abang dapat kolej mana, & bla bla bla,
umi cakap abang dapat kolej cengal 4. Aku dah tercengang-cengang dah,
maaf laa, dah sebulan cuti saya terlupa la cengal 4 tu kat mana!
wakakakakakak. alhamdulilah, umi cakap abang suka kat sana.
hope ko okey2 jela ye wehh, nanti seminggu lagi kita jumpa la :)



hmmm tiba-tiba teringat pula kisah 2 tahun lepas,
kisah aku seorang yang tersangat homesick memijakkan kaki ke bumi Arau.
bayangkan la, dulu masa form1 masuk asrama kejap kat SAMER pun tahan 2 minggu je,
lepas tu call umi abi merayu-rayu nak duduk luar. hahahah punya cengeng,
sekali hambekkk kau aku dapat U kat Arau.
tapi kan, percaya tak, aku tak menangis langsung beb! hahahah.
masa tu umi & pakcu yang hantar aku sebab abi hantar Mar,
dat day sama hari pendaftaran, so abi hantar Mar,
umi hantar aku. sobsobsob sedih pulakk ingat dulu =.='
actually aku pun pelik, kenapa aku tak menangis ek. hahaha
nak tau tak, lepas habis je orientasi yang menyiksakan jiwa raga seminggu tu,
memang meleleh air mata aku... mungkin air mata aku lambat pick up sikit kot.
ahhaha dah seminggu dok Arau baru rasa sedih dah jauh dengan family.
alahai, comel-comel je aku. wakakakakaka. maklumla, seminggu tu terlalu busy
sampai tak sempat nak touching-touching.


apa-apa hal pun, aku harap abang dapat biasakan diri kat sana,
walaupun dia lelaki, tapi tah aku macam risau jugak
sebab dia tak pernah duduk asrama, ala lagipun lelaki ni sebenarnya
bukan pandai berdikari sangat. hehhehe
kalau ada yang buli ko, ko bagitau aku tau meyh aku lanyak dia.
hahahahha. takde la, kat U ni takde kes buli-buli maa,
kes buli zaman dulu je..
selamat menghadapi orientasi la pada korang!
hahahah what people said, orientasi ni minggu menyiksakan.
kahkahkah tapi tak tau la kalau korang dapat OC yang baik hati,
opssssssss =.='