Tuesday, December 6, 2011

Alor Star.

Hello mello, assalamualaikum :)
ini entry, ahad lepas punya cerita. ngehngehhhhh.
dan dan ada berkaitan dengan ombak rindu. wahhh curlasss gituw! hahahahha
memang semuanya tengah fenomena sekarang kan,
sehari tak sebut ombak rindu tak sah.
ishhhh adik, jangan taksub sangat naaaaaaaaa..


okey la, nak di singkatkan cerita, ahad lepas aku, Akma, Qilah & roomate dia
lepak kat Alor Star City Mall,
ni adalah 2nd time aku jejak sana.
frankly speaking, aku jarang lepak kat sini.
selalunya kat Cmart je pun. hahahahah


macam yg dijanjikan, ktorang semua gerak pukul 9;30 pagi daripada kolej.
terkedek-kedek jalan keluar untuk amik teksi.
okey, semua tu takde masalah. alhamdulilah..
tapi, yg nak dijadikan MASALAH di sini,
ktorang menunggu TREN selama 2 jam!
hoyyyyyyyyy tak pernah seumur hidup aku tunggu tren sampai 2 jam.
Ya Allah, panasnya la hati aku..
setengah jam boleh tahan lagi.
daripada ramai gila que beratur nak beli tiket sampai kosong dah.
semua tengah menunggu je.
bengang gila kot.
tak kan la takde siapa yg complain kot?
buang masa je...
eeeeeeeee aku paling cukup tak suka menunggu!
semua org pun tak suka kan?


haihh lebih kurang pukul 12 baru dapat naik.
tu pun dah macam zombie dah semua nak naik.
nasib baik la dapat duduk.
sebelah mat salleh lg youuuuuuu.


sampai-sampai terus berkejar beli tiket wayang,
ktorang sampai pun dah lewat, so memang mengharapkan showing tengah hari la kan.
alhamdulilah la dengan ketangkasan Yang, dia beli 7 keping tiket utk ktorang. hehehhe
after solat zohor semua, baru la tengok cerita kegilaan ramai tu.


pendapat aku, masa first-first cerita tu quite bored la.
cerita pasal Izzah kat kampung dengan Mail & blablabla..
aku dah start boring, bila la nak muncul Haris ni.
muahhahahaha.. lama-lama, cerita makin menarik.
sedih jugak la kan..
memang ada rasa sebak, tapi cool la bebehhhhh.
orang ramai ni. malu la aku kalau menangis. hahhahaha
best. best. best. aku bagi 3 setengah bintang. hahaha
and for sure aku nak tengok lagi bila dah ada yg download nanti. lalalalala


habis cerita tu pun dalam pukul 4 lebih,
kalau nak balik naik tren, kena kejar pulak sebab last tren pukul 5.
memang tak la kan.
so ktorang pun jalan-jalan cuci mata and TERshoping sikit. hehehe
sikit je pun..


bila dah balik lambat, 1 masalah lagi apabila ktorang takde transport utk balik ke UiTM.
ahhhhhhhhhhhh sudah. macam mana ni?
nak tak nak, kena la naik teksi nyah oyyyyyy.
1 kereta rm60-70.
mahal???? apa boleh buat :")
memandangkan ada tambahan 2 org which is adik aku & kawan dia,
so ktorang naik 2 teksi.
1 teksi tu berhimpi 5 org.
nasib baik la yg kecik-kecik ni ada.
naik la ktorang 5 org sumbat dalam tu. hahahahah
kalau sewa kereta lg bagus kan?
haishh tah la. tak faham aku dengan sistem transport yg perlis ni.
sorry =.="



dah penat nak cerita.
kbye. malam. winkwink
ehhhh kejap. jom layan gambar yg tak seberapa! ~

lunch dekat food court ~
hhahhahaha macam budak-budak. hehehee
heeeeeeeeeee
siapa comel lagi??? =.= katakan sejujurnyaaaaaaaaa. hahaha
sesuai tak aku main benda alah ni? hahahaa
abaikan kasut di tangannya. HAHAHAHA


wassalam :)

Saturday, December 3, 2011

Boleh ke?

Sementara tengah ada mood nak update blog ni,
moh la kite nak bebel-bebel sorang-sorang kat sini..
kite nak tanya awak la kan,
agak-agak awak boleh ke kalau mencintai 2 orang dalam satu masa?
pernah tak dengar ayat ni

"kalau kamu mencintai 2 orang dalam satu masa yg sama,
pilihlah yg kedua kerana kalau kamu mencintai yg pertama, tak kan wujud yang kedua"


bila di fikir-fikirkan balik,
ehhh betul jugak kan kan? pandai siapa yg cipta ayat ni. heheheheh
opsss sebelum tu entry ni takde kena mengena dalam kisah hidup aku :)
saja nak bercerita tentang benda ni.
mungkin jugak gara-gara atau masih dalam mood Tentang Dhia.
siapa yg tengok cerita ni? sila angkat hidung! heheheeee
dah habis tengok sampai episod 14.
tunggu lagi next week ya.


pendapat aku mula-mula cerita ni agak slow.
tapi dah makin rancak sejak kehadiran Zikir (Adi Putra)
best la cerita ni. sedih sangat.
memang kadang-kadang rasa nak mengalirkan airmata. geeeeeeeeehe
kalau aku jadi Dhia, aku pilih Azmi sebab Azmi adalah cinta pertama dia.
macam aku jugak. aku ada cinta pertama aku tersendiri and aku menyayanginya *ewah*
so ingat senang ke nak lepaskan dia?
aku hanya melepaskan dia kalau dia dah ada penganti aku ataupun dia boleh
bahagia dengan perempuan lain..
memandangkan Azmi sendiri tak dapat lupakan Dhia walaupun dia dah kawen.
how sweet they are :")
pada pendapat aku jugak yg Zikir tu hanya sandaran pada Dhia ketika
ingin mengubat luka di hati..


memang pernah wujudnya perasaan menyukai 2 orang dalam waktu yg sama.
ada pernah tu tak nak lepaskan kedua-duanya.
jangan begitu.
pilh la salah seorang walaupun ianya melukakan.

Message berjela.

Bangun pagi-pagi untuk solat subuh
dapat mesej panjang berjela daripada someone.
niat nak membalasnya pun terbantut.
blur. tak tau nak reply apa.
sudah la sedih pasal malam tadi tak habis lagi.
continue pulak yg lain.
so aku meneruskan untuk tidak me'reply' mesejnya..
biarkan lah.

Weeks 2.


Assalamualaikum. kombad. bad apa badman. man apa mentol.
tol apa tolak. dadadadada jangan merepeks =.-
assalamualaikum ! happy weekend everybody yeppppp!
hari ni adalah hari indah aku. nak tau kenapa?
hahahhaha sebab........ errrrrrrr sebabbbbbb aku boleh bangun lambat! kikikiki..
dah de la lambat mana jang, pukul 11;30 je. hehehehhe
bangun subuh pastu tidur balik.
sedapnya tidurrrrrrr zzzzzzzzz krohhhhhhh krohhhhhh.


tapi hari ni jugak hari bosan aku.
adessss nak buat ape je ekk? lepak-lepak sudah xD
padahal banyak keje sebenarnya. hehehehe
okay, pejam celik pejam celik dah minggu ke2 dah hari kuliah aku.
so far okey laaa cuma a bit different from previous semester sebab sem ni
ktorang banyak kena buat paperwork.
kiranya bukan teori semata-mata la kan.
okeyy, meh aku introduce kan sikit subject aku sem ni


RESEARCH METHODLOGY
perghhhh dengau ayat method bagai apa ke benda alah ni kan?
ahahahah subject ni susah gua cakap lu bebeh.
nampak macam senang.
tapi erghhhh tak tau la nak cakap camne
sebab ktorang baru belajar 1 chapter.
kena buat reseacrh. hmmm takut ;/


PRINCIPLE & PRACTICE SELLING
okeyyy, subject ni ala-ala marketing.
ehhh saya suka marketingggggg. hahahah
cuma tak suka untuk mempromosikan barang.
tak reti lewwwww.
subject ni rasanya senang sikit la kot berbanding subject kat atas nuhhh.
macam kakak abang senior sem-sem lepas dorang kena
bukak gerai. then berniaga.
tapi tak tau la pulak sem ni ktorang kena buat cmne.
tapi memang ada tasknya.
tunggu jela arahan daripada Encik Hakimy. hehehhee


INTERNATIONAL BUSINESS
subject ni. errrrrrrrrrrrrrr
tak tau nak kata.
tapi, fraknly speaking, aku tak suka doing presentation :(
sebab aku tak suka bercakap depan public.
aku tak tahu la kenapa.
masa sekolah aku join forum, presentation pun tak kisah bila-bila boleh buat.
tapi kat U ni errrr macam tak minat dah.
Miss Zulaiha ni pulak macam suka bagi student present.
atoi atoi. takpe laaaa, buat yg terbaik jela.
haaaa subject ni pulak kena cari local company yg ada buat business transaction dengan
other country.


ENTREPRENEUR
subject ni dengar cerita subject wajib untuk semua course kan?
soooooooo semua orang akan merasa belajar subject ni
heheeheh subject ni lagi gempak.
kena create product baru yg different from others.
group ktorang dah ada idea.
tinggal lagi nak develop more bout our product.
tapi, tak tau nak buat business plan macam mana.
takpelaaaaa, nanti Encik Wan ajar yeeeee ;D
hehehehehe
gud luck kawan-kawan !


walaupun 4 subject je untuk sem ni,
tapi gerun jugak la kan.
al maklum la, ini kan semester last ktorang.
aku nak grad on time. semua pun nak macam tu kan without sangkut any paper.
Ya Allah permudahkan lah urusanku..
amin..

Monday, November 28, 2011

L.A.Z.Y


*gambar sebagai hiasan




Assalamualaikummmmmmmmmmmm dear blog :)
ada sihat? ada baik? ada comel?
lama gak tak update blog nih..
malas lahhh. macam takde story nak cerita.
takde gambar nak tempek. hadoyyyy
duduk sini macam duduk kat penjara +>_"
sorry to say, but it is fact okeyyy.
aku kat sini tak berjalan ke mana punnnnnnnnnnnn..
orang dok merayap sana sini,
tah laaa takde feel nak berjalan kat sini.
dah la takde transport.
naik teksi? ohhhh lupakan jela kalau nak hangout naik teksi kalau setakat 2 3 orang.
memang rugi lorhhhhh.
nak cakap sikit la kat pakcik-pakcik teksi Arau ni,

"pakcik, tak payah nak cekik darah sgt la kan??? pakcik kerja nak menganiaya student je.
pakcik takde anak ke ha? apa ek perasaan pakcik kalau anak pakcik student jugak, then dicas mahal oleh pakcik teksi lain jugak. sakit hati kan?"
haihhhhhhhhhhhhhhhh. tak luak pun la minyak teksi pakcik tu =.=



sebab tu la member-member aku cakap kalau nak senang,
cari pakwe atau scandel yg ada kereta. awwwwwwwwwwww senang hidup nyah =.="
hahhahaha. takpe2.. nanti degree aku hangkut kereta gak.
balas dendam duk kat penjara diploma ni!
kebosanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
orang lain cuti semua gi jalan-jalan :(
on9 pun bosan je 24 jam menghadap.
nasib baik la ada bola. hahahha *tiba-tiba



ehhh cakap pasal bola, semalam MALAYSIA VS BAHRAIN.
macam biasa la kan, aku tak ketinggalan jugak nak tengok.
nasib baik la ada roomate sporting meting macam AKMA,
ada jugak la member nak tengok bola kat bilik TV nuhhhhh.
ingatkan ramai la dok menempek kat sana,
rupa-rupanya aku orang first. hahhaha
ramai balik rumah kot. MAS-INDON je yang ramai tengok haritu sampai penuh bilik tv.



tapi sedih wooooooooh MAS kalah :( hmmm malas la nak komen pape.
ape-apa pun sok aku ada class. hadeihhhhhhhhh malasnya =.="
papai !

Tuesday, November 22, 2011

GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !


Hye you ! belum terlambat lagi nak pos pasal bola kat sini okey.
hahahhahah haaa? apa? kau tak percaya aku minat bola?
percayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lahhhh..
hahahahah since bila tu tak tau laaa.
tapi aku tengok yang dalam country jela. hehehhehe
yang luar negara aku tak minat sebab tak tau level performance dorang macam mana.


gua pun tak ketinggalan tengok bolaaaaaaaaaaaa beb.
jiwa kencang nak tengok ni walaupun baru sampai Arau from Rawang petang semalam.
penat tak penat belakang cerita.
kalau kat rumah 1 family melonggok depan TV tengok bola.
hahahaah meriah sungguh :")
kemudian wujud la pengulas-pengulas bola sepak yang tak bertauliah kat rumah tu.
hahhahaha comel-comel je.
baru aku tau kenapa lelaki suka tengok bola sepak. hehehe
nak tau tak, dulu aku pernah terfikir,
"apa yang bestnya tengok bola sepak ni? melongok depan tv lama-lama,
tapi tak gol-gol pun " hahahahhaa
gila la ayat gua. tak kencang mana la kan.
now baru aku tau nikmatnya.


siyesly rugi buat sesiapa yang tak minat tengok bola.
tapi aku cakap ni kalau team malaysia yang lawan la kan.
kalau team lain lawan buatpe nak tengok. hehehhe
tapi aku faham, kadang-kadang sakit hati jugak tengok bola ni.
yela, bukan senang nak masuk 1 gol tau?
susah gila. kita tengok daripada TV senang la cakap itu ini..
yang main player-player sana tu. padang dorang dah la besar gila.
perhhhhhhhh sumpah pancit gila.
tabik spring la kat mereka-mereka.
thanks skuad Harimau Malaya Muda.
aku gembira sangat dengan kemenangan ini walaupun aku tak dapat 1 sen pun
daripada kemenangan korang tu. hahaah
puas hati itu lagi penting :)
sampai termimpi-mimpi bola la malam tadi. hahahhaha.
begitu hebat sekali penangannya.
Akma la mangsa tempat aku mencubit masa geram tengok dorang main. ahhahha
sian dia ;D

so kawan-kawan, jommmmmmmmmmm support team Malaysia lagiiiiiiiii =.=

Friday, November 18, 2011

Mood : Sedih.

Dah. Jangan banyak tanya kenapa aku sedih.
Macam tak tau pulak kan yg aku sedih sebab apa :'(
sebab dah nak balik arau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... (tak nak panjang lagi ke aaa kau?)
ye. aku tau aku homesick.
ye. aku tau aku macam childish.
ye. aku tau mesti orang cakap "haiii, tak kan dah dekat 3 tahun pun homesick kot?"
kau diam boleh?
lantak aku la nak sedih pun.
tak kacau hidup kau pun. huh.


memang dah dekat sangat-sangat nak balik ni..
barang-barang pun boleh di katakan dah kemas.
tinggal lagi sikit-sikit je.
hurm :'(


aku sedih sebab dah nak berpisah dengan umi aku.
nak kata aku ni anak manja 24 jam duk bawah ketiak umi aku tak jugak.
tapi sebenarnya aku & kami adik-beradik sgt rapat dgn umi..
lebih rapat daripada dgn abi :)
normal la tu kan.
umi la ibu yang terbaik dalam dunia !
marah-marah dia ada sebab.
bebel-bebel dia untuk kebaikan.
yang bestnye umi aku marah kejap je. hihihiihi..
sayang umi sangat sangat :)


malas nak bebel panjang sebab dekat facebook dah buat drama pasal benda ni.
heheheh :) aku iklas menyatakan kata hati itu kepada umi sayangku <3
muahhhhhhhhhhhhhhh