Thursday, October 6, 2011

Cinta.

Aku tak tahu nak bermadah puitis,
aku tak tahu menyusun ayat-ayat indah..
apa yang aku tahu aku pernah merasa nikmat cinta..
yah, cinta. Cinta & sayang dua maksud yang berbeza.
semua orang berhak merasa dan mendapatkan cinta.
baik lelaki, mahupun perempuan.
tak kira perempuan jelita mahupun biasa,
tak kira lelaki kacak mahupun sederhana,
cinta dan penghargaan itu sendiri terdiri daripada kerpeluan asas kita sebagai manusia :)
Nabi Adam & Hawa juga bercinta di syurga..
apatah lagi kita manusia biasa yang hidup cuma penuh dosa..


cinta itu bisa. Menjadi madu dan racun dalam hidup..
jangan menyalahkan cinta sekiranya kamu gagal dalam percintaan..
tetapi salahkan manusia itu sendiri..
jangan mengatakan cinta itu buta,
tetapi manusia itu sendiri yang buta,
tidak tahu menilai apa itu erti cinta..
bukan mudah untuk jatuh cinta,
bukan mudah untuk pertahankan cinta dan
bukan mudah mahu teruskan percintaan.. bukan mudah.


hati berdebar-debar saat pertama kali ungkapkan cinta,
hati berdebar-debar saat pertama kali mengakui cinta dalam hati,
kerana apa? kerana kadang-kadang kita takut dengan perasaan itu sendiri..
kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
siapa yang bolegh menjamin dia akan berkahwin & bahagia bersama kekasihnya?
siapa berani jamin? tiada sesiapa..
kerana selagi ikatan belum terjalin, tiada apa yang dapat menjaminkan cinta sang kekasih.
sang kekasih hanya cuma mampu pertahankan hubungan kerana telah berjanji untuk hidup bersama-sama suatu hari nanti..
semua insan mahu hidup bersama insan yang mereka sayang..


cinta bukan selalu indah.
bukan selalu pelangi datang menjengah.
kadang-kadang perang dunia ketiga, keempat, kelima terjadi juga..
agak jengkel jika pasangan sang kekasih itu tak pernah bertelagah..
mungkin ada, cuma satu dalam sejuta.
tak seronok juga juga tiada pertengkaran dalam percintaan *tersenyum..
apa keadaan sekalipun, keputusan jangan la berdasarkan emosi,
tetapi hati dan perasaan kedua-dua belah pihak itu sendiri..
bagi insan yang pernah, sedang dan akan melalui cinta ini..
hati-hati dengan perasaan anda.
kerasan cinta boleh membuat seseorang hilang petimbangan..
amin.. minta kita dijauhkan dengan perkara yang mungkar dan di keji Allah...



love,
Rabia 6oct.

Perlis lagi.

Hye awakkkkk. hehehe. assalamualaikum.. buat ape je tu? dah dinner?
kite dinner dah. before magrib tadi. heheheh.
dah 2 hari stay kat rumah. Sangat la bahagia kan :") tipu la cakap tak bahagia. hihihihi..
tapi penat kite kelmarin tak hilang lagi, dah kena gi Arau bali. erghhhh!
mesti semua pelik kan? awatnyaaa?
haaaaaaa lagu ni ( buruk naaa aku cakap utara. tukar balik. jangan jadi murtad selangor) heehhe.
esok nak g Arau ambil adik aku yang sekor tuhh.
dia abes exam esok. ehhh ehh mesti semua tanya kan kenapa aku tak balik dengan dia sekali?
adehhhh awaokkkkk, kite rindu rumah la. kita tak sanggup nak duduk 2 3 hari kat sana,.
tak best. tak syiokkkk. kite lagi sanggup balik naik bas asalkan balik awal. hihihihih..
kite kena jugak ikut abi esok sebab barang-barang kita tak habis bawak balik lagi.
ada lagi 2 beg and bantal and teddy bear kite yang busuk tu. hihihihihi :)
kalau la boleh kite nak angkut atas bas, memang kite dah buat dah.
tapi sebab tak boleh la kite tinggal dulu.
nasib baik la masih ada lagi roomate yang tak abis exam. Kalau tak,
mesti kite kena stay sana lagi :(


so esok kite nak try pujuk abi kite g PADANG BESAR. kita dah pernah pegi dulu dengan si GEMOK Kak Ain. heheheh
tapi masi pegi tu duit tak berapa nak berkepuk sangat. hahahha
boleh window shoping jela kan.
so esok umi nak belanja sikit. yeyyyyyyyy! suka suka suka ;DD
harap la abi nak bawak. Abi ni planning dia bukan boleh di predict. hihihi.
tapi kite akan try pujuk jugeeeeeeeeeeek. Awak awak ada nak kirim pape? ;DD
jangan kirim guna air liur je tau. duit mana? duit mana? haahaaha.



ehh awak awak. Awak dengar tak lagi kite kat blog ni? best kannnn.
dengar la tau. Kalau awak-awak tak boleh tidur, dengar la lagu ni and ingat kat kite tau.
konfem tidur tak bangun-bangun dah. hahahaah
apa aku bebel tah. K lah nak bukak youtube layan ape yang patut di layan.
ngeeeeeeeee. Doakan ktorang pergi and balik dengan selamat tau ")
dadaaaaaaaaaa ~