Thursday, October 6, 2011

Cinta.

Aku tak tahu nak bermadah puitis,
aku tak tahu menyusun ayat-ayat indah..
apa yang aku tahu aku pernah merasa nikmat cinta..
yah, cinta. Cinta & sayang dua maksud yang berbeza.
semua orang berhak merasa dan mendapatkan cinta.
baik lelaki, mahupun perempuan.
tak kira perempuan jelita mahupun biasa,
tak kira lelaki kacak mahupun sederhana,
cinta dan penghargaan itu sendiri terdiri daripada kerpeluan asas kita sebagai manusia :)
Nabi Adam & Hawa juga bercinta di syurga..
apatah lagi kita manusia biasa yang hidup cuma penuh dosa..


cinta itu bisa. Menjadi madu dan racun dalam hidup..
jangan menyalahkan cinta sekiranya kamu gagal dalam percintaan..
tetapi salahkan manusia itu sendiri..
jangan mengatakan cinta itu buta,
tetapi manusia itu sendiri yang buta,
tidak tahu menilai apa itu erti cinta..
bukan mudah untuk jatuh cinta,
bukan mudah untuk pertahankan cinta dan
bukan mudah mahu teruskan percintaan.. bukan mudah.


hati berdebar-debar saat pertama kali ungkapkan cinta,
hati berdebar-debar saat pertama kali mengakui cinta dalam hati,
kerana apa? kerana kadang-kadang kita takut dengan perasaan itu sendiri..
kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
siapa yang bolegh menjamin dia akan berkahwin & bahagia bersama kekasihnya?
siapa berani jamin? tiada sesiapa..
kerana selagi ikatan belum terjalin, tiada apa yang dapat menjaminkan cinta sang kekasih.
sang kekasih hanya cuma mampu pertahankan hubungan kerana telah berjanji untuk hidup bersama-sama suatu hari nanti..
semua insan mahu hidup bersama insan yang mereka sayang..


cinta bukan selalu indah.
bukan selalu pelangi datang menjengah.
kadang-kadang perang dunia ketiga, keempat, kelima terjadi juga..
agak jengkel jika pasangan sang kekasih itu tak pernah bertelagah..
mungkin ada, cuma satu dalam sejuta.
tak seronok juga juga tiada pertengkaran dalam percintaan *tersenyum..
apa keadaan sekalipun, keputusan jangan la berdasarkan emosi,
tetapi hati dan perasaan kedua-dua belah pihak itu sendiri..
bagi insan yang pernah, sedang dan akan melalui cinta ini..
hati-hati dengan perasaan anda.
kerasan cinta boleh membuat seseorang hilang petimbangan..
amin.. minta kita dijauhkan dengan perkara yang mungkar dan di keji Allah...



love,
Rabia 6oct.