Saturday, August 20, 2011

Balik?

Hey assalamualaikum :) heeeeeeee.
saya tengah sakit pinggang ni. hahaha takde kena mengena dengan apa
yang nak di ceritakan.
well well aku sakit pinggang sebab lama dok tercongok duk kat meja study ni.
bukan study apa, just siapkan assigment HR.
alhamdulilah, aku dah buat part aku, cuma mungkin at the end nak
edit beberapa perkara. Yang penting, sudah di draftkan. Alhamdulilah :'0


Since aku ada berukband ni aku rasa macam tak lah macam katak bawah
tempurung sangat sebab everyday ada je aku tau news terkini.
hekhekkkkkk. thanks umi ! kita sayanggggggg sangat umi tau ;DD
so aku pun tak terlepas la untuk on9 setiap hari.
memang la FB bukan TUHAN, tapi kadang-kadang seronok
buat status, macam kita luahkan apa perasaan kita and bla bla bla walaupun
bukan semua kan? yang penting sebenarnya niat tuu, nawaitu dalam hati :)


hari ni aku melawat lagi kampung ke 2 aku kat sini. hek hekkk
kalau kat KL, kampung kedua aku BERJAYA TIMES SQUARE.
kat Arau ni kampung kedua aku CMART ( Komplek Arau )
aku rasa okey la jugak wujudnya cmart ni, at lez if nak beli barang
tak la kena g KANGAR yang takde apa tu,
bukan nak cakap apa, cuma tahhh. Aku sangat tak berminat g KANGAR.
maca takde apa yang menarik je. Aku lagi prefer CMART.
macam macam adaaaaaaaaaaa walaupun nampak macam kecik. hehehe.
plus kos nak ke KANGAR lebih mahal daripada kos nak g CMART.
so for sure la student ramai g CMART kan kan..


pergi sana ada tujuan jugak sebenarnya. Atas kiriman ngokngek Mar
aku belikan la dia sehelai selendang. ehheh tapi kena claim balik nanti.
ka kahkahkah duit tengah takde nih ~ weeeeeeeee..
so bila lepak kat CMART tu aku pun dok pelik kenapa ramai sangat
macam student dok usung beg besar sana sini.
OMGGGGGGGGGGGGG aku lupa budak matriks dah start cuti hari ni kan?
untunglaaaaaaaaaaah ~ hahahaha
masa otw balik CMART pun tengok kat matrik berlonggok teksi tunggu student.
yolaaaaaaaa korang balik awal dpd ktorang kan :')
fine fine fine.
minggu depan pun aku balik jugak la! weeeeeeek.
tapi before tu aku nak settle semua kerja before cuti ! yipeeeeeeee.



salam sayang,
Rabia.

Wednesday, August 17, 2011

Cuti.

Hey kamu ! selamat malam. hehehehe..
kita tak tidur lagi, tapi mata kita dah mengantuk ;DD
saja je singgah kat blog tercinta ni, rasa macam lama tak bebel-bebel..
esok dah puasa yang ke 17. gilossss la. korang tak rasa ke
kejap je masa tu berjalan?
kan kan??? tak sedar day by day dah masuk fasa ke 2 kita berpuasa.
okayy laaa, so far alhamdulilah, aku dapat berpuasa 16 hari dengan jayanya!
hehehehhehe. suka suka ;DD
minggu depan balik. yipieeeeeeeeeeeeee ! tak sabar mak ngah ;DD


esok Nuzul Quran kan? kat perlis cuti.
alhamdulilahh, boleh bangun lambat ! hehehhehe. itu la tujuannya ek
takde benda lain ke kau nak buat selain tidur ni Rabia? ish ishhhhh.
selangor cuti jugak tapi kesian kat Negeri sembeleeee sebab tak cuti.
hahaahahah padan muka ko Mar. g la class sok ye ;DD
ermmm esok nak buat apa ehhh? aishhh banyak sangat kerja ni.
apa-apa pun nak settle kan semua assigment, task and slide before
CUTI RAYA! Insyaallah, mudah-mudahan berjaya.
jom tidur! selamat malam :)

Friday, August 12, 2011

Rindu..

Assalamualaikum :)
hye awak awak. Apa khabar? heeeeeeee.
alhamdulilahhh, kita di sini sihat je. ewahh! kita tengah bosan ni,
ikutkan hati malas nak update blog, tapi apa guna beruk ye dak? hukhukk.


pejam celik pejam celik kejap je dah 12 hari kita puasa kan?
sumpah cepat gila masa berlalu! OMG.
takutnya laaaa.
petang tadi settle satu test which is Malaysian Economy,
aku rasa macam tak berapa nak perform la :(
sebab ada beberapa soalan yang aku tak confident
sobsobsobb.. tak pe la, dah lepas kan!
padan muka kat diri sendiri sebab study last minute. serve your right RABIA!


okayy, aku dapat tahu hari ni ni ngokngek Mar tu balik rumah,.
untunglahhhhhhhh dekat dengan rumah kan???
sumpah aku jeles =.='
tapi takpe, sebab aku masih boleh bersabar! hikhikkkk.
takpe la, aku tunggu cuti raya je nanti ( dengan perasaan yang sungguh tidak rela )



comel tak gambar ni? hehehhe
3 itu adalah anak dara umi,
dan sorang itu ialah mak dara. hakhakkk tak lah
maksud aku ibu kepada anak-anak dara itu. lalalalala.
comel kan semua anak umi? opsssss puji diri sendiri?
haruslahhhh , kejadian ALLAH harus di puji kan. hahahhaha
rindu sangat family aku..
FAMILY IS MY FIRST PRIORITY !
gambar ni di snap masa raya pertama tahun lepas. hehehe
tahun ni pun nak bergambar jugak! itu kan semua kenangan kan?
bila berjauhan begini, gambar jela pengubat rindu =.='
ohhhhhhh aku sangat tacing ya ini malam.

Tuesday, August 9, 2011

9 August.

Assalamulaikum dear blog sayang..
salam ramadhan yang ke 9. heeeeeeeeeee :") semua puasa ke?
okay, actually dis entry nak wish bufday one of my family member :)
TO MY YOUNGER BROTHER. pewwwwwwwwwwwwwwit
tiup lilin, tiup lilin ! hehehheheh.


H
A
P
P
Y


B
I
R
T
H
D
A
Y

MOHAMED FAROUK BIK MOHD HATTA :)

Happy bufday bang ( nama panggilan dalam family ktorang )
dah genap dah umur kau 18 tahun. heheheh
dah besar kau ye bang..
okey actullay takde benda apa sangat yang aku nak wish kan
memandangkan kau dekat je dengan aku ni haaaa
hahahha satu kampus pulak :)
tapi apa-apa pun aku harap kau dapat jadi 'ketua' keluarga dalam family
kita memandangkan family kita, kau jela satu-satu nya HERO.
heeheh belajar elok-elok bang..
kau cakap sem pertama ni nak dekan kan?
insyaALLAH, ktorang tahu tahap kemampuan kau.
umi abi selalu doakan kita..
AMIN..


Dulu....
Dan dulu....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEKARANG ! hehhehehe
( pic ni pic tahun lepas )
nanti balik raya, kita celebrate satu family keyh..
H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y.

Saturday, August 6, 2011

Puasa ke 6.

Assalamualaikum sayang-sayangku :) aicehhhhhhhh.
heheheh rindu la nak update.
harap je ada broadband, tapi malas nak update !
bukan apa, kemalasan melanda lah sayang ~ yuhuuuuuu..
okey, malam ni just nak mengomel sikit-sikit la kan..
alhamdulilah, hari ni genap 6 hari dah kita umat islam berpuasa :)
kejap je rasanya kan? begitu cepatnya masa berlalu,
tup tup kejap lagi dah nak raya! yahoooooooooo i loikeeeeeeeeee!
ehhehehhehe.


so sepanjang puasa 6 hari ni macam mana puasa korang?
okey tak? ke ada yang rasa nak pengsan ke, apa ke.. hahahaha
alhamdulilah so far aku dapat berpuasa dengan jayanya 6 hari ni!
sahur hanya minum air je :)
cukup la tu untuk membasahkan tekak..
jangan nak di bandingkan kat rumah la kan,
kat rumah lain laam sahur bersedia di meja makan ! ;")
takpe takpe sabar.. 25hb aku balik KL okey sayang! weeeeeeee ;DD
terawih pun kalau aku macam rajin sikit ( heeeee ) aku g PI,
kalau macam tak berapa nak rajin nak jalan, aku buat kat bilik je :)
sebab setahu aku pahala & fadilat berterawih ni banyak sangat,
tiap-tiap malam fadilatnya lain.


hoyeahhh nak cerita jugak yang kerja aku sangat la berlambak!
Ya Allah, tak tau nak buat yang mana dulu,
tapi gaya macam tak banyak kerja je. hahahha.
okeyyyy sudah la tuuuu. Jom kita buat kerja,
nak balik raya dengan hati yang senang kan??
yuhuuuuuuuuuuuuu. okey la, chow dulu. take care pepel :)

Tuesday, August 2, 2011

Padang Besar & Kuala Perlis.

Assalamualaikum ! Walaupun story ni dah agak lapuk, tapi aku nak nak
jugak story. hehehehe ~
alhamdulilah, akhirnya dapat jugak aku jejakkan kaki kat PADANG BESAR ni
wahahahah kesian gila kan? dah nak masuk 3 tahun belajar kat perlis,
baru sekali ni je jejakkan kaki kat sini. well, takde rezki lagi.
apa-apa pun thanks pada Kak Ain, Kak Nawwar & 2 orang kawan Kak Ain :)
heheheh sumpah korang kelakar gila la, kepala gila-gila je semua.


okay, ktorang gerak ke Padang Besar ni hari jumaat lepas
bersamaan 29 ogos. Aku ada class 10 pagi - 12 tengah hari,
so after zohor Kak Ain fetch aku kat UiTM, mujur la tak lama sangat
dorang sesat dalam UiTm tu, almaklumlah, UiTM Arau ni kan besar. ngeeee
sepanjang perjalanan tu dorang tak berhenti membebel.
hahahha aku pulak tak lepas tengok pemandangan kat luar.
bukan apa, sebab jalan nak ke Padang Besar ni ikut Mata Ayer,
aku teringat cerita Cun kan dorang shoot kat situ,
nampak la Bukit Manis nya. hehehhe cuma tak secantik dorang tunjuk
kat TV tuhh, hahahah biasala tu kan.



sampai sana je Kak Ain & kawan-kawan dia lunch.
kat sana dah dapat siaran thailand tau.
orang thailand pun ada kat sana. hehehehe
after lunch ktorang jalan-jalan kat dalam Padang Besar tu.
memang besar and banyak gila peniaga jual barang.
ahhahah tapi aku tak habis round lagi, rasanya mau tak satu hari
nak round 1 padang besar tu..
so after dah pilih-pilih mana berkenan di hati tu,
ktorang gerak balik.
alaaa, bukan beli apa sangat pun, baju-baju & toto yang umi pesan.
memang murah la toto-toto kat sana,.
kalau lah senang di usung sana sini, dah lama aku beli banyak.
senang nak bawa balik kampung raya nanti ;D

Padang Besar ni lebih kurang macam pasar malam je,
lebih kurang gitu la ;DD


okey, after g Padang Besar ni, ktorang dok gedik-gedik
pulak kat tepi jalanraya. hahahahha
sebenarnya, ktorang nak ambil gambar kat pemandangan luarnya.
siyes cantik gila, alaaaaaaaa ladang tebu! heheh tau kan?
nampak dari jauh macam besar sangat.
so ktorang pun gedik snap pic ala-ala macam kat New Zealand.
hehehe NZ sangat la kan..
kebanyakkan kereta & lori yan lau semua hon.
tah kenapa tah. jeles dengan ktorang lah tu ;DD
saya sedar keKURUSan saya :s
tak perlu lah anda melakukan sedemikian.
sesungguhnya ia jelas kelihatan ketidak comelan anda! hahahaha
hemo hemo :)
angin kuat. yipieeeeeeee !
empat sekawan :)






okey then after menggila kat tepi jalan tu,
ktorang solat asar and terus ke Kuala Perlis.
ehehhehe haaaaa Kuala Perlis ni bukan pertama kali aku g.
ada lah dalam 2 3 kali jugak.
ktorang tengok sunset tapi masa tu air surut, so tak berapa
nak cantik laaa ~


all of us.
kakigambar.
angin kuat.
aku rasa pic ni sangat comel! hahahhaa
<3


hehehe, rasa gembira sangat dat day,
sebab seolah-olah macam memenuhi keinginan aku.,
yela, aku dok cakap kat Kak Ain, teringin nak g KP petang-petang,
so bila dapat tu rasa macam tak nak balik.
tambah pulak masa tu gila kuat angin,
sedapnya laaaaaaaaaaaa ~
malam makan kat sana tapi ada satu kejadian yang mengspoilkan mood semua
orang. haihhhh orang melayu, orang melayu ~
malam baru bergerak pulang.
thank you so much kakak :")
walaupun rasa macam kejapnya hang out, tapi puas!
malam tu, tidur tak beragak ;DDD
END.

Sunday, July 31, 2011

Puasa.

Assalamualaikum my dearest blog :) weeeeeeeeeeeee ;DD
alhamdulilah, ni baru je selesai mengerjakan sunat solat terawikh di Pusat Islam,
nak tau perasaan aku? TERJUJA.
aku teruja untuk melakukan solat sunnat ini..
well biasa lah hari pertama kan? memang tak di nafikan, penuh satu PI tu.
hehehheeh. bagusla sape yang g tu.. kiranya ada la perasaan teruja dalam hati dia nak sambut ramadan mubarak:)


kat FB pun sume dok pakat buat status & wall kat kawan-kawan untuk wish puasa.
amboyyy meriahnya la korang kan?
hehehhe. memang berteknologi sungguh korang ! ;D
bythe way, di kesempatan ini aku pun nak wish SELAMAT BERPUASA kat semua!
walaupun tanpa SMS, wall post or bla3.. tapi niat di hati memang nak
wish semua kat kawan-kawan :)
so esok korangs sahur ke tak? seeloknya sahur la ye.
sebab sahur ni kan sunnah rasul. Aku faham, kadang-kadang memang liat
gila nak bangun kan? hahahhaha. yela, tengah syok tidur kena bangun makan pulak. Tapi sekurangkurangnya korang minum la air kosong.
sebab kita still kena jalankan aktiviti kita macam biasa :)


hmmm bila di kira-kira balik, tahun ni sem yang ke3 aku puasa kat Arau.
maknanya 3 tahun la tak sambut puasa kat rumah. sob sob :(
nak buat macam mana kan,
kalau kat rumah mesti best gila. sebab sahur dapat makan
makanan yang sedap-sedap. hehhehe umi kadang-kadang rajin dok goreng itu ini sedangkan ktorang terbongkang kat sofa. oohh sangat comel masa tu :)
hahahhaha. rindu la kat umi & family :(
takpe takpe. yang penting sempat jugak aku berpuasa kat rumah nanti!
tunguuuuuuuuuuu ;D
okay laa, ada banyak kerja menanti.
nak study test untuk selasa ni !
bz memanjang. yuhuuuuuuuuuuu :')
tata. take care <3