Sunday, July 31, 2011

Puasa.

Assalamualaikum my dearest blog :) weeeeeeeeeeeee ;DD
alhamdulilah, ni baru je selesai mengerjakan sunat solat terawikh di Pusat Islam,
nak tau perasaan aku? TERJUJA.
aku teruja untuk melakukan solat sunnat ini..
well biasa lah hari pertama kan? memang tak di nafikan, penuh satu PI tu.
hehehheeh. bagusla sape yang g tu.. kiranya ada la perasaan teruja dalam hati dia nak sambut ramadan mubarak:)


kat FB pun sume dok pakat buat status & wall kat kawan-kawan untuk wish puasa.
amboyyy meriahnya la korang kan?
hehehhe. memang berteknologi sungguh korang ! ;D
bythe way, di kesempatan ini aku pun nak wish SELAMAT BERPUASA kat semua!
walaupun tanpa SMS, wall post or bla3.. tapi niat di hati memang nak
wish semua kat kawan-kawan :)
so esok korangs sahur ke tak? seeloknya sahur la ye.
sebab sahur ni kan sunnah rasul. Aku faham, kadang-kadang memang liat
gila nak bangun kan? hahahhaha. yela, tengah syok tidur kena bangun makan pulak. Tapi sekurangkurangnya korang minum la air kosong.
sebab kita still kena jalankan aktiviti kita macam biasa :)


hmmm bila di kira-kira balik, tahun ni sem yang ke3 aku puasa kat Arau.
maknanya 3 tahun la tak sambut puasa kat rumah. sob sob :(
nak buat macam mana kan,
kalau kat rumah mesti best gila. sebab sahur dapat makan
makanan yang sedap-sedap. hehhehe umi kadang-kadang rajin dok goreng itu ini sedangkan ktorang terbongkang kat sofa. oohh sangat comel masa tu :)
hahahhaha. rindu la kat umi & family :(
takpe takpe. yang penting sempat jugak aku berpuasa kat rumah nanti!
tunguuuuuuuuuuu ;D
okay laa, ada banyak kerja menanti.
nak study test untuk selasa ni !
bz memanjang. yuhuuuuuuuuuuu :')
tata. take care <3

Tuesday, July 26, 2011

Trip.

Assalamualaikum dearest blog :)
I;m just arrived from Penang.
It was really enjoy walaupun tripnya sekejap.
sumpah rasa macam tak nak balik. hahahhaha
oouh ya, lupa nak introduce. Trip ni bukan trip saje-saje okey.
ni trip under subject OM ( Operation Management).
ini merupakan task atau assigment untuk ktorang,
perghhh memang 'senang' nak buat, kena buat report.
ktorang melawat kilang batik, kilang tisu and kilang jeruk.
detailnya akan aku cerita kemudian.


ni pun aku saje buat quick update sebab rindu sangat nak bebel.
heheheh. nanti aku update later & tunjukkan picture ktorang kat sana.
ni pun tak berapa sihat.
balik penang bukan bawak souvenir, tapi bawak virus flu.
hahahahah. macam nak demam :( memamg musim sekarang ni kan?
okey laa, need a some rest. Tak puas tidur atas bas.
maaf dinner, aku terpaksa korbankan kau demi test :(
bye bye. Jumpa lagi!

Saturday, July 23, 2011

Terakhir..

Salam & selamat malam :)
wahhh seronok sungguh korang tengok lawan bola ye malam ni?
hahaha aku pun tak ketinggalan lah !
MALAYSIA VS SINGAPORE beb!
apa-apa pun congrate kat MALAYSIA ku sebab score 3 goal :)
untuk goal yang pertama aku tak sempat tengok,
tapi 2 goal yang lain aku tengok! sumpah hebat gila !
dalam masa beberapa minit je score 2 goal.
memang aku excited gila ! hahahah. Tiba-tiba rasa in love kat safee sali. hahahha dan dan kau Rabia.
last game 28hb nanti kat Bukit Jalil, But I'm not sure masa tu boleh tengok ke tak :') masa tu kat U kan, faham-faham jela..


okay, cakap pasal U. nampaknya malam ni malam terakhir la aku kat
syurga aku ni :') yakni rumah ku. heeeeeee ~ rumahku, syurgaku la kan?
sedih bhaiiiiiiiii. wuhuuuuu. habis sudah cuti mid sem nih.
rasa macam kejap gila. HAHAHA.
esok jam 10 :30 pagi bas Sani Ekspres dah bergerak dari Duta-Kangar.
huargggghhh nak nangis :') hikhikkkk.
cuma bezanya esok aku tak balik sorang :) hahaha
balik dengan abang laaaa..
barang-barang tak habis packing lagi.. ada beberapa lagi
baju belum kering. & dalam usaha mengeringkan la ni.
hari ni cuaca tak berapa baik..


mengikut jadual UiTM, next time student balik pada 27 ogos.
mean 3 hari sebelum raya! haiyoooooooooo sedihnya :')
memang tak boleh puasa kat rumah la kan? so sad..
takpe laa, sebulan lebih je lagi, sabar sabar ! *sedapkan hati sendirik.
okey laaa, nak continue kemas barang.
thanks pada umi abi & semua family. Kakngah tau, ktorang balik ni
memang menghabiskan duit umi abi je kan? hahahha.
yela, anak-anak semua balik..
takpe la, kita tau umi abi iklas semua tu,
ktorang sayang sangat-sangat kat umi abi! muahhhhhhh.
kita doakan Allah murahkan rezki umi abi dunia dan akhirat :')
amin ya Allah...

2 in 1.

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu :)
yeyey update blog lagi! heheee.
ini entry khamis lepas, tapi baru nak update sebab sangat sangat busy :')
khamis lepas hangout lagi, okey fineee, kan aku dah bagitau,
aku kaki rayap ;DD
lepak TS lagi, haihhh memang sah la kampung ke2 aku ni.
hahahha padal semalamnya (rabu) baru je lepak TS.
cuma dengan insan yang berbeza <3
thanks sangats-sangat pada someone sebab sanggup balik awal untuk jumpa khamis tu :'(
sumpah terharu...
tak banyak yang nak story sebab better cerita yang lebih-lebih tu,
simpan dalam hati.. nanti takut pula ada yang cakap aku jaja cerita.
takpela, mana yang rasa peribadi tu, just simpan dalam hatii



awat gedik semacam nih? heee

dulu aku suka mamat nih pakai topi, tapi sekarang aku lagi
suka kalau dia tak bertopi. ngeeee ;D




lagi 1 story pasal kenduri tahlil malam tadi :')
alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..
sampai lauk licin micin, tapi nasinya banyak lagi! hahaha
nampak sangat ada yang makan lebih ni ekkkkkkkkk ;'p
takpe la, bak kata umi abi, rezki ni bukan rezki tuan rumah,
tapi rezki tetamu yang datang..
tak buat besar-besaran pun, hanya kenduri kecil-kecilan :)
terima kasih pada yang datang memeriahkan..
mudah-mudahan roh arwah atok, nenek & makcik dicucuri rahmat :')


thanks untuk someone yang sanggup datang untuk memenuhi
permintaan aku padahal dia memang segan sangatsangat nak datang :')
dia buat aku makin sayanggggggggggggg pada dia ;')
ya Allah, sumpah terharu. okeyyyy rasa nak menangis :')
stop sampai di sini. tata. take care all :)

Thursday, July 21, 2011

Low Yat Vs TS

Assalamualaikum my dearest blog..
wahhh recently aku ni asyik keluar je kan? memang tak lah!
hahhahahah. itu la 'guna'nya aku balik KL, memang koje nak menghabiskan beras je.
okay okay, ekceli ini adalah entry last day.
last day aku keluar bersama koncon-konco ku. haahha.
my beloved family, kecuali umi and Anis sebab dorang sekolah.
tujuan untuk ke Low Yat ni tak lain tak bukan untuk membeli barang-barang laptop, PC, henfon and forth, lebih kurang lah kannn.
bukan aku yang nak beli, tapi big boss kita, Encik Mohd Hatta. heeeeee.
aku tu tukang mengekor je, siapa yang tak kenal Rabiatul Adawiah Mohd Hatta,
dialah si kaki rayap. hahahhah bukan kutu rayap k.



so semalam aftrer zohor ktorang gerak.
rasa macam agak pelik sebab gerak naik kereta. yelaaa, before ni naik
public transport kan. memang agak leceh la if naik kereta.
memang boleh sesat masat! hahahha,
semalam pun dah sesat sikti kat jalan pudu tak silap.
tapi boleh je tembus balik, KL ni kecik je.
cuma nak jumpa jalan tu la susah. hahahah tu yang ramai
selesa guna public transport.
untunglaaaa ada GPS. semuanya di hujung jari ! ;DD



cadangnya nak survey than bwt pilihan, tapi memandangkan
ktorang dah lambat, so abi just serahkan kepercayaan pada abang untuk uruskan semuanya and buat pilihan yang terbaik.
memandangkan aku ni kurenggg sikit pengetahuan bab-bab laptop ni,
so aku tak dapat la nak tolong papa.
tolong tengok je boleh la. hehehehe ~
so ktorang lepak makan-makan je and abg uruskan laptop & phone aku yang rosak tu :(



haruslah buat muka comel !



sementara abi and abang uruskan hal laptop and bla3..
aku ngan Mar lari g TS,. hehhehe
teman dia shoping sikit-sikit memandangkan abi bagi duit poket sikit.
alhamdulilah, murah la lagi rezki abi ya :)
itu yang selalu aku doakan.
sayang abi <3 buncit ! hheeee



smart siot ! *first time puji.

okayyy, aku pun nak puji kau cun !
ehem ehem ;D
gambar mat salleh mana kau snap ni bang oy.. hahaha


untunglah snap guna camera DSLR. memang cun melecun habis gambar!
lens terbaik. malangnya,aku tak berbakat dalam berphotoghapher ni nyah oy.
aku tak reti snap orang, tapi aku reti di snap oleh orang.
hahaha jadi model tak bertauliah tu aku suka ~
ratu camera, bagi la kat aku.
banyak lagi gambar, tapi kebanyakkan snap kat tempat yang sama.
so tak pelaa, yang lain tu simpan.
gambar ni takde edit langsung kecuali font2 nama tu,. dats all.
okey laaa, jom tidur, Gud nite ! <3

Monday, July 18, 2011

Jalan-jalan.


Hello, assalamualaikum ! selamat malam. hihihi..
sebenarnya sangat-sangat malas nak update blog.
tapi di sebabkan sekarang ni ada kat rumah, so aku ambik peluang nak
update blog. Bila dah kat Arau probability nak on9 tu memang tak lah kan.
k, program hari ni pulak berjalan-jalan di Rawang ! hahahaha
masuk hari ni, dah hari ke3 ada kat rumah and 3 3 hari aku tak lekat kat rumah.


so actually tujuan pegi Rawang hari ni nak beli air cond angin kat bilik ktorang.
aku tak tau la apa nama saintifiknya. tapi yang aku tau benda alah ni
bukan la air cond, dia kena tambah air & bla bla bla apa tah.
aku tak faham sangat sebab Mar and umi yang uruskan hal ni. heeeee ~
tempat wajib as usual la kan, tesco, mydin. heeee.
nampak banyak sangat baju lawa-lawa.
al maklum lah, dah nak raya. Aku ni pulak tak tau nak
shoping raya bila, tak tau sempat ke tak beli balik lagi sekali nanti.
sebab kadang-kadang kalau beli last minute lagi murah kan kan?
lagi-lagi beli malam raya. ewahh! dah bercakap pasal raya la pulak kan ~
puasa dulu ye cik kakk..


tapi memang betul la. Umi pun dah start tanya kuih apa nak tempah.
aku cakap tat nenas wajib. hhehehe
tak sabar nak puasa & raya! wehuuuuuuuuuuu.
berbalik kepada cerita, memang panas sungguh cuaca kat malaysia ni kan?
tambah-tambah pulak keluar tengah hari, memang bahang lah weh.

before gerak :)
Nur Aliya Qistiina. Aku sangat sayangkan dia :)
kalau nak tau, minah ni kuat berangan tau! tengok la dia make up.. ahhahaa
;DD
dah penat melaram, korang membongkang pulak kat belakang tu kan? hahaha
comel korang. macam aku ;DD


balik jam 6 petang. tu pun tak puas round Rawang.
walaupun Rawang bandar kecik, tapi memang tip top!
semua ada tau. heeeeee. cuma kalau nak tengok wayang & main bowling tu,
kena g KL la kan ;DD


haihhh bila la nak mula study ni cik Rabia oyt
lepas mid sem ni test kau melambak, satu hapak pun tak baca lagi ni oyt.
kat rumah memang boleh pulak la study kan ;DD

Sunday, July 17, 2011

1st day out.

Yezza yezza Assalamualaikum! heheheh. Entry ni nak update pasal aku keluar semalam.
gasak tak? cuti baru bermula dah hang out. well well itu lah saya :)
sebenarnya bukan lah tak sabar or tak menyempat,
memang takde masa yang sesuai dah nak keluar.
aku memang cuti, tapi orang tu orang tuuuu yang tak cuti, hehee
berbekalkan dengan keizinan umi and walaupun penat gilos babeng
sebab penat dalam bas pun tak hilang lagi.
aku tetap sanggup korbankan masa rehat aku untuk jumpa someone.


Actually tak berniat untuk bercerita detail tentang semalam,
cuma nak berkongsi gambar je kat blog ni!
well bila balik rumah tu biasa lah wajib hang out bersama member ! tunggu korangggg.
miss kawan-kawan lama. Harap-harap sempat la jumpa . banyak benda nak gosip ni nyahhh oy

Snap by HIM.
first time ber'shawl' begini. okay takkk?
candid by him! suka sangat ambil gambar aku senyap-senyap tau ;DD haha






and and and








Align Center Align Right Justify Full
Numbered List Bulleted List Blockquote
Check Spelling
Add Image
Inilah gambar yang paling aku suka ! <3

Hey hey!

Hey hey hey dunia blogger! apa khabar seyh! sumpah dah lama gila dah update.
masuk hari ni dah 17 hari ++ dah update.
bulan julai pun dah masuk setengah bulan dah, heyoo ingatkan nak pencen tulis blog dah.
tapi sayang pulak kat blog yang dah berusia hampir sethun setengah ni. hukhukkk..
kadang-kadang keinginan nak berblog ni terbantut bila busy, then tak on9, tak dapat serve internet, hahh itu lah yang terjadi kat aku.
kalau on9 pun just bukak fb je, takde masa nak bebel-bebel kat sini.
cerita lama yang di simpan pun dah berkepuk-kepuk dah.
simpan dalam hati jela ~


by da way, rasanya tak terlambat lagi nak wish SELAMAT BERCUTI kepada warga UiTM !
hehehehhe. Bukan cuti raya atau cuti semester, tapi cuti mid-sem selama seminggu!
yipieeeeeeeeeeee! takde perasaan lain yang datang selain daripada perasaan gembira nak balik rumah :)


aku selamat sampai & jejak kan kaki kat rumah pada jam 12 malam 15 julai bersamaan 16 julai.
hahahha bas bertolak jumaat tengah hari. Tapi di sebabkan masalah yang menimpa, memang malam la sampainya. Sebenarnya dah sampai KL jam 10 malam, tapi balik je ktorang satu family keluar makan.. tu yang pukul 12 malam baru jejak kaki kat rumah.
penat tak terkata beb!


by da way thanks pada Kak Ain & Kak Nawwar sebab sudi jumpa saya and bawak saya makan
kt HPA. hehehhe. sedih tak dapat lepak lama :")
nanti kita dah balik Arau, kita lepaking sama-sama k! ni je picture yang ada.
tak sempat nak bergedik-gedik sangat.
saya tahu saya skema dalam gambar ni! HAHAHAHAHA.