Monday, March 7, 2011

Selamat mengharungi pembedahan. Syukur ~

Assalamualaikum dear blog :(
apa khabar?
alhamdulilah, aku selamat menjalani pembedahan walaupun ada beberapa masalah yang terjadi kesan daripada operation hari tu :(
sumpah Demi Allah tak sangka tujuan balik KL memang 'khas' untuk operation.
pada mulanya hanya nak tetapkan tarikh untuk appoiment bulan 5 nanti.
tup tup sabtu hari tu kena operation! :'(
tak pernah terlintas di fikiran akan menghadapi operation semuda ini.
hahahhaha yela, sakit kita bukan kira umur kan kan?
bila-bila masa kita boleh sakit.


kalau boleh memang aku memang nak cerita semuanya tentang debar aku,
takut aku,
sakit aku,
sedih aku,
tapi.... entah lah.
biarlah umi yang bersama aku 24 jam yang tau apa yang aku rasa.
walaupun aku tak cerita semua yang berlaku,
dari riak wajah umi,
aku dapat faham yang umi sangat mengerti perasaan aku.
bila doctor panggil untuk tukar baju putih operation,
bila doc tolak katil aku untuk ke dewan bedah,
bila sudah 3 jam berada di dewan bedah tapi aku tak keluar-keluar,
aku faham apa yang umi rasa.
ya Rabbana, aku mahu menangis.....
mahu menangis semahu-mahunya!
benarkan aku menangis ya ALLAH..
:'(


aku terlalu sedih dengan pengorbanan umi!
umi ibu aku ya ALLAH!
aku tau umi sangat sedih & risau tentang aku,
malam umi temankan,
makan umi suapkan,
rambut umi ikatkan,
umi duduk kt sebelah aku,
sembang-sembang dengan aku,
aku rasa bahagia dekat dengan umi,
rasa tenang melihat wajah umi.
sebelum operation,
aku tak henti-henti menyebut namaNya,
berselawat,
aku sangat tenang di saat saat terakhir aku di bawa ke dewan bedah.
aku teringat kata-kata Akma
"kita kena kuat, sebab tak nak orang sekeliling kita risau"
aku rasa aku macam anak kecil,
di layan VVVVVVVVVIP oleh umi.
dapat ke orang lain menggantikan umi?
dapat ke?
carilah sejuta sebilion manusia pun,
seorang pun tak kan dapat menggantikan kasih sayang umi pada aku!
tak kan!
hargailah ibu kita :(


sekarang ni aku belum fully sembuh lagi :(
sebab ada masalah after operation,
tapi aku dah semakin segar,
dah boleh di bawa keluar ward,
dah boleh solat & menghadapNya,
terima kasih Ya Allah,
sembuhkanlah aku segera,
aku mahu pulang ke Arau untuk menuntut ilmu,
aku mahu membalas jasa umi,
aku berjanji aku akan berusaha!