Saturday, May 21, 2011

Selamat Belajar!

Assalamualaikum! heyyy, hari ni adik aku masuk U laaa.
first day dia kot.. hehe. Dia dah selamat ada kat Arau pun,
aku tak tau kenapa UiTM bagi dia study kat Arau tu,
macam tau-tau je kan akak dia ada kat sana. psttttttttttt aku menyampah sebenarnya.
hahahahaha. baru je nak ikut umi abi hantar dia, tup2 dapat kat Arau,
errr takpela, terima kasih jela yee, minggu depan pun aku akan menghadap Arau.
kalau dapat kat tempat lain for sure la nak ikut sebab nak tengok environment U dorang.


umi & abi gerak pukul 5 am pagi tadi, yang ikut umi & abi je. sibling lain tak ikut.
so ktorang yang perempuan-perempuan ni agak ketakutan sebenarnya,
yela selepas kejadian pecah masuk rumah hari tu kan,
so memang terus terang gua cakap lu, gua memang fobia,
dengar bunyi pintu sikit dah cuak padahal bunyi pintu rumah sebelah,
psttttttt menyusahkan betul =.='
so after tengok dorang gerak semua, ktorang sambung tidur balik,
tapi aku tak boleh tidur sebab dah terjaga, dekat pukul 6 baru aku terlelap.
pastu pukul 9 :40 am macam tu dapat mesej daripada umi
yang dorang dah sampai Arau. Power tak abi? hahahahha.
abi tak drift okeyyy, memang abi bawak kereta laju tapi berhemah. hehehhe
alhamdulilahh, dorang semua sampai dengan selamat.


umi & abi pun dah selamat sampai Rawang pukul 7 malam tadi,
tu pun lewat sikit sebab jammed kat Rawang, hmm apa lagi
aku dok bergosip la dengan umi tanya pasal abang dapat kolej mana, & bla bla bla,
umi cakap abang dapat kolej cengal 4. Aku dah tercengang-cengang dah,
maaf laa, dah sebulan cuti saya terlupa la cengal 4 tu kat mana!
wakakakakakak. alhamdulilah, umi cakap abang suka kat sana.
hope ko okey2 jela ye wehh, nanti seminggu lagi kita jumpa la :)



hmmm tiba-tiba teringat pula kisah 2 tahun lepas,
kisah aku seorang yang tersangat homesick memijakkan kaki ke bumi Arau.
bayangkan la, dulu masa form1 masuk asrama kejap kat SAMER pun tahan 2 minggu je,
lepas tu call umi abi merayu-rayu nak duduk luar. hahahah punya cengeng,
sekali hambekkk kau aku dapat U kat Arau.
tapi kan, percaya tak, aku tak menangis langsung beb! hahahah.
masa tu umi & pakcu yang hantar aku sebab abi hantar Mar,
dat day sama hari pendaftaran, so abi hantar Mar,
umi hantar aku. sobsobsob sedih pulakk ingat dulu =.='
actually aku pun pelik, kenapa aku tak menangis ek. hahaha
nak tau tak, lepas habis je orientasi yang menyiksakan jiwa raga seminggu tu,
memang meleleh air mata aku... mungkin air mata aku lambat pick up sikit kot.
ahhaha dah seminggu dok Arau baru rasa sedih dah jauh dengan family.
alahai, comel-comel je aku. wakakakakaka. maklumla, seminggu tu terlalu busy
sampai tak sempat nak touching-touching.


apa-apa hal pun, aku harap abang dapat biasakan diri kat sana,
walaupun dia lelaki, tapi tah aku macam risau jugak
sebab dia tak pernah duduk asrama, ala lagipun lelaki ni sebenarnya
bukan pandai berdikari sangat. hehhehe
kalau ada yang buli ko, ko bagitau aku tau meyh aku lanyak dia.
hahahahha. takde la, kat U ni takde kes buli-buli maa,
kes buli zaman dulu je..
selamat menghadapi orientasi la pada korang!
hahahah what people said, orientasi ni minggu menyiksakan.
kahkahkah tapi tak tau la kalau korang dapat OC yang baik hati,
opssssssss =.='