Thursday, March 17, 2011

Dialog aku, nurse dan doktor.

Tak sampai setengah jam aku dah sampai di Hospital Sg Buloh.
nak tunggu tu lama yang amat sebab doc takde,
ermm agak slack di situ sebabnya mana boleh biarkan doctor takde,
at least ada sorang kan?
kalau ada emergency case macam mana?
huh.
okey sambung,
dalam sejam kot tunggu untuk masuk 'bilik yang indah itu'


then nurse berbaju putih itu panggil aku "Adik Rabiatul Adawiah!"
aku : *tak menyahut* tapi pergi kat dia

nurse : pergi kat bilik belakang

aku : *aku tak dengar sebenarnya, so aku pun terpacak jela kat sebelah dia*

nurse : ehhh, pergi bilik belakang la

aku : ehhh, heeee tak dengar. * and on the way pergi kat bilik belakang*


aku duduk kat katil yang biasa aku baring. lama menunggu,
adalah dalam 10 minit jugak, then nurse tu datang.
aku ingatkan dia nak cek aku, rupanya ambik barang, k takpela, aku pun
duduk senyap je kat katil tu, macam-macam yang aku fikirkan, haihhhhhh :(
then 5 minit lepas tu baru doctor yang buat operation tu datang,
maaf aku tak ingat apa nama dia, Siraj? macam tu la lebih kurang bunyi nama dia. ngehhhh


doctor Siraj : boleh saya bukak balutan ni?

aku: bukak laa,

doctor Siraj: *buang balutan tu kat tong sampah
okey, adik baring.
adik, tak boleh jahit lagi la ni, tak elok lagi ni.

aku : *menahan sebak di hati. tak cakap apa-apa

doctor Siraj : *entah dia cakap apa tah dengan nurse tu, suruh letak ubat apa entah. faham pulak kan aku bahasa sains. maaf, saya budak business ;DD ( ni cakap dalam hati je tau)




nurse : macam mana ni dikkk, tak baik lagi ni

aku : *diam, menahan sebak

nurse : awak makan pantang tak?

aku : dah berbulan-bulan pantang nurse..

nurse : ni tak boleh jahit lagi ni.

aku : *diam, tak tau nak komen apa

nurse : saya nak cuci ni tau, ada 3 ubat, satu ubat pedih yang amat-amat pedih, ubat kedua tak pedih sangat, ubat ke tiga tak pedih. Tahan sikit tau

aku : *buat-buat gelak. hahaha, yela nurse.

nurse : awak anak ke berapa? *sambil-sambil tu dia cuci kan luka aku

aku : anak kedua,

nurse : daripada?

aku : empat.

nurse : awak tingkatan berapa?

aku : saya dah universiti.

nurse : lahhhh, badan kecik je. Universiti mana?

aku : Uitm.

nurse : Uitm mana?

aku : Uitm Arau, perlis.

nurse : ambik bidang apa?

aku : business study * heyy nurse ni, boleh pulak nak berkenalan dengan aku, tapi okey jugak, at lez tak la rasa sangat. lalalalala

nurse : oouhh, yang pertama umur berapa?

aku : twin,

nurse : lahhh, lelaki ke perempuan?

aku : perempuan.

nurse : belajar kat mana?

aku : Uitm Pilah, negeri sembilan.

nurse : ambik bidang apa?

aku: Business jugak,

nurse : lahhh kenapa tak satu tempat?

aku : *buat-buat gelak sikit, "lahhh dah dapat lain tempat, nak buat macam mana"

nurse : mak kerja apa?

aku : cikgu,

nurse: patuttlahh, ayah?

aku : pegawai pemasaran,

nurse : kat mana?

aku : shah alam.

nurse : mak kerja kat mana?

aku : kt Rawang jugak, kt KAFA

nurse : family kamu ada ke yang twin?

aku : ada, belah mak. makcik, tapi dah meninggal.

nurse : adik beradik kamu berapa lelaki & berapa perempuan?

aku : sorang je laki, yang lain perempuan.

nurse : lelaki last ye?

aku : tak la, dia tengah tunggu result SPM.

nurse : oouh, trial dia dapat berapa?

aku : 5A je,

nurse : okey la tuuuu.. yang last?

aku : last form1, perempuan. Ermm nurse, lambat lagi ke nak baik ni ek?

nurse : InsyaALLAH, kalau banyak berdoa. Sebab dah nak elok dah ni, bleeding pun kurang

aku :* dalam hati, baik la sangat :(



tak lama tu 2 orang doctor sampai, doc yang operate aku hari tu...



doctor Siraj : * aku tak faham dia sembang apa entah dengan doctor Fatah

doctor Fatah: ermmm jadi macam ni pulak ko ye. ( doc ni memang berseloroh je, fun la )

aku : *senyum

doctor Fatah : haaa tu dah elok, cantik

nurse : selepas di cuci, kalau tak dah lama jahit

doctor Fatah: *bebel-bebel pasal nak letak ubat apa. aku tak faham -,- dik, bila last awak kena jangkitan?

aku : bulan 12 tahun lepas

doctor Fatah : oouh , patut la.. *sambil-sambil tu dia macam tengah fikirkan sesuatu.
okey la, esok datang lagi.

aku : kata hari isnin?

doctor Fatah : tak, esok.

nurse : doc, macam mana ni, dia ni dah nak final exam.

doctor Fatah : laaa, kalau macam tu, saya bagi surat pertukaran, nak?

nurse : parents dia tak lepaskan kalau macam ni, tak sihat lagi,

doctor Fatah : ye tak ye jugak, takpela, esok datang balik,

aku : __________________________blur! :'(_________________________

doctor Fatah : ni kenapa merah-merah kt belakang telinga ni?

nurse : alergic kot,

aku : kesan compress hari tu, kan ketat sangat

doctor Fatah : dah tak cantik kulit awak

aku : *gelak je walaupun perasaan bercampur baur. hhahahahhaha.


kenapa la Doctor Fatah ni asyik risau pasal kulit daripada hari tu lagi, risau sangat ye kulit saya tak cantik? kenapa? nak kawen kan dengan anak lelaki doctor ye? ehhehe, soal kulit tu numbo 2 la doc, kat mana-mana pun boleh buat treatmentm janji saya sihat :)


maafkan saya lecturer, dan kawan-kawan untuk group assigement.
mungkin saya akan continue untuk 1 minggu MC lagi.
maafkan saya :(
bukan kehendak saya.
kalau lah korang tau perasaan aku saat ini . . . . . . . .






'Funny' joke :)

Aku tau aku bukan sempurna,
aku tau aku bukan perempuan jelita dan cantik menawan,
aku tau aku mempunyai 'kecacatan' dan 'ketidaksempurnaan fizikal' selepas operation,
itu bukan sesuatu yang melawakkan dan mengembirakan untuk kau bergurau senda tentangnya,
aku terasa dan berkecil hati dengan kau :)
TERIMA KASIH ATAS GURAUAN ITU.