Sunday, January 30, 2011

Pasrah.


pasrah walaupun parah.
big girl, please dont cry -.-


Future Planning.

Wahhh wahhh!
tajuk entry nak hot jee!
heeee, ini sebenarnya akibat simptom-simptom keboringan.
by the way, takde benda yang dapat hiburkan hati
selain melayan perasaan kat blog tersayang :)


masuk sem ni, aku dah berada di semester ke4 di UiTM,
bermaksud dah tahun ke 2 la.
wah wah kejap je masa berjalan kan?
lebih kurang setahun lebih je aku nak continue habiskan diploma aku.
yipieeeeeeeeee!
hope sangat-sangat takde paper yang sangkut.
kalau tak, kena tambah sem.
nauzubillah, tak mahu :(
3 tahun ni pun dah cukup lama.
ada yang dah buat degree pun sebab ambik fast track.
tapi takpela, aku rasa aku tak layak nak ambik fast track.
buatnya sangkut paper,
kena ulang diploma, tak nak aku!
slow-slow la, diploma pun diploma la :)


so lepas ni, insyaALLAH aku grad!


insyaALLAH, 2012 nanti :)


then lepas tu, aku nak buat apa ek?
sambung degree atau kerja?
hurmm itu jawapan yang aku tak boleh nak jawab sekarang.
sebab semuanya bergantung kepada rezki.
rezki kita tak tau kan?
cuma kalau berpeluang, memang aku nak sambung degree.
kt UiTM jugak boleh?
UiTM kan sentiasa di hati.
HAHAHAHA caitttt..
cuma bidang apa tu aku tak tau lagi,
tengok la macam mana nanti.
doakan aku, aminnn :)


then lepas dah kerja, dah ada pengalaman,
dah ada duit, modal & kekuatan,
aku ingat nak buat bisnes.
bisnes apa? jeng jeng jeng.
nak buka tadika!
hahahaha insyaALLAH la.
kita hanya merancang, tapi semuanyakan ketentuanNya.
memandangkan umi pun ada basic mengajar & bla bla bla,
boleh la umi bantu aku sikit-sikit kan?
umi jadi Maam besar ke! hahahahah.
lawak pulak bila aku fikir.
yela, bukan senang nak buka tadika, nak raih customer.
aku faham, sebab aku pernah bekerja masa tunggu SPM dulu,
kat tadika yang baru nak meningkat naik.
tapi, nothing is impossible.
angan-angan tak mustahil jadi kenyataan kan?

Gambar kenangan masa aku jadi ustazah dulu :)
Inilah anak murid kesayanganku! Nama dia Irfan. Rindu sangat-sangat. Teringat masa awal-awal aku masuk U dulu, dia selalu jugak contact aku. Comel kan? Tapi sekarang ni dah lost contact lah. Mana lah awak Irfan :(
Ini pulak Haziq! Budak 4 tahun. comel kan? Tersangat lah manja. Sikit-sikit nak minta dukung. HAHAHAHA. Mamat ni jugak lah kaki cakar. Nakal ek! Babab tangan tu kang. Hahaha. HAZIQ mesti dah besar sekarang kan? :)
Dan ini gambar semua student 4,5 & 6 tahun. Comel kan? Nak anak ramai macam ni boleh? HAHAHAHAHA. Rindunya dorang :'(
Arash Daniel & kakak. Aku tak ingat la nama gurl ni, sebab aku panggil dia kakak. heheee



Itulah serba sedikit tentang pengalaman aku mengajar.
best memang best.
tapi tension jugak babe!
sangat! lagi-lagi bila budak-budak ni degil,
ya Rabbana,,
aku memang sukakan kids,
before kerja ni aku tak pernah cuci budak-budak beri (buang air besar) and kencing.
tapi dah kerja, kena lah jalankan tanggungjawab kan?
memang mula-mula ________ yucks!
hahahaha tapi lama-lama, okey je :)
nanti kita kena buat jugak kan kan ;DD


bila dah ada duit, jom kita beli rumah! heheheh :)


Mana satu okey ekk? Kalau boleh, aku memang nak beli rumah 1 tingkat je. Tak payah naik turun tangga kan kan?
sumber : google

bila dah ada rumah & kereta,
apa lagi yang kurang ek?
JENG JENG JENG

target umur bila kawen berapa ekk, 25 something kot.
bila dah dapat semua keinginan di atas.
tapi jangan lewat sangat.
bak kata Akma, perempuan tak elok kawen lewat.
HAHAHAHAHA
betul kan kan?
bestnya la kawen! lalalalalala.
Kak Ain, saya nak imam muda!
cepat carikannnnnnnnnnnn!
;DD



tak salah berangan kan?

Saturday, January 29, 2011

Come on girls!

Salam dear blog.
yipieeeeeeeee tu dia!
ngeeeeehe.
seperti yang di beritahu dalam status fb,
aku akan hangout, dating berdua-duaan bersama kembar tersayang.
aicehhh ;DD
mana lagi kalau tak kat Times Square.
tempat pujaan hatiku!
hahahaha well aku sangat lah penat hari ni.
kaki tersangat lah sakit sebab aku pakai kasut sarung hari ni.
feminin kan kan?
hahaha bulan lepas beli tapi tak pernah pakai.
tu yang nak try tu, sekali ___________.
sangat lah sakit kaki aku!
sebab kasut tu macam kecik.
kaki aku tak mendapat oksigen yang secukupnya
ngehuuu ;DD


Ini adalah gambar pertama aku snap ;DD
dalam kereta, umi hantar sampai stesen KTM Rawang je. hehehe
thanks umi!
love you! ;DD
Dush dush!


Naik ktm pukul 10 lebih kot.
masa tu okey lagi, keadaan terkawal.
start dekat sg buloh kot, memang dah ramai!
perhhh macam sardin. masa tu aku dapat duduk.
siap tidur & mimpi lagi! HAHAHA
punya lah mengantu sebab lepas subuh tadi tak tidur.
then lega sikit after sampai KL sentral.
rindu sangat-sangat kt sini.
banyak kenangan.

Suasana KL SENTRAL. Tak sesat sangat, masih terkawal ;DD
Mar, cepat snap! klik!
Kau gemok! ;p


Then macam biasa, kena jalan untuk beli tiker ke Jalan Imbi.
ramai jugak orang. weekend kan :)

snap masa dalam monorail :)
:)


sesampai kt TS, pergi 7E untuk top up walaupun henfon aku memang tak berbunyi pun.
hahaha takde siapa nak mesej. Kesian tak? sobsob. Takpe la, prepare awal-awal takut ada emergencies case.
Then jalan-jalan dan jalan-jalan lagi. ngeee
penat gile kottt!
tapi best.
tengok-tengok shawl, baju-baju.
memang pantang lah aku kan! hahaha

Mari beli! Mari mari. ahhahaha
twin forever :)
Hot lah konon? caittttt!
HAHAHAH bongek gile!
Hidangan lunch :)
Nasi kandar kot. ngeee
laparzzzzzzzzzzzzz
khusyukkkknye! hahaa
like usual, aku tak kan dpt bersihkan makanan aku :)


Itu sahaja untuk hari ini.
ngeeee
dapat jugak lah aku beli beg baru, baju baru, shawl baru, dompet baru.
yeyeyeyeye! sayang abi sebab sedekahkan duit sikit tadi.
muahhhhh! :-*

Jelesnya tengok orang lain dating.
hahahaha gatal!

Friday, January 28, 2011

Maaf.

saya tahu saya salah.
saya dah sorokkan sesuatu daripada awak.
maafkan saya.
maafkan saya.
tapi saya tak berniat nak tipu awak.
tak berniat nak sorok daripada awak.
saya cuma menjaga amanah.
awak faham kan?
sudah la, lupakan lah.
boleh? :(
jangan lah awak pun tinggalkan saya.
ke memang takdir saya untuk ditinggalkan semua?
tak mengapa la.
kat kubur pun sorang-sorang jugak.
:)


Janganlah kau tinggalkan orang yang kau sayang.

Mencintaimu.


Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku






Di pagi yang indah.

Assalamualaikum dear blog :)
hye selamat pagi malaysia.
selamat pagi Selangor,
selamat pagi Rawang.
hahahahaha overrr!
awal tak aku bangun hari ni?
awal tak? ngeeeeee.
syukur alhamdulilah sebab masih di panjangkan umur.
masih dapat menikmat kehidupan Allah yang indah ni.
aikkkk macam pernah dengar je ayat ni!
yeahhh, dalam dialog AMD ;DD

Ohhh ya, bangun-bangun terus tgk kt atas meja.
ya Rabbana.. tisu bertaburan.
erkkk. hurmm :)

fungsi tisu adalah untuk mengelap hingus yang keluar daripada hidung
di sebabkan menangis! HAHAHAHA
am i right?
tengok kat cermin pulak mata bengkak.
tersangat lah sepet.
agak menyukarkan aku untuk membuka mata pagi tadi.
dan ini adalah satu-satunya cara untuk kita mengadu kesedihan kita.
raise your hand and pray.



" Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkan lah dosa ku,
ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku.
Ya Rabbana Ya Allah,
Kau selamatkan lah kami dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kau berikanlah perlindungan buat keluargaku,
sahabat handaiku,
dan mereka-mereka kesayanganku "


Dear Rabia,
28/1/2011.

28.



Adakah nombor ini masih bermakna?


kau tak kan pernah mengerti sayang..