Wednesday, March 30, 2011

Busy.

Assalamualikum dear blog :)
alhamdulilah, aku selamat sampai Arau isnin lepas.
fuhhhhh tak sangka lepas 3 minggu MC, balik jugak aku kat Arau ni ek, hehhehe
at first tu memang sedih gila la kan,
dok text-text umi cakap aku rindu rumah & umi.
melampau? kisah pulak aku kan.
memang dah aku homesick, nak buat macam mana :( isk iskk.


okey, actually aku ada banyak gila kerja nak buat.
sumpah tersusun elok je. tak tau nak start mana dulu.
haiyoooooooooooo, help me please =.=
balik balik je, dah kena hadap test finance diz saturday.
then monday ada muet, speaking test, tah apa yang aku nak speaking pun tak tau la nyah.
mintak-mintak soalan tak susah! :"(


then assignment yang sepanjang 3 minggu aku MC tu kena jugak submit,
atau if aku tak buat, kurang la carry mark.
celah mana pulak aku nak tambah pointer aku kan :(
sedihnya, tp aku mesti kuat!
now dah tak boleh buang masa, lepak-lepak,
online, tidur.
semua kena kurang kan demi study!
boleh kan Rabia, awak korban kan semua tu?
*boleh boleh. hihihihi.
aku harap aku dapat manage time dengan baik.
Aminnnnnnnnn



oouh ye, lupa pulak nak story pasal kesihatan aku nih,
alhamdulilah, semuanya okey :)
semalam after kelas IT, hujan selebat-lebatnya aku redah jugak ke hospital kangar.
thanks Akma, sebab sudi temankan I! hehhehe.
hope lepas ni tak sakit dah, aku nak tumpu pada final ni,
kesianla kat aku nih, hukhukhuk.
umi, kita rindu umi yang teramat sangat! muahhhhhhhhhh :-*


okey la, kat CC ni, baru lepas print slip examination & register slip for MUET..
sumpah tak ready ape! nanti ye aku study muet,
test banyak nak hadap ni,
papai, nanti ada masa aku update lagi,
take care :)

Monday, March 28, 2011

Huaaaaaaaaaaa

Morning :(
huaaaaaaaaa lagi beberapa jam je lagi aku nak bertolak :(
sumpah sedih! malam tadi aku tidur dengan umi.
hehehehe punya la sedih nak berpisah dengan umi :(
ya Rabbi, buang la perasaan sedih tu, aku kan nak sambung belajar.
nak balas jasa umi abi jugak kan kan? :') *pujuk hati.
okeyy, kejap lagi nak mandi-mandi semua.
barang dah kemas, but a bit risau la takut ada apa-apa benda penting yang tertinggal.
adehhhh ada ke tak ek? hihihi.
takde kot, KAD matrix, purse, kunci locker tu semua ada dah.
ishhh dok kalut aihh aku ni
;D




okey okey, doakan aku sampai dengan selamat k?
mudah-mudahan Allah lindungi aku :')
amin ya Rabbana ya Rabbi.
thanks a lot for those yang give me support sepanjang aku sakit + 3 weeks kat rumah.
kat umi tak payah cakap lah kan, memang berjuta million thanks :')
family, Kak Ain, for someone yang datang rumah melawat :')
kawan-kawan U, kawan-kawan sekolah,
ishh nak sebut sorang-sorang ramai, aku kira general la ye?
Allah balas jasa korang 1 day nanti,
teruskan lah berdoa untuk aku ye?
okey, got to go sayang,
love yahh :')
take care all, ada masa kat sana kang aku update k?
but mesti dah busy sebab nak kejar banyak benda.
okey la okey la, *dah berapa banyak okey daaa, hekkk.
Assalamualaikum sayang.

Sunday, March 27, 2011

Sedih, Sebak, Rindu.

Assalamualaikum wbt & selamat malam.
hurmmmm tajuk entry nak sedih je kan aku nih,
haihh sudah-sudah la tu Rabia, wake up! dush dush.
nak story ni, belum lagi balik Arau,
aku dah rasa sedihnya :'(
aku ni memang sensitif gila babeng kan kan?
haihhh nak balik study la Rabia oyyyyyyy!
kau tu dah 3 minggu MC,
ni pun ikutkan aku tak boleh balik lagi, tapi aku nak balik dah :(
tinggal sakit sikit je & aku nak balik belajar,



siang tadi beli tiket bas bas Hentian Duta &
kali ni aku tukar angin naik bas lain, naik Sunny Ekspres pukul 10:30 am.
saje aku ambik tiket lambat-lambat sikit,
kita tengok jela sampai pukul berapa.
maaf Transnasional, saya curang dengan awak sebab hari tu awak buat 'taik' dgn saya!
hahahahhahaah.
barang dah pack dah, tak banyak sangat pun,
baju lagi la, berapa helai je,
makanan je yang banyak. heheheheh



hurm sedih la :(
aku mesti akan rindukan umi sangat-sangat :(
"umi, doakan kita cepat sihat tau!
kita janji everything pape kita contact umi,
kita sayang umi sangat-sangat :'(
umi, thanks sebab sudi jaga kita masa kita sakit :'(
maaf menyusahkan umi..
umi terpaksa ulang-alik hospital 2 3 hari sekali,
terpaksa tinggalkan student :'(
berhabis banyak duit untuk tol, minyak, ubat :'(
ya Rabbi, maaf sangat-sangat.
sedih sangat ni :(
esok umi hantar kita kt jalan duta tau?
jangan takde! tak kira, nak umi jugak! :'(
nak peluk umi sangat-sangat :(
kita rindu umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :'(
dah mula rindu sekarang ni :'( "


Great parents!
kita sayang umi abi,
umi abi adalah ibu bapa yang paling hebat dalam dunia!
:'(

Ratu air mata.

Yahhh, dat is me.
I cant stop crying tonight.
dan now, aku demam :')
badan, kau jangan panas sangat ye? ;p

Friday, March 25, 2011

Bangga!



Assalamualaikum :)
biasa la, takde kerja, dok belek-belek apa yang patut yg terjumpa web ni!
pasal top colleges & univervities.
wahhhhhhhhhh tiba-tiba sangat bangga okey sebab UiTM menduduki tempat ke 4!
kalahkan beberapa Universiti yang terkenal.
eheeeeeeeeee, saya budak UiTM la ;p
tu yang bangga.
saya bangga menjadi pelajar UiTM!
walaupun dapat jauh nun kat thailand tu, tapi tetap bersykur ke hadrat Allah
sebab dapat tawaran universiti :)
yela, saya sedar, saya ni takde la pandai sangat.
aicehaciehhh humble nya saya.
hehehehehe amin ya Allah,
mudah-mudahan Allah memakbulkan doa di hari jumaat yang mulia ni.


UiTM memang terbaik, semua student pandai-pandai,
lagi-lagi yang amek course sains & math,
errrrrrrrr tapi aku bukan budak sains mahupun math,
alamat ke longkang lah jawabnya,
hahahah aku budak business je,
ermmmm nak berniaga apa ek dah besar nanti? ;p


tapi actually tak kisah la kita belajar kat mana pun,
janji kita dapat menuntut ilmu, betul tak?
tak guna pun if kita belajar kat tempat yang top
tapi pelajaran kita merosot, so jangan kecewa la andainya
senarai universiti & college korang takde dalam list ni.
semua sama je, janji nawaitu nak belajar,
universiti& college ni just 'pentas' dan tempat kamu menuntut ilmu,
jadi kesimpulannya, cintailah tempat kamu menuntut ilmu walau di mana pun!
:)

Aku ingin menjadi seperti burung.


Malam yang sunyi & hening sebegini sesuai sangat kalau
kita melayan perasaan kita kan?
selalunya bila siang kita masing-masing sibuk dengan urusan kerja &
tak sempat nak fikir tentang diri & masalah.
tapi sebenarnya aku setiap masa berfikir tentang hidupku,
cuma sama ada tunjukkan atau tidak,


cuba korang tengok burung-burung kat atas tu,
cantik kan?
best tak agak-agak kalau jadi macam burung?
aku nak jadi seperti burung.
aku nak rasa bebas hidup di muka bumi Allah,
bukan bermaksud selama ni aku tak bebas,
tapi aku tak nak lagi di bebani masalah :')
sebab aku tak kuat.
aku tak kuat, selama ni aku 'berpura-pura' kuat saja :')
hebat tak aku?


alhamdulilah, aku mampu bertahan dan kini aku bangga
menjadi seorang wanita bernama Rabi'ahtul Adawiah Mohd Hatta.
aku kan anak umi, umi yang telah banyak mengharungi dugaan,
walaupun kadang-kadang gugur juga air mata ini,
tetapi sekurang-kurangnya aku mampu bertahan.
Terima kasih Ya Tuhan :')
mudah-mudahan Kau tunjukkan lah hikmah mu itu Ya Allah,
tunjukkan ya Allah :')

Thursday, March 24, 2011

Congratulation!



CONGRATULATION BRO!

U've got 7A's in SPM.
u make me proud! hehehehhehe,
sumpah bangga gila dengan kau dikkkk,
ternyata kau potong aku! kahkahkah,
alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah kan?
memang kau yang paling pandai la dalam family kita,
masa kau kecik lagi kan kan?
masa sekolah dulu kau selalu dapat num 1 dalam kelas,
aku? setakat top 10 je. hehehehehe,
terkejut gilosssssssss bila tengok slip exam kau semalam,
hahahaah berderet A, yang 3 subjek lagi tu not bad la kan?
perghhh kalau la SPM aku dapat 7A..
lalalalalalala
;DD


poyo gila semalam kau tak nak bagitau,
ktorg duk call-call kau masa kat hospital, mesej tak di balas,
bila tanya pasal result terus letak, hampeh!
aku ingat result kau teruk or biasa-biasa je,
tapi alhamdilulilah :)
abi & umi pun puas hati.
untunglaaaa kau pasni, boleh dapat macam-macam. hahahahah
kau dengar la cakap aku ni weh, apply matrix, tak pun foundation,
tak kan 7A apply UiTM je? abi kata tak payah la menyemak kat UiTM tu,
cukup la kakak-kakak kau ni menyemak kat sana.
hehehehe bukan nak merendah-rendahkan UiTM k,
dont get me wrong,
tapi apply ikut qualification kau k?
dengar cakap kakak kau ni! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr ;DD
again. congratulation abang :)
-.-


sibling ku, jom kita balas jasa umi & abi yang dah banyak berkorban untuk kita!
I love you guyssssssssssss,
muahhhhhhhhhhhh :-*

Tuesday, March 22, 2011

Present from someone.

Assalamualaikum & selamat petang :)
sebenarnya dah lama nak update pasal ni, since jumaat lepas lagi,
tapi gambar tak sempat upload di sebabkan ketidak bawakkan USB.
cehhhhhhh BM failed ;p
so, terpaksa la transfer-transfer bagai,
daripada fon aku ke fon Anis,
then baru dapat masuk kat laptop :)



nak cerita ni, sangat sweet dan comel gila!
jumaat lepas aku dapat present from someone,
hahahhahahah masalahnya yang bagi aku tu si kecil comel yang berumur 5 tahun.
gerangannya ialah Nur Aliya Qistina!
comel gila kottttttttttt,
dia bagi aku bantal panjang yang sungguh sedap untuk di peluk,
nak tengok? meyhhhhhh




TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Sakit-sakit pun gagah snap pic sebab terlampau happy ;p
bantal ini lah yang aku peluk setiap malam & bawak tidur,
comel kan kan?




aku dapat bantal ni, Anis pun dapat, tapi Anis punya kecik sikit, ngeeeeeeeh
tapi kan yang musykilnya, Mar tak dapat tau!
haaaaa bantal ni bukan sebarang bantal,
bukan beli kat mana-mana kedai, tapi kakak sedara dia sendiri yang buat ;p
ktorg guess sebab Mar selalu buli Tina ( ktorg lebih mesra dengan panggilan kakak),
selalu cubit, pukul-pukul manja,
sebab tu kakak tak bagi Mar present,


TAPI
rupanya ktorg silap,
sebab abi cakap kakak tak bagi Mar sebab Mar tak sakit! hahahaha
comelnyaaaaaaaaaaaa,
Anis dapat sebab bufday present dia 11Mac lepas,
and aku dapat sebab aku sakit,
ingat lagi masa dia datang rumah hari tu,
dia tanya "kenapa dengan telinga kakngah? kena belah ye?"
sumpah pecah gelak aku walaupun sakit,



hahhahahahahahhaha comel la awak ni gemok! ;p
sumpah aku rindu dia sangat-sangat,
hari tu pun jumpa kejap je, dengar suara dia kat rumah,
terus terjaga dengan tak gosok giginya,
dengan rambut serabai kiss dia :-*
hahahhahaha miss you damn much lil girl,
rindu nak gaduh-gaduh dengan awak,
rindu nak main rambut awak,
rindu nak panggil awak makcik,
rindu nak main jongang-jongang,
rindu nak cakap "panggil polis thailand kang"
rindu nak lawan kulit siapa lagi putih,
rindu semua.
semua :'(



"kakak, awak adik kakngah tau! tapi adik tak adik,
kalau nakal, memang kena lah! "


RABI'AHTUL ADAWIAH <3>

sesungguhnya aku amat menyayangi & mencintai budak-budak, ada macam gaya seorang ibu penyayang tak? wahahhahaha. lempang aku sikit weh! By the way, budak kecik pun tau macam mana nak gembirakan hati orang yang sakit, how sweet you are girl :'(

Think!



Love is not just words, but must be proved by act & sacrifice. Dont just say I LOVE YOU but you do not do anything.
Think!

Monday, March 21, 2011

Decision- Arau.



DECISION DECISION DECISION!

Ya Allah Ya Tuhankun,
mudah-mudahan keputusan aku ini tepat Ya Allah,
aku betul-betul dalam dilema untuk membuat 2 kuputusan yang sangat-sangat berat ini :'(
rasa nak menangis je :'(
mereka kata, Kau berikan aku ujian ini kepada aku kerana aku boleh memikulnya,
tetapi kenapa aku merasakan aku sangat lemah untuk menyelesaikan masalahku sendiri? :'(
aku tak tahu mana keputusan yang baik untukku :'(


adakah aku patut pulang ke Arau & sambung rawatan di sana keseorangan?
atau teruskan rawatan disini hingga sembuh? :'(
sumpah Ya Allah aku bingung,
tolong aku untuk lakukan keputusan yang terbaik :'(
aku merayu.... :'(
apa yang harus aku lakukan?


jika aku memilih untuk pulang ke Arau untuk meneruskan pengajianku disana dalam keadaan begini, mampu ke aku menangunggnya keseorangan? :'(
mampu ke? aku sendiri tak tau :'(
jika aku memilih untuk terus dirumah, aku tertinggal banyak pelajaran,
semua kerja aku tersekat :'(
macam mana dengan carry mark aku semua?
macam mana dengan result aku nanti?
macam mana aku nak catch up semuanya?
aku bukannya kuat nak hadapi semua ni :'(


tetapi hati ku lebih mengatakan aku akan pulang ke Arau secepat mungkin,
aku terpaksa mengorbankan sakitku sebentar,
untuk masa depan,
aku terpaksa.
aku harap ini keputusan yang terbaik & takkan sesekali aku menyesal,
Amin ya Allah :')
kedua tangan aku tadahkan kepadaMu,
mudah-mudahan Kau restui & berkati keputusanku,
Amin Amin Amin,


Sunday, March 20, 2011

Kita kawan dulu ye?

"kita kawan dulu ye?"
itu adalah dialog atau ayat yang selalunya
keluar dari mulut si perempuan,
maaf, bukan menolak cinta si lelaki,
tetapi inginkan ruang dirinya sendiri,
mungkin si perempuan baru putus cinta dan inginkan masa untuk dirinya,
si lelaki haruslah mengerti,
bukan mendesak atau memaksa :)



tetapi, jangan putus asa,
sebenarnya kadangkala perempuan bukan jual mahal,
tetapi dia inginkan kesungguhan lelaki itu mendekatinya,
dan pasti si perempuan mahukan yang terbaik untuk dirinya supaya
perkara yang lepas tidak berulang,
dan kalau setakat hangat-hangat tahi ayam,
memang tak ke mana la jawabnya,
lelaki pun kena faham perempuan,
jangan buat dunno je,
maksudnya lelaki itu tak bersungguh-sungguh,
kita pun dapat tau & rasa kan if someone tu betul-betul bersungguh atau tidak.



perempuan ni sebenarnya berhati lembut,
mudah memaafkan, mudah menerima,
cuma sebenarnya tindakan lelaki itu sama ada releven atau tidak,
kalau pandai mengambil hati perempuan,
pandai menjadi pendengar yang setia,
mampu menjadi rakan sekaligus teman istimewa,
memang sudah tip top bagi ciri-ciri jejaka idaman,
wahhhh anda mempunyai ciri-ciri tersebut?
meyh daftar kt kaunter, hahahhaha *joke


boy : awak, jom kita couple, saya minat kat awak la, awak pun dah single kan?
girl : errrr, kita kawan dulu ye?

masih dalam mood cintan, hadoyyy!

Bila saya dah takde nanti :)

Hari dah larut malam,
aku tak tidur lagi.
sedang bersemesej dengan someone,
dia takut & sedih bila kehilangan aku,
aku pun begitu,
hati sangat rasa kehilangan,
tapi aku bgtau dia, kalau aku dah takde nanti,
doa pada ALLAH supaya aku di masukkan ke dalam syurga :)


aku teringat pada someone else
" kenapa sedih ni? "
"saya takut awak takde, lepas ni nak cari siapa kalau terjaga malam-malam?"



moral value : selalunya bila kita dah takde, baru nak hargai kan? Jadi kali ni, biarlah aku yang 'bunuh' diri aku sendiri dalam hidup kau. Terima Kasih.

Saturday, March 19, 2011

Jealous.

Oouh yaaaa, baru-baru ni aku terjah blog wani,
lama dah tak usha blog dia,
ngehngeh, then terbaca post dia pasal bab-bab jeles ni la,
tiba-tiba macam ada kena mengena dengan aku. hehhehehe,
betul cakap dia, kadang-kadang memang kita jeles kan bila tengok orang lain ada couple or pasangan.
teringat macam masa kita ada, mesej tak henti,
now phone senyap je, takde sape nak mesej. kahkahkah,
nak mesej dengan diri sendiri boleh? hahahhaha
tapi jeles di sini bukan jeles berbaur jahat,
heeeeeeeeeeee just cemburu sikit la,
sebab kita pernah merasa perasaan macam tu kan,
cinta itu indah, tak di nafikan sayang :)




and again, betul kata dia,
kita ni bukan demand,
tapi nak memilih yang betul betul betul dan betul tu memang sangat sangat susah.
seriously, aku bukanlah jenis yang demand,
cukuplah lelaki tu ada ilmu agama, faham aku, boleh caring & concern tentang aku,
penyabar, sporting, setia.
hmmm mana nak dapat lelaki cmtu ye?
aku tau, takde siapa-siapa yang perfect,
macam aku cakap kat Kak Ain,
if lelaki tu caring, baik, penyabar tapi tak setia,
see? ada jugak yang rongak nye,
bila dah jumpa yang setia,
ada benda lain pulak yang menjadi masalah,
hurmmm susahnya hidup ni :(
nak cari pasangan bukan boleh endah tak endah,
kalau boleh, pasangan tu yang kita nak jadikan teman sehidup semati kan?
aminnnn kalau aku dapat macam mana yang aku nak one day nanti :)
walaupun lama lagi, tapi lama tak lama, 5 tahun lagi beb.
hehehhhe mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya,



ada orang cakap bila bercinta jangan lama-lama,
kalau dah berkenan, terus kahwin,
macam tu ke?
aku macam kurang setuju,
sebab dunia sekarang tak macam dulu,
zaman sekarang macam-macam,
boleh ke kita kenal sekejap, then kalau dah kahwin baru tau perangai tak elok dia,
haaaa macam mana?
tapi nak bercinta lama-lama pun macam banyak masalah je aku tengok,
tapi tak semua kan?
sebenarnya aku teringin nak bercinta lama-lama :)
sweet kan? nanti bgtau anak anak
"dulu ibu dah bercinta dengan ayah kamu 10 tahun"
hahahhahaha gilosss,
tapi memang sweet kan kan?



ehhh kenapa malam ni gatal sangat aku bermood cintan-cintan nih?
aiseyyyy, mood tengah bengong sikit lah noyyyy,
okey okey, banyak lagi masalah aku tak settle okey,
just put it out Rabia,
do survive!
moga korang bertemu dengan insan kesayangan korang!
<3

Sejuta Cinta - Marshanda


Marshanda – Sejuta Cinta

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan


Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya



p/s : Sumpah tengah suka gila babeng dengan lagu nih, sedih siottt, nak layan perasaan kejap! dats why buat lagu ni kt blog ni, layan jiwang wehh. kahkahkah. Jangan, kau pergi untuk meninggalkan aku... lalalalala :'(

Thursday, March 17, 2011

Dialog aku, nurse dan doktor.

Tak sampai setengah jam aku dah sampai di Hospital Sg Buloh.
nak tunggu tu lama yang amat sebab doc takde,
ermm agak slack di situ sebabnya mana boleh biarkan doctor takde,
at least ada sorang kan?
kalau ada emergency case macam mana?
huh.
okey sambung,
dalam sejam kot tunggu untuk masuk 'bilik yang indah itu'


then nurse berbaju putih itu panggil aku "Adik Rabiatul Adawiah!"
aku : *tak menyahut* tapi pergi kat dia

nurse : pergi kat bilik belakang

aku : *aku tak dengar sebenarnya, so aku pun terpacak jela kat sebelah dia*

nurse : ehhh, pergi bilik belakang la

aku : ehhh, heeee tak dengar. * and on the way pergi kat bilik belakang*


aku duduk kat katil yang biasa aku baring. lama menunggu,
adalah dalam 10 minit jugak, then nurse tu datang.
aku ingatkan dia nak cek aku, rupanya ambik barang, k takpela, aku pun
duduk senyap je kat katil tu, macam-macam yang aku fikirkan, haihhhhhh :(
then 5 minit lepas tu baru doctor yang buat operation tu datang,
maaf aku tak ingat apa nama dia, Siraj? macam tu la lebih kurang bunyi nama dia. ngehhhh


doctor Siraj : boleh saya bukak balutan ni?

aku: bukak laa,

doctor Siraj: *buang balutan tu kat tong sampah
okey, adik baring.
adik, tak boleh jahit lagi la ni, tak elok lagi ni.

aku : *menahan sebak di hati. tak cakap apa-apa

doctor Siraj : *entah dia cakap apa tah dengan nurse tu, suruh letak ubat apa entah. faham pulak kan aku bahasa sains. maaf, saya budak business ;DD ( ni cakap dalam hati je tau)




nurse : macam mana ni dikkk, tak baik lagi ni

aku : *diam, menahan sebak

nurse : awak makan pantang tak?

aku : dah berbulan-bulan pantang nurse..

nurse : ni tak boleh jahit lagi ni.

aku : *diam, tak tau nak komen apa

nurse : saya nak cuci ni tau, ada 3 ubat, satu ubat pedih yang amat-amat pedih, ubat kedua tak pedih sangat, ubat ke tiga tak pedih. Tahan sikit tau

aku : *buat-buat gelak. hahaha, yela nurse.

nurse : awak anak ke berapa? *sambil-sambil tu dia cuci kan luka aku

aku : anak kedua,

nurse : daripada?

aku : empat.

nurse : awak tingkatan berapa?

aku : saya dah universiti.

nurse : lahhhh, badan kecik je. Universiti mana?

aku : Uitm.

nurse : Uitm mana?

aku : Uitm Arau, perlis.

nurse : ambik bidang apa?

aku : business study * heyy nurse ni, boleh pulak nak berkenalan dengan aku, tapi okey jugak, at lez tak la rasa sangat. lalalalala

nurse : oouhh, yang pertama umur berapa?

aku : twin,

nurse : lahhh, lelaki ke perempuan?

aku : perempuan.

nurse : belajar kat mana?

aku : Uitm Pilah, negeri sembilan.

nurse : ambik bidang apa?

aku: Business jugak,

nurse : lahhh kenapa tak satu tempat?

aku : *buat-buat gelak sikit, "lahhh dah dapat lain tempat, nak buat macam mana"

nurse : mak kerja apa?

aku : cikgu,

nurse: patuttlahh, ayah?

aku : pegawai pemasaran,

nurse : kat mana?

aku : shah alam.

nurse : mak kerja kat mana?

aku : kt Rawang jugak, kt KAFA

nurse : family kamu ada ke yang twin?

aku : ada, belah mak. makcik, tapi dah meninggal.

nurse : adik beradik kamu berapa lelaki & berapa perempuan?

aku : sorang je laki, yang lain perempuan.

nurse : lelaki last ye?

aku : tak la, dia tengah tunggu result SPM.

nurse : oouh, trial dia dapat berapa?

aku : 5A je,

nurse : okey la tuuuu.. yang last?

aku : last form1, perempuan. Ermm nurse, lambat lagi ke nak baik ni ek?

nurse : InsyaALLAH, kalau banyak berdoa. Sebab dah nak elok dah ni, bleeding pun kurang

aku :* dalam hati, baik la sangat :(



tak lama tu 2 orang doctor sampai, doc yang operate aku hari tu...



doctor Siraj : * aku tak faham dia sembang apa entah dengan doctor Fatah

doctor Fatah: ermmm jadi macam ni pulak ko ye. ( doc ni memang berseloroh je, fun la )

aku : *senyum

doctor Fatah : haaa tu dah elok, cantik

nurse : selepas di cuci, kalau tak dah lama jahit

doctor Fatah: *bebel-bebel pasal nak letak ubat apa. aku tak faham -,- dik, bila last awak kena jangkitan?

aku : bulan 12 tahun lepas

doctor Fatah : oouh , patut la.. *sambil-sambil tu dia macam tengah fikirkan sesuatu.
okey la, esok datang lagi.

aku : kata hari isnin?

doctor Fatah : tak, esok.

nurse : doc, macam mana ni, dia ni dah nak final exam.

doctor Fatah : laaa, kalau macam tu, saya bagi surat pertukaran, nak?

nurse : parents dia tak lepaskan kalau macam ni, tak sihat lagi,

doctor Fatah : ye tak ye jugak, takpela, esok datang balik,

aku : __________________________blur! :'(_________________________

doctor Fatah : ni kenapa merah-merah kt belakang telinga ni?

nurse : alergic kot,

aku : kesan compress hari tu, kan ketat sangat

doctor Fatah : dah tak cantik kulit awak

aku : *gelak je walaupun perasaan bercampur baur. hhahahahhaha.


kenapa la Doctor Fatah ni asyik risau pasal kulit daripada hari tu lagi, risau sangat ye kulit saya tak cantik? kenapa? nak kawen kan dengan anak lelaki doctor ye? ehhehe, soal kulit tu numbo 2 la doc, kat mana-mana pun boleh buat treatmentm janji saya sihat :)


maafkan saya lecturer, dan kawan-kawan untuk group assigement.
mungkin saya akan continue untuk 1 minggu MC lagi.
maafkan saya :(
bukan kehendak saya.
kalau lah korang tau perasaan aku saat ini . . . . . . . .






'Funny' joke :)

Aku tau aku bukan sempurna,
aku tau aku bukan perempuan jelita dan cantik menawan,
aku tau aku mempunyai 'kecacatan' dan 'ketidaksempurnaan fizikal' selepas operation,
itu bukan sesuatu yang melawakkan dan mengembirakan untuk kau bergurau senda tentangnya,
aku terasa dan berkecil hati dengan kau :)
TERIMA KASIH ATAS GURAUAN ITU.

Wednesday, March 16, 2011

Yeyyyyyyyyyyyyy!

hehehehhehe,
dah tukar layout background & lagu kat blog.
yipieeeeeeeeeee <3
ada orang tu cakap lagu kat blog tak best,
tiap kali dia bukak blog aku,
dia tutup lagu,
hahahhahaha kuranggggggggggggg asam punya itu nenek! hahahahah.
so now aku godek-godek kejap blog aku,
background yang dah berzaman tu aku guna,
lagu yang tak berapa nak zaman aku tak tukar,
hehehe nak yang rancak sangat kan nenek?
hambekkkkkkkkkkk.
kalau tak joget, siap awak! hahahahaha
N.U.R.F.A.R.A.I.N Y.A.H.Y.A
love you so much.
<3>


Multivitamin.

Assalamualaikum :)
keadaan aku hari ni macam mana?
alhamdulilah, masih bernyawa lagi walaupun keadaannya kurenggg la kan.
hurmmmm :)
baru lepas lunch ni,
dah 2 minggu berpantang makan,
kahkahkahkah, macam orang baru lepas bersalin je.
hehehehe tapi aku memang dah biasa pantang-pantang ni meyh,
so tak menjadi masalah untuk aku if nak berpantang pun,
nak tau makanan apa yang aku berpantang?
1. Telur
2. Makanan seafood
3. Ayam dan yang sewaktu dengannya



hahahaha kalau family & kawan-kawan rapat yang kat U semua dah tau yang aku pantang
dengan telur, memang tak sentuh langsung telur,
kalau pergi foodcourt ( kat sana tempat makan dipanggil oren) nak beli nasi goreng,
memang dok belek ada ke tak telur dalamnya,
hahahahahaha tak pun dengan tak malunya tanya kat makcik tu,
ada telur tak, mesti semua pelik,
apa kena lah kan dengan budak ni,
nak beli ambik jela, dok tanya ada telur ke tak,
ngehngeh tak kisah la makcik nak cakap apa pun,
janji saya jaga kesihatan saya. choyyyyyyyyyy!



kat rumah ni pemakanan aku sangat dan sangat lah terjaga kan,
umi tau apa yang aku boleh makan,
tak boleh makan,
evenpun nampak simple makanannya, tapi tetap marvellousss, heheh
2 3 hari lepas memang aku macam tak berapa selera makan,
makan nasi pun sebab nak kena makan ubat,
tapi alhamdulilah, since semalam, dah mula ada selera nak makan
walaupun dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit,
janji perut berisi kan?
almaklumlah, berat pun 37kg pe cer! :'(



oouh yee, umi pun ada beli ubat multivitamin untuk aku,
bukan main semangat umi, heheheh
yela, anak dia ni dah banyak habis darah, dengan kurang zat nya,
so multivitamin ni funtion dia macam memberi pelbagai zat la kot, kotttttt,
hehehhe aku tak habis kaji lagi

haaaaaaaaaaa ni kan multivitamin. tapi ini yang macam budak-budak punya derrrrrr.
hahahaha ingat lagi, masa kecik-kecik dulu makan benda alah ni la. heeeeeeee :)
sekarang dah tak boleh :( kena makan multivitamin yang lain, yang dewasa punya.

Perghhhhhhh hambek kau! sikit punya warna warni di aidilfitri kot multivitamin dia,
hahahahaha, rasa macam nak telan je semua. hahaha, kalau la RASA ubat ni SESEDAP warna,
memang aku telan semua! ;p

jeng jeng jeng!
dan inilah dia multivitamin yang aku tengah makan sekarang.
ada 30 biji dalamnya,
sehari sebiji,
mean tahan sebulan la kan? :)
umi cakap kalau sesuai, aku teruskan lah makan vitamin ni,
bagi aku, tahhh aku telan je.
hahaha nasib baik lah aku dah tak takut makan ubat.
alhamdulilahhh, tak macam dulu,
dulu, perghhhhhh sejam dok menghadap ubat, then kat sebelah wajib ada roti or coklat.
hahaha now tak payah pun!
kahkahkahakh belagak belagak :)



DOAKAN SAYA TERUS SEMBUH!

Monday, March 14, 2011

Mencarut mengarut!

Assalamualaikum :)
okey, first of all,
sangat-sangat nak minta maaf kepada sesiapa yang bakal terasa dengan post ni,
sorry sangat.
tak terniat nak buat anda tersinggung.


hmm err urghh how to start erkk,
okey actually aku tak berapa gemar & suka la tengok ayat-ayat mencarut nih,
entah kenapa lately banyak sangat aku terbaca ayat-ayat carutan ni di mana-mana,
maklum lah, zaman teknologi kan,
aku pulak kerja nya on9 tiap-tiap hari,
so tiap-tiap hari la nampak ayat-ayat keramat nih,
hurmm tak sedap mata memandang & menyebut,
yah yah, aku bukan lah baik mana,
aku pun smtimes mencarut jugak,
tapi berbatas jugak la kan.
BABI? SIAL? PUKIMAK? errrr ada lagi ayat ni,
tapi aku tak sanggup nak taip. huhuhuhu,


I'm sorry, aku tau siapa lah aku nak tegur korang kan.
memang nak ignore je pada mulanya,
tapi saje aku post benda ni,
aku nak tegur pun aku malas,
aku tak nak jadikan pergaduhan.
malas lahh,
kang tak pasal-pasal di cop sebagai jaga tepi kain orang.
hehehhhe tak nak sebab pernah berlaku macam tu :)
so it's up to you.
cuma aku nak cakap sikit lah kan,
jaga la kata-kata kita ni,
sebab tak semua orang suka dengan apa yang kita cakap,
rasaya tak salah kan kalau kita cakap elok-elok?
okey, stop here okey!



Tercapai satu keinginan!

Assalamualaikum :)
alhamdulilahhh, itu sahaja yang dapat aku ungkapkan apabila dapat sedut ice blended ni. hehehehhehhehe,
daripada semalam kot mengidam.
tak tau kenapa :)
then hari ni baru dapat.
masalahnya tempat yang aku aim tu kat tesco je pulak tu.
hahahahaha macam kat tempat lain takde jual ice blended la pulak kan.


okey okey, tadi balik daripada hospital untuk buat check up and sesi pemyembuhan,
aku dah cakap dengan umi,
nak singgah tesco Rawang.
di samping memang nak minum ice blended,
aku boring duduk rumah.
tak pergi mana pun melainkan hospital, hospital & hospital :)
haaaa cakap pasal hospital,
masih sama :(
still dalam Cuti Sakit atau MC,
ya Allah, memang sedih kot :(
khamis ni kena 'dating' lagi.
untuk cepat baik kan, aku sabar kan je,
thanks kawan-kawan sebab korang support.
sumpah sayang korang :(


berbalik pada ice blended tu, haaaaa,
mula-mula aku macam, err nak pergi ke?
aku sakit ni :(
nak berjalan pun jalan semacam je sampai umi tanya aku okey tak,
aku cakap okey je,
padahal, aku genggam beg tangan kuat-kuat sebab teramat sakit :(:(:(
aku tak nak umi lagi risau plus aku tak nak terlalu lemah,
dalam hati, cepat lahh sampai kat parking kereta ni :(
bila dah beli-beli barang semua,
alhamdulilah, semua okey -.-
kepada Mariatul Qibtiah,
sila jangan jeles okey,
aku tau kau rindu ice blended ni jugak! kahkahkahkah ;DD

p/s : Ini adalah gambar semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
hahahahahaha. Ice blended aku tak macam ni, takde ice cream atas dia, kosong je. hehehehhe :)

and now, aku mengidam satu lagi benda alah ni,
jeng jeng jeng










































korang tengok la tomyam ni?
sedap gila babeng kan kan kan?
pekat gila bebang kan kan kan?
mesti pedas gila babeng kan kan kan?
aku nak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
:'(
siapa yang belanja dia,
aku kiss banyak-banyak.
nak? hahahahhahaa ;DD
nak tom yam pekat :(

Sunday, March 13, 2011

:)

Bila aku senyum, tak semestinya aku suka,
bila aku ketawa, tak semestinya aku gembira,
bila aku menangis, tak semestinya aku sedih,
bila aku meraung, tak semstinya aku tertekan,


aku cuba senyum walaupun sakit,
mungkin mereka faham,
tapi mereka tak lalui,
aku yang rasa, aku yang menanggung,
mungkin juga mereka fikir aku baik-baik sahaja,
tetapi aku yang rasa,
apa-apa pun, terima kasih atas keprihatinan kalian,
aku sangat menghargainya.
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H

Bila boleh balik Arau ni?

yahhhh, persoalan ini lah yang berlegar di kotak fikiran tiap tiap hari.
bila boleh balik?
bila boleh balik?
first time rasa nak balik Arau ni.
hahahaha, yelaa, aku CUTI BUKAN YANG CUTI SEBENAR.
faham tak?
dah 10 hari MC,
terbaik! dah macam apa je aku kt rumah ni,
sobsobsob,
sedihhhhhhhhhhhhhhhh :(


aku nak balik Arau,
nak sambung study,
tak lama lagi final,
nak jawab apa?
how bout my group assigment?
my Law assignment?
my PR assigment?
kesian kt roomate, duduk sorang-sorang.
heheheh.
insyaALLAH, minggu depan kot.
eeeeee dah tak nak la kot kot ni.
nak betul-betul,
plesase ALLAH :(
aminnnnnnnnn
jom aminkan ramai-ramai ye :(



Kau sweet talker?

Hello dan Assalamualaikum.
ngehhhhhhhhhhhhh :)
lama tak update blog akibat daripada simptom-simptom yang kurang sihat :(
haih.
wokey wokey,
tajuk entry, sweet talker,
ouhh Rabia! kenapa dari malam tadi kau asyik cakap pasal sweet talker bagai nih?
kenapa? mengapa?
heeeeeeeee takde apa la.


actually tiba-tiba terniat untuk post status macam ni kt fb malam tadi bukan niat nak
bagi sesiapa terasa *ehh kalau kau terasa dats mean kau sweet talker la kan*
heheheheh,Bold
malam tadi kan ada cekerama kat tv3,
tak silap akau tajuknya berkalung noda.
yahhhhh, lakonan fasha sandha dengan siapa tah mamat tu,
tak kenal.
okeyy, back to the story,
cerita tu mengisahkan tentang ketidaksetiaan si isteri pada suami,
then lelaki or hero ni pulak memang sweet talker gila nak mampuih,
dengan semua girl dia nak,
janji macam-macam,
putar belit cerita,
haiyoooooooo aku sangat geram pulak dengan ini mamat la,.
see? muka dia tak de la hensem mana kottttt.
biasa je, tapi mulut dia sangat hensem lah! * bak kata sheykn Hamzah. ngeh3


dia dah ada wife,
then tipu gurl sana sini untuk dapatkan duit.
apa cer bhai? kau tu jantan ke betina?
tak gentle langsung kot minta duit kat girl.
haihhh sangat emo nih!
nasib baik sakit, kalau tak, aku pecah je tv malam tadi.
kahkahkahkah.


okey, yang part girl pulak, memang la MUNGKIN ada silapnya,
terlalu percayakan lelaki,
tapi mesti ingat,
hati perempuan lembut maaa,
siapa yang tak cair bila di janjikan macam-macam,
jadi, jangan lah gunakan kelemahan perempuan nak buat macam tu,
korang ni.. haihhhhhh.
ehh korang tak baik tak yah terasa okey ;D
so nak bagitau la kan,
senang cer macam ni lahh,
kalau kau tu dah ada girlfren or dah jadi somebody,
tak payah la nak bersweet-sweet talker ni k?
tak baik tau,
nanti kat akhirat Allah potong lidah korang.
haaaaaaa takut tak, takut tak?
hehehhehe.
tak payah la menipu, better berterus terang yang korang ada minat girl lain walaupun ianya menyakitkan :)
betul tak?
dosa menipu lain, dosa berjanji tapi tak tertunai lain,
haaaaaaaaa kan dah berganda-ganda dosa tu?
fikir-fikirkan okey? ;D
by the way, tak semua lelaki sweet talker kan?
jangan cakap aku hentam lelaki pulak.
no no no :)



KAU SWEET TALKER? NYAHH KAU DARIPADA SINI!
;D


kalau gula-gula penuh kt bibir macam ni okey la jugak.
nyummmmm, manisnya.
HAHAHA

Wednesday, March 9, 2011

crying!

menangis lagi.
lagi.
lagi dan lagi.
thanks semua!

Ineedyou

you never know rite?
-.-

Blog..

Blog, aku nak cerita ni,
ehemmm cerita sedih tau tau.
tapi aku tak menangis dah. hehehe aku dah kuat.
dengar la ni, aku sedih la,
mungkin ada la tu dosa aku kt mana-mana,
Allah nak hukum, tu yang aku di uji :)
tah, bulan ni rasa banyak sangat kesedihan melanda. hahaha.
menangis dah tak terkira berapa kali dah.
kesian kau air mata -.-
macam-macam kot masalah aku..
kot? ehhh tak tak.
betul-betul ni.



seolah-olah macam aku ni tak layak nak hepy je.
hehehhe ish! tak baik kan cakap cmtu.
dush dushhhhhh!
tapi haihhh entah la.
tak tau nak share dengan sape.
wink wink.
sebab k fine, aku akui
aku bukan jenis yang senang nak berkongsi masalah.
aku lebih suka pendam.
kalau aku cerita pun, hanya dengan orang tertentu,
nope, bukan maksud aku orang tertentu macam mana,
tapi... entah laaa.
aku memang jenis suka simpan sendiri,
tup-tup kang mengalir je air mata..
hahahha bukan aku suruh dia keluar,
dia yang nak keluar sendiri,
grrrrrrrrrrrrrrrrr.
tak pe laa, aku redha je semuanya,
aku redha.
aku iklaskan hati untuk redha & terima takdir :)
aku pun nak kuat macam umi.
nama je anak umi, tapi tak kuat! grrrrrrrrrr
umi tu lagi la, macam-macam masalah dia,
tapi ada nampak umi mengeluh? ada?
takde kan?
kuat Rabia, kuat!
perempuan sangat mulia di sisi Allah,
ingat tu :)

Monday, March 7, 2011

...

kenapa saya rasa ada darah mengalir di bahagian operation ni?
dan jugak kenapa saya rasa sakit kat bahagian belah kiri?
macam keras semacam je
-.-

Pagi!

heeeeeeeeeee awalnya Cik Rabia kita bangun pagi ni?
kalau kat Arau ni aku dah kt class kot.
heeeeeeeeee.
nak buat macam mana,
keadaan tidak mengizinkan untuk aku balik Arau lagi,
masih ada appoiment doctor untuk aku hadir.
bukan ponteng saja-saja okey!


wahhh pagi ni umi kesayagan saya suruh saya minum susu kambing la.
huaaaaaaaaaaaaaaa!
tak mahu.
tak sedap.
hahahahaha nak sihat kan?
minum cepatttttttttttt -.-
nak tau tak macam mana aku minum susu kambing tu?
aku minum susu, then terus minum air kosong!
hahahahahha lawak gila la.
punya la anti dengan susu.
iskkkkkkkkk aku minum pun sebab nak sihat.
lagipun umi dah bancuh penat-penat,
baik aku hargai kan?


oouhh ye, cuti-cuti jugak.
assignment banyak nak kena siapkan,
telinga masih berbalut.
kenapalah aku perlu berdating lagi dengan hospital?
dah bosan :(