Monday, April 18, 2011

Masih berjaga.

Selamat pagi pepel :)
hello, saya baru bangun tidur, hahahhaah taklah.
tak tidur lagi pun sebenarnya! weheeeeee~ roomate dan housemate ku yang tercinta
dah pun mimpi-mimpi bagai, aku masih berjaga lagi,
sebenarnya tak berapa mengantuk sangat sebab petang tadi dah tidur ;DD
hehehehe siapa yang tak kenal aku kan, siang wajib tidur walaupun sebentar. kalau tak, memang keong lah. wuhuuuuuuu =.=
malam yang bosan, asyik dengan lagu kt phone, charge phone, hadoyyy.
tadi kacau akak. hehehhe hantar mesej kat dia "masih berjaga =.="
nenek tu tak reply, mesti tengah terbongkang tidur! hahahaha
lepas tu, mesej Mar pulak "bangun2 study". hheheheh



aku baru lepas study LAW tadi. penat lah, banyak chapture kot :'(
tengok past year memang mengigil tangan. haiyoooo, takut takut.
PR pulak masih on the way, bab-bab belakang masih belum explore lagi.
hurmmm senang cerita tak ready sepenuhnya lagi la,
tapi insyaALLAH, i'll try my best. do pray for me guys!
oouhh by the way, rutin harian masih sama,
bangun pagi, kemas katil, kemas meja, then pergi library.
mesti ramai yang pelik kan, kenapa mesti pergi libabry?
ada apa kat library? bosan la kat library, asyik nak mengusha orang je.
hahahhahaha inilah di antara respon-respon daripada member.
kenapa, korang pelik sangat ke Rabi'ahtul Adawiah Mohd Hatta pergi library?
haaaaaaaaaaa sebab before ni korang tak pernah nampak muka comel ni pergi library kan kan?
hahahahahahhaha.
macam ni, meyh aku cerita meyh.
aku tak boleh study kat bilik, aku tak boleh!
sebab bila aku study kat bilik je, katil selalu nak goda aku suruh baring-baring kat dia,
haahhahahah lepas tu, syaitan suka nak menepek kat mata aku suruh tutup.
cehhhhhhhh kureng! sebab tu la aku tak boleh study kat bilik.
tak percaya silalah tanya roomate aku, dia tau semua :)
even kalau kat library 5 jam pun tak semestinya 5 jam tu study,
boraknya lain, gosipnya lain, baca majalahnya lain, bebelnya lain,
hehehhehe tapi AT LEAST ada lah juga input yang masuk dalam kepala hotak aku ni kan?
tak lah membuta je kat bilik.
itu la sebabnya :) so kalau korang jenis yang boleh study dalam bilik,
sokay laa, go on.. ktorg yang rajin melawat lib ni sebab ktorg jenis tak boleh study kat bilik,
walaupun dah tahan tak nak lepak katil, tapi mesti lepak jugak. cannot3.
dah faham sekarang? so diam ;DD



hmm tadi ada perjumpaan & rocol dengan JPK & RS untuk kali yang terakhir,
memang buang masa la kan. baru semangat tengah study LAW.
aicehhhhhhh, gosip je lebih adalah! hehehehhe
so dapat la cenderahati sebab sem ni ktorg takde dinner macam sem lepas,
so duit yang ktorg bayar rm10 tu dorang beli cenderahati, comel. aku suka :) hehehehe
then RS cakap la, ramai jugak yang tak dapat kolej sem depan, dia tak sokong.
hmmm takut jugak aku sebab kad aktiviti aku tak penuh sangat :(
kan 3 weeks sakit, so mana nak ada kat sini nak join aktiviti kolej.
takut la tak dapat kolej sem depan :( kat mana aku nak merempat?
hmmm redha jela, kalau tak dapat, apply la lagi :(
hope aku takde masalah la kan.



okey la guys, nak melayan perasaan & tidur. Jumpa lagi!
semoga bahagia dengan kehidupan masing-masing!
ingatlah, diri kita ni tak sentiasa betul & sempurna.
kalau ada kekurangan & silap, tegurlah.
doakan aku! Assalamualaikum =.=