Saturday, December 3, 2011

Message berjela.

Bangun pagi-pagi untuk solat subuh
dapat mesej panjang berjela daripada someone.
niat nak membalasnya pun terbantut.
blur. tak tau nak reply apa.
sudah la sedih pasal malam tadi tak habis lagi.
continue pulak yg lain.
so aku meneruskan untuk tidak me'reply' mesejnya..
biarkan lah.

Weeks 2.


Assalamualaikum. kombad. bad apa badman. man apa mentol.
tol apa tolak. dadadadada jangan merepeks =.-
assalamualaikum ! happy weekend everybody yeppppp!
hari ni adalah hari indah aku. nak tau kenapa?
hahahhaha sebab........ errrrrrrr sebabbbbbb aku boleh bangun lambat! kikikiki..
dah de la lambat mana jang, pukul 11;30 je. hehehehhe
bangun subuh pastu tidur balik.
sedapnya tidurrrrrrr zzzzzzzzz krohhhhhhh krohhhhhh.


tapi hari ni jugak hari bosan aku.
adessss nak buat ape je ekk? lepak-lepak sudah xD
padahal banyak keje sebenarnya. hehehehe
okay, pejam celik pejam celik dah minggu ke2 dah hari kuliah aku.
so far okey laaa cuma a bit different from previous semester sebab sem ni
ktorang banyak kena buat paperwork.
kiranya bukan teori semata-mata la kan.
okeyy, meh aku introduce kan sikit subject aku sem ni


RESEARCH METHODLOGY
perghhhh dengau ayat method bagai apa ke benda alah ni kan?
ahahahah subject ni susah gua cakap lu bebeh.
nampak macam senang.
tapi erghhhh tak tau la nak cakap camne
sebab ktorang baru belajar 1 chapter.
kena buat reseacrh. hmmm takut ;/


PRINCIPLE & PRACTICE SELLING
okeyyy, subject ni ala-ala marketing.
ehhh saya suka marketingggggg. hahahah
cuma tak suka untuk mempromosikan barang.
tak reti lewwwww.
subject ni rasanya senang sikit la kot berbanding subject kat atas nuhhh.
macam kakak abang senior sem-sem lepas dorang kena
bukak gerai. then berniaga.
tapi tak tau la pulak sem ni ktorang kena buat cmne.
tapi memang ada tasknya.
tunggu jela arahan daripada Encik Hakimy. hehehhee


INTERNATIONAL BUSINESS
subject ni. errrrrrrrrrrrrrr
tak tau nak kata.
tapi, fraknly speaking, aku tak suka doing presentation :(
sebab aku tak suka bercakap depan public.
aku tak tahu la kenapa.
masa sekolah aku join forum, presentation pun tak kisah bila-bila boleh buat.
tapi kat U ni errrr macam tak minat dah.
Miss Zulaiha ni pulak macam suka bagi student present.
atoi atoi. takpe laaaa, buat yg terbaik jela.
haaaa subject ni pulak kena cari local company yg ada buat business transaction dengan
other country.


ENTREPRENEUR
subject ni dengar cerita subject wajib untuk semua course kan?
soooooooo semua orang akan merasa belajar subject ni
heheeheh subject ni lagi gempak.
kena create product baru yg different from others.
group ktorang dah ada idea.
tinggal lagi nak develop more bout our product.
tapi, tak tau nak buat business plan macam mana.
takpelaaaaa, nanti Encik Wan ajar yeeeee ;D
hehehehehe
gud luck kawan-kawan !


walaupun 4 subject je untuk sem ni,
tapi gerun jugak la kan.
al maklum la, ini kan semester last ktorang.
aku nak grad on time. semua pun nak macam tu kan without sangkut any paper.
Ya Allah permudahkan lah urusanku..
amin..

Monday, November 28, 2011

L.A.Z.Y


*gambar sebagai hiasan




Assalamualaikummmmmmmmmmmm dear blog :)
ada sihat? ada baik? ada comel?
lama gak tak update blog nih..
malas lahhh. macam takde story nak cerita.
takde gambar nak tempek. hadoyyyy
duduk sini macam duduk kat penjara +>_"
sorry to say, but it is fact okeyyy.
aku kat sini tak berjalan ke mana punnnnnnnnnnnn..
orang dok merayap sana sini,
tah laaa takde feel nak berjalan kat sini.
dah la takde transport.
naik teksi? ohhhh lupakan jela kalau nak hangout naik teksi kalau setakat 2 3 orang.
memang rugi lorhhhhh.
nak cakap sikit la kat pakcik-pakcik teksi Arau ni,

"pakcik, tak payah nak cekik darah sgt la kan??? pakcik kerja nak menganiaya student je.
pakcik takde anak ke ha? apa ek perasaan pakcik kalau anak pakcik student jugak, then dicas mahal oleh pakcik teksi lain jugak. sakit hati kan?"
haihhhhhhhhhhhhhhhh. tak luak pun la minyak teksi pakcik tu =.=



sebab tu la member-member aku cakap kalau nak senang,
cari pakwe atau scandel yg ada kereta. awwwwwwwwwwww senang hidup nyah =.="
hahhahaha. takpe2.. nanti degree aku hangkut kereta gak.
balas dendam duk kat penjara diploma ni!
kebosanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
orang lain cuti semua gi jalan-jalan :(
on9 pun bosan je 24 jam menghadap.
nasib baik la ada bola. hahahha *tiba-tiba



ehhh cakap pasal bola, semalam MALAYSIA VS BAHRAIN.
macam biasa la kan, aku tak ketinggalan jugak nak tengok.
nasib baik la ada roomate sporting meting macam AKMA,
ada jugak la member nak tengok bola kat bilik TV nuhhhhh.
ingatkan ramai la dok menempek kat sana,
rupa-rupanya aku orang first. hahhaha
ramai balik rumah kot. MAS-INDON je yang ramai tengok haritu sampai penuh bilik tv.



tapi sedih wooooooooh MAS kalah :( hmmm malas la nak komen pape.
ape-apa pun sok aku ada class. hadeihhhhhhhhh malasnya =.="
papai !

Tuesday, November 22, 2011

GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !


Hye you ! belum terlambat lagi nak pos pasal bola kat sini okey.
hahahhahah haaa? apa? kau tak percaya aku minat bola?
percayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lahhhh..
hahahahah since bila tu tak tau laaa.
tapi aku tengok yang dalam country jela. hehehhehe
yang luar negara aku tak minat sebab tak tau level performance dorang macam mana.


gua pun tak ketinggalan tengok bolaaaaaaaaaaaa beb.
jiwa kencang nak tengok ni walaupun baru sampai Arau from Rawang petang semalam.
penat tak penat belakang cerita.
kalau kat rumah 1 family melonggok depan TV tengok bola.
hahahaah meriah sungguh :")
kemudian wujud la pengulas-pengulas bola sepak yang tak bertauliah kat rumah tu.
hahhahaha comel-comel je.
baru aku tau kenapa lelaki suka tengok bola sepak. hehehe
nak tau tak, dulu aku pernah terfikir,
"apa yang bestnya tengok bola sepak ni? melongok depan tv lama-lama,
tapi tak gol-gol pun " hahahahhaa
gila la ayat gua. tak kencang mana la kan.
now baru aku tau nikmatnya.


siyesly rugi buat sesiapa yang tak minat tengok bola.
tapi aku cakap ni kalau team malaysia yang lawan la kan.
kalau team lain lawan buatpe nak tengok. hehehhe
tapi aku faham, kadang-kadang sakit hati jugak tengok bola ni.
yela, bukan senang nak masuk 1 gol tau?
susah gila. kita tengok daripada TV senang la cakap itu ini..
yang main player-player sana tu. padang dorang dah la besar gila.
perhhhhhhhh sumpah pancit gila.
tabik spring la kat mereka-mereka.
thanks skuad Harimau Malaya Muda.
aku gembira sangat dengan kemenangan ini walaupun aku tak dapat 1 sen pun
daripada kemenangan korang tu. hahaah
puas hati itu lagi penting :)
sampai termimpi-mimpi bola la malam tadi. hahahhaha.
begitu hebat sekali penangannya.
Akma la mangsa tempat aku mencubit masa geram tengok dorang main. ahhahha
sian dia ;D

so kawan-kawan, jommmmmmmmmmm support team Malaysia lagiiiiiiiii =.=

Friday, November 18, 2011

Mood : Sedih.

Dah. Jangan banyak tanya kenapa aku sedih.
Macam tak tau pulak kan yg aku sedih sebab apa :'(
sebab dah nak balik arau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... (tak nak panjang lagi ke aaa kau?)
ye. aku tau aku homesick.
ye. aku tau aku macam childish.
ye. aku tau mesti orang cakap "haiii, tak kan dah dekat 3 tahun pun homesick kot?"
kau diam boleh?
lantak aku la nak sedih pun.
tak kacau hidup kau pun. huh.


memang dah dekat sangat-sangat nak balik ni..
barang-barang pun boleh di katakan dah kemas.
tinggal lagi sikit-sikit je.
hurm :'(


aku sedih sebab dah nak berpisah dengan umi aku.
nak kata aku ni anak manja 24 jam duk bawah ketiak umi aku tak jugak.
tapi sebenarnya aku & kami adik-beradik sgt rapat dgn umi..
lebih rapat daripada dgn abi :)
normal la tu kan.
umi la ibu yang terbaik dalam dunia !
marah-marah dia ada sebab.
bebel-bebel dia untuk kebaikan.
yang bestnye umi aku marah kejap je. hihihiihi..
sayang umi sangat sangat :)


malas nak bebel panjang sebab dekat facebook dah buat drama pasal benda ni.
heheheh :) aku iklas menyatakan kata hati itu kepada umi sayangku <3
muahhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, November 15, 2011

Meet kembar & Kak Ain.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ! :)
sebenarnya nak update entry ni ahad lepas yakni 13 nov.
tapi memandangkan badan ni letih tiap-tiap hari keluar,
terpaksa la mematikan niat nak update tu..
macam tak best je kalau update lewat kan,
apa kata orang, tak fresh gituuu. heheh takpe la.
janji update.


Seperti yang di janjikan, hari ahad lepas aku ber'kampung ni Mid Valley.
heheh tujuan asal sebenarnya nak jumpa Kak Ain sebab nak pulangkan camera Lumix miliknya.
hari tu kan dia datang Rawang, pastu boleh pulak tertinggal camera dia.
barang penting tuhhh. hahahaha
so nak tak nak kena la pulang balik sebab minggu ni ktorang
dah nak pulang ke rumah kedua (universiti) masing-masing.
sebulan lagi baru balik, bila pulak nak jumpa kan..
so masa yang lapang ni digunakan untuk berjumpa.
senang cite 2 dalam 1 la. Jumpa & pulang camera. ehhehe


yang bestnyaaaaaaaaaaa, dapat la aku jumpa Nida & Nani.
dorang ni kembar. Sama macam aku & Mar. hahaha
Mar yang arrange semua ni sebab dah kebetulan dorang bertiga study kt Kuis kan,
so rasanya tak salah jumpa sekali harung,
dorang pun saling mengenali antara satu sama lain,
so lagi senanglah kerja kan?
dorang comel sangat-sangat.
last jumpa raya tahun lepas.
susah nak jumpa 2 ketul ni sebab dorang belajar kat Kuis,
lain cuti, masa pun tak sama.
so memang grap peluang ni la bergambar la kan ~
layannnnnnnnnnnnnn..
sampai pun dah lewat, so makan, solat, snapping, bebeling, makaning & segala ning ning. hehee


malantak itu WAJIB okey, bukan MAKRUH. heheh. order laksa je. aku memang blur nak mengorder makanan lain kat Mid nih =.="
Itu Nida bersama sahabatnya, HEHHE Nida comel wehh !
kami pulak pangkat angah atau adik. heheh. Nama si cantik ini ialah Nani ;D
Itu dia Kak Ain yang berbaju kurunggggg. hahaha. serba hitam.
Nani, aku, Nida. Dapat bezakan tak dorang ni? hahahah. aku dapat !
pasangan kembar ! hihi. zaman sekolah dulu pernah la muka ktorang di tempek kan kat majalah sekolah. hahaha. tapi segan =.-
Nida yang suka menyorok ke belakang kalau nak snap pic. hihkkkk
rasanya sehari tak cukup nak bebeling ngn kawan-kawan kan? maklumlah, lama tak jumpa.
semua cerita nak story. hehehe
yang ni kami bertiga pulak. hehhe.
sorang manja, sorang rock? aikkk masuk ke? HAHAHHAHA
THANKS KAK <3 MUCH LOVE.
saya suka peluk mereka. mereka comelllllllllll sgt. dpd sekolah lagi suka peluk orang yang comel nih. hahahaha
gegirl. thanks pada Firdaus Azmi sebab snap kan. Thanks jugak untuk aiskrim sundae itu :) halal ya..
belek gambar...
posing-posing terakhir before gerak pulang..


rata-rata kalau tengok gambar-gambar kt camera semuanya lebih kurang je posingnya.
hahahhahaha. masing-masing bawak camera masing-masing.
bila nak snap, buat posing yang sama, hadoyyy comel-comel jela.
kalau lepak dengan evogurl yang lain konfem lagi meriah..
hmm takpela. insyaAllah satu hari nanti semua dapat berkumpul sekali.
amin. Thanks pada Kak Ain, Nani, Nida, Firdaus Azmi, Mariatul Qibtiah.
love,

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum dear blog and reader :)
sebenarnya aku tengah penat gila ni..
seperti yang di update kat status facebook,
hari ni aku & the geng lepak kat KL, area2 jalan tar..
so sempena tarikh yang cantik hari ni,
macam molek je kalau nak update blog kan kan?
kejap lagi dah nak pukul 12. cepat cepat aku update. HAHAHA
ye, aku tau kita tak perlu nak mengagung-agungkan sangat tarikh hari ni :)
aku ada terbaca banyak kat facebook pasal benda ni..
sebenarnya, takde niat pun nak bercerita pasal 11nov ni.
semua kebetulan. Niat dalam hati perlu bersih ye..
tarikh ini hanya cantik & berharap moga hidup kita semua diberkati Allah SWT..
pasal tarikh nak keluar 1 member ni pun tak plan nak buat hari ni.
semuanya secara KEBETULAN yang aku plan sejak minggu lepas lagi,
masa tu tak tengok tarikh pun. wuhuuuuuuu =.=



bukan senang nak kumpulkan semua kawan-kawan untuk hangout kan?
yelaaa, bukan semua orang free macam kita,
so mereka-mereka ini saja la yang aku dapat kumpul kan.
Sai kat UUM, Nida memang jarang dapat jumpa :")
Tai pulak sepatutnya memang nak join, tapi pagi tadi dia mesej,
dia tak berapa sihat.. sokay, insyaAllah next time..


yang bestnya kali ni lepak KL naik kereta! weeeeeeeeeeha.
hahaah takde la, before ni kena naik public transport sama ada bas ataupun KTM kan.
faham-faham jela naik public transport ni. ngeeeeeeee.
sekali sekala teringin jugekkkk la kan nak naik kereta, bebas sikit.
Driver adalah Syida. Hahahah ktorang ni penumpang je.
alhamdulilah, selamat pergi dan balik :)

sebelum gerak, dalam pukul 9 lebih. hikhikkkkk =.=
sementara tunggu Syida pick up ktorang kat stesen bas rawang. Lama gila kau nyahhhh, cair make up we ol youuuuuu ~ HAHAHAH
TARAAAAAAAAAAAA . HAHAHA
Bila semua berkumpul :) Mar, Amy, Qilah. hehehe
Amy tak henti-henti bebel,
Mar tak henti-henti gelak and Qilah berkhidmat sebagai GPS ktorang. HAHAHA


after dah pick up dorang kat rumah masing-masing,
ktorang pun gerak,
jalan tak jammed, tapi tak la lapang pulak.
boleh-boleh jelaaaa ~
sepanjang ontheway, macam biasa la.
mulut tak berhenti-henti bercakap macam nak gegar dah kereta syida tu. HAHAHA
happy :") kalau ada semua mesti best :")


sampai je terus park kereta kat Maju Junction sebab parking kat situ tak berapa busy,
ingatkan nak terus ke jalan tar, tapi si Qilah ni lapar la pulak.
mana tak nya, dah tengah hari nyahhh.
hahaha so ktorang melantak duluuu.
macam biasa, aku makan laksa. hihihihi. hantu laksa. wehohoooooo ~
alamakkkkk. makanan dah licin semuanya. HAHAHA
sumpah lawak pic ni. HAHAHA sebenarnya, aku tengah gelak kat Amy ni haaa, hahaha
masa ni ktorang gosip pasal ada kakak meja sebelah dia hisap rokok. wuhuhu =.= aku macam tak percaya sebab dia pakai tudung :"0 tu yang muka macam ape je. hikhikkkk
:)
Amy makan sentiasa licin nyahhhhh. HAHAHA
alolololo nak manja-manja kau pulak kan? nanti ada orang yang jeles lewwwwww ;D
aku tak tau gaya apa yang kau buat ni Qilah. HAHAHAHA
twin ! sama kan muka? siapa lagi comel? aku kannnnnnnnnnn ? ;D
alamakkkkk, aku terhimpit =.-" hahaha
gegurllllllllll + evogurl <3
Qilah muka tak boleh blah. hahahhaha


aku rasa makannya tak la lama mana.
tapi snap ni, snap tu,
makan yang 15 minit pun boleh jadi sejam lebih.
belum lagi gosip pasal orang meja sebelah yang tak reti nak solat jumaat.
HAHAHAHAH, ktorang cuma bergurau-gurau je :)
ingatkan nak mintak tolong sape-sape snap kan pic ktorang berlima.
tapi tak tau nak mintak tolong siapa..
so hanya dapt gilir-gilir snap pic jela :(
sedih takde gambar semua..


hhahah comel je muka Qilah terjojol sikit. HAHAHAHAHA
comel dowhhh time ni. hahahhaa

mula bergerak ke Jalan Tar,
jalan tar ni, Jalan Tengku Abdul Rahman,
haaaaaa hambik bagi full. hehehhe
bagi sesiapa yang pernah ke sini,
tau kan kat jalan tar ni ada jual apa?
ada jual shawl, baju, kain ela, langsir,
mari mari beliiiiiiiiiiiii !
time nak raya memang berduyun la umat manusia kat sini. hihihihi
oleh kerana aku ni agak hantu shawl, so memang rambang mata la kan.


tapi yang sedihnya, aku cma beli 2 helai shawl selama hampir 2 3 jam ktorang berjalan kat sini.
HAHAHAHAH tah hape-hape kan?
sebabnya, aku lama sangat memilih.
last-last melepas je semua.
hadoihhh sedih je :(
nak round-round lagi hari dah petang plus hujan plus sakit kaki.
sobsobbbbbbbb bila lagi la nak kesini.
hurm. pasni shoping kat TS pulak la.
tak pun Cmart Arau je. hahahahha.
weh sumpah penat menaip.
k la, sampai di sini je.
dadaaaaaaaaaa.
enjoy the picture yang tak seberapa :)
kredit semua gambar di atas pada Cik Mariatul Qibtiah atas jasa baik camera barunya *ewahhh
wassalam :)

"aku happy sangat, aku rasa sehari macam tak cukup lepak dengan korang,
aku harap relationship kita tak kan putus walaupun masing-masing dah ada life sendiri.
Sampai ketemu lagi ye"
-evogurl91