Friday, April 15, 2011

Manusia ooh manusia.

Penat. Yahhh, itu adalah word yang terbaik buat masa ni.. bukan penat buat kerja-kerja berat, bukan penat kehulur kehilir, tapi penat dengan manusia. Anda faham? Saya pun tak faham! kuang kuang kuang. Penatlah, sakit ;') walaupun perbincangan telah di lakukan, ketidak puasan hati telah di luahkan, tapi, aku tak tau apa pengakhiran sebenarnya. Tak dapat di nafikan, hati manusia bukan mudah untuk di selami, bukan mudah untuk di fahami dan bukan mudah juga untuk di jaga.


Mengaku hubungan 'keakraban' dah tidak seperti dahulu, tidak seceria dahulu, tidak segembira . Berlaku sedikit salah faham antara kami, tapi bukan pada aku seorang. Diam punya diam, perli punya memerli, akhirnya aku menghadapnya juga semalam. Pada mulanya aku tak yakin yang aku akan meluahkan semua, tetapi semuanya okey. Bermula daripada satu kisah ke satu kisah, kisah ungkit mengungkit terjadi. Sebab tu aku tak suka bila ada masalah, just 'texting'. Kak Ain pernah pesan pada aku, if ada masalah nak berbincang, elok bersemuka atau telefon. Pada mulanya aku telefon, tetapi aku rasa boleh settle by face to face. Aku seorang yang suka meluahkan apa yang terpendam! Setiap orang lain-lain kan? Ada manusia yang suka pendam & diam. Tapi bagi aku, tak. Aku suka luah! Biar dia faham & kita puas hati.


Then apa yang nak jadi after tu, lantak lah. Semalam, kami berbincang elok & tiada sebarang pergaduhan yang terjadi. Dia luah, aku luah.. aku tak puas hati, aku cakap. Dia tak puas hati, dia cakap. Hasil daripada perbincangan kami, memang semua orang ada silapnya tersendiri.. dan cuma 1 sahaja yang aku dapat tahu, yang kami tidak sefahaman . Dia nak kami buat macam ni, tapi kami tak buat macam tu sebab kami tau dia macam tu. haihhhh bila berbincang semalam, sumpah kontra gila dengan apa yang terjadi. Mana lah tak salah faham. Sebab tu pentingnya BERBINCANG! tak kira lah jenis apa pun relationship korang, korang tau tak betapa pentingnya PERBINCANGAN???? tak kisah la dengan parents, kawan, boyfren, girlfren lagi lah. Perlunya ada give & take. Satu pihak bagi dan satu pihak lagi menerima. Bukan hanya satu pihak yang memberi. Semalam aku betul-betul terlelap pukul 6 lebih kot, sumpah tertekan gila, sedih, semua ada. Sakit kepala tak payah cakap la, macam ada beban yang himpap kepala aku. hmmm terima kasih dugaan :')


kepada awak, terima kasih la sebab sudi berbincang dengan saya semalam. Saya bersyukur sebab takde apa-apa yang terjadi. I mean, takde la kita bergaduh. Saya tahu, kita berdua ni sama. 2 2 keras kepala & hot temper. Apa-apa pun saya minta maaf atas semua kekurangan saya selama awak mengenali saya. No one perfect kan. Semalam pun kita dah luah semua, tak salah kan kalau kita nak perbaiki kelemahan masing-masing? Saya perbaiki kelemahan saya & awak pun perbaiki kelemahan awak. Kan? saya tahu, mungkin saya banyak sakitkan hati awak dengan mesej-mesej saya kan? Saya minta maaf, sebab tak dapat kawal kemarahan saya. Sebab tu semalam saya tetap nak jumpa awak. Awak ingat saya suka ke jadi benda-benda macam ni? takde siapa yang suka. Dari hujung rambut sampai hujung kaki maaf saya hulurkan. Harap awak berpuas hati.


Okey sekarang ni saya nak cakap pasal awak. Ye, awak pulak! hmm minta maaflah, yela saya ni kan mengada-ngada. Sikit-sikit nak touching kan? takpe la awak. Lepas ni tak payah la nak mesej-mesej saya lagi. Saya tak tunggu apa-apa daripada awak. Hope awak buat lah apa yang awak cakap tu kan. Letih la, penat! Lantak lah, saya dah tak nak peduli apa pun. Semoga awak okey je saya doakan. Lagi tau, thanks atas 'ungkapan' tu. Saya simpan lagi mesej tu tau. Nak buat kenangan. Sekarang feeling saya kosong. Banyak benda saya nak fikir, tak sempat pulak nak fikir pasal awak dan saya je. Lantak pi lah kat situ. Sumpah dah bosan gila, dah penat dah letih bagai. Hati makin lama makin tawar, dan lepas akan menjadi seorang yang takde perasaan pulak. mungkin la kot? Entahlahh. malas nak fikir.



okey lah guys, esok saya ada exam MUET untuk writing, listening & speaking. Doakan saya! Assalamualaikum, selamat malam. semoga korang bahagia dengan hidup yang bakal korang jalani! Papai ;DD


luahan hati,
RABIA.