Sunday, March 20, 2011

Kita kawan dulu ye?

"kita kawan dulu ye?"
itu adalah dialog atau ayat yang selalunya
keluar dari mulut si perempuan,
maaf, bukan menolak cinta si lelaki,
tetapi inginkan ruang dirinya sendiri,
mungkin si perempuan baru putus cinta dan inginkan masa untuk dirinya,
si lelaki haruslah mengerti,
bukan mendesak atau memaksa :)



tetapi, jangan putus asa,
sebenarnya kadangkala perempuan bukan jual mahal,
tetapi dia inginkan kesungguhan lelaki itu mendekatinya,
dan pasti si perempuan mahukan yang terbaik untuk dirinya supaya
perkara yang lepas tidak berulang,
dan kalau setakat hangat-hangat tahi ayam,
memang tak ke mana la jawabnya,
lelaki pun kena faham perempuan,
jangan buat dunno je,
maksudnya lelaki itu tak bersungguh-sungguh,
kita pun dapat tau & rasa kan if someone tu betul-betul bersungguh atau tidak.



perempuan ni sebenarnya berhati lembut,
mudah memaafkan, mudah menerima,
cuma sebenarnya tindakan lelaki itu sama ada releven atau tidak,
kalau pandai mengambil hati perempuan,
pandai menjadi pendengar yang setia,
mampu menjadi rakan sekaligus teman istimewa,
memang sudah tip top bagi ciri-ciri jejaka idaman,
wahhhh anda mempunyai ciri-ciri tersebut?
meyh daftar kt kaunter, hahahhaha *joke


boy : awak, jom kita couple, saya minat kat awak la, awak pun dah single kan?
girl : errrr, kita kawan dulu ye?

masih dalam mood cintan, hadoyyy!