Friday, April 29, 2011

Housewife.

Assalamualaikum ! hello hello. hehehe. Hari pertama bercuti kat rumah memang
banyak benda la aku buat kan, bangun pagi je dah pulun basuh baju,
errr basuh guna mesin tau! ehhe, kat hostel guna tangan sebab mesin basuh agak jauh,
kalau dekat alamatnya ke dalam mesin jugak lah! ngeh ngeh.
haaaa nak story rutin harian the whole day hari ni.
memang dah macam mak-mak orang kot aku ni! sampai mandi tadi pun pukul 3 petang tau!
nak buat macam mana, sibuk uruskan anak-anak. hahahahah


lepas subuh, pergi basuh baju kejap. then continue tidur.
tu pun agak susah sebab budak-budak tu ada, dia naik tingkat atas.
dok usik itu ini, memang BOLEH pulak aku tidur kan.
then bila dorang turun bawah, baru aku dapat sambung tidur.
lepas tu aku dengar bising-bising. Dengan Mar bukak lagunya,
suara kakak, didad, haihh mengacau!
nak tak nak bangun jugak la aku.
then uruskan baju, pergi sidai semua.
lunch pulak aku suapkan budak-budak makan.
auchhhh dah lama tak suap menyuap nih! hehehe.
dulu masa kat taska memang kerja aku la suap-menyuap ni kan.


paling 'siksa' bagi aku, nak bagu budak-budak ni tidur! haihhh
memang susah kot. Lepas zohor aku dok fikir macam mana lah nak tidur kan dorang ni.
sebab dorang ni kerja asyik nak bergaduh je adik kakak.
haahhaha comel =.= mula-mula aku bukak tv, pasang air cond semua.
lepas tu suruh bukak cerita hantu. Mana ada cerita hantu tengah-tengah hari buta nih.
aku bentang la toto kat bawah, haaa lepak la dorang kat situ.
lepas tu kakak mintak aku buatkan dia susu,
yang paling tak tahan dorang semua berebut nak aku peluk dorang.
alahai, comel la anda-anda! hahahahah.
sebab yang si kakak & adik ni memang suka bergaduh. so aku ambil keputusan
baring kat tengah, aduhh. Aku tak nak tidur kot, terpaksa la buat-buat tidur kan.
then dorang still tak boleh tidur. Lepas tu aku cerita la pasal hantu,
yang si adik (didad) ni dah peluk lengan aku dah.


tak lama lepas tu aku tengok mata dia terpejam. alahai, comelnya :DD
kakak pulak dok buat muka risau, then aku tanya la kenapa, dia cakap
dia nak balik rumah mama., hahahhahaha tergelak aku, takut la tu! hehehe
then aku pujuk, aku cakap kat rumah ni takde hantu, insyaALLAH.
baru la tenang sikit dia. haaa dengar la lagi ni,.
lepas tu kan, agak dah 10 minit dorang tidur aku ni dok fikir macam mana la nak bangun.
sebab kepala didaD kt lengan aku,
aku takut dia terjaga nanti bila aku tarik lengan aku.
memang slow-slow la aku tarik, akhirnya lepas jugak! heheheh
baru aman sikit aku. Kalau tak, memang kena la jugak aku tidur.
apa-apa pun, aku sayang dorang sebab dorang darah daging aku kan. hehehe
dah lama tak rasa ada adik! ;p



Inilah manusia-manusia itu :)

kakak :)
Didad :)



so amacam? agak-agak pass tak aku untuk menjadi seorang ibu yang penyayang?
lalalalalalala;DD

Pagi Yang Gelap.

Hello, assalamualaikum ! aicehhhh, gumbiranya dalam hati, kalau beristeri dua.
hahhahaha tapi ni hati gembira bukan sebab beristerti dua naaa.
gembira sebab dapat pulang ke kediaman tercinta yang tersergam indah. wuhhuu!
tapi pagi ni memang gelap sikit la, dengar cerita kat selangor ni tengah musim hujan ek,
agak laaa, petang pun hujan, kat Arau cuaca biasa je.
eh eh jangan cakap pasal Arau la, now dah kat Rawang kan? hikhiik.
jangan nak poyo sangat la kan! ;DD


sebenarnya ni mengantuk lagi nih,
tapi nak mendobi baju dulu kot! lepas tu baru continue tidur.
Kakak & didad ada kat rumah.
perghhh terbaik ! memang riuh la rumah kan dengan adanya budak-budak comel itu.
hehehhehehe. moh kita kemas rumah mohhh.
:)

Thursday, April 28, 2011

Short speech.

" Awak, awak tau tak hari ni hari apa? awak tau tak apa yang berlaku pada tiap-tiap 28 haribulan? awak ingat tak pertama kali kita kenal macam mana? pertama kali kita jumpa? pertama kali saya jejak kan kaki kat rumah awak? pertama kali saya manja-manja dengan awak? ingat tak? HARI NI. Hari ni 28 April. Genap 2 tahun kita kenal :0
tak sangka kenal kat myspace pun boleh rapat sampai macam ni kan? Aishh siapa kata tak boleh? Yang dalam Myspace tu pun manusia jugak kan? hehehhehe. Awak, thanks sebab sudi sayang saya, sudi terima macam mana saya, sebab faham perangai saya, :'( saya tau, kadang-kadang saya banyak juga buat awak sedih kan? awak tau kan saya macam mana. iskkkk,
saya sayang awak lah. Insyaallah, saya nak relationship ni kekal forever & abadan abada macam awak selalu cakap. Awak, sangat-sangat thanks sebab awak selalu ada dengan saya susah senang. Awak selalu support saya bila saya down, awak, awak lah di antara jutaan manusia yang ada di sampiang saya. Saya sayang awak, kakak. Saya takde kakak, saya tak tahu macam mana perasaan seseorang yang ada kakak. Memang teringin nak kakak, tapi takde rezki. Tak kan nak suruh umi lahirkan kakak kot. hehehe mustahil kan? Awak la kakak saya tu. hihihihihi. Awak, thanks again tau & sorry for everything. Moga ukhwah kita berpanjangan. Bukan setakat sampai mati, tapi sampai syurga.. Amin! Kakak, awak tolong la jaga diri ye. Awak tu bukan sihat sangat. Lagi satu, tolong jangan hiding something daripada saya. Kalau saya dapat tau, siap la awak! bukan ke kita nak share semuanya? Kalau saya boleh share semua problem saya, kenapa awak tak boleh buat benda yang sama? Jangan bagi alasan okey. Saya marah nanti! Awak takut kan tengok saya marah? ;D haaa so, jangan buat macam tu okey. "
Akhir kata, Sayang NURFARAIN YAHYA :)



*rasanya ni dah bukan short speech nih! hehee

Sem - break !

Assalamualaikum people! hye hye.
heheh happy meyh sebab dah selamat berada di rumah tercinta! ;DD
gila rindu kat rumahnih! sebulan tak balik after cuti MC 3 minggu hari tu,
ngehngeh, pukul 8 tadi sampai rumah. Tapi sampai KL pukul 6 lebih macam tu.


haih dengar la ni, hangin betul aku dengan bas T****I*N*L.
nak tau tak kenapa? dah la tiket bas aku actually pukul 9 am, then delay sampai pukul 10.
takpela, dalam pukul 10 :08 am dia gerak dah.
tapi dia dok bawak pulak pusiang sampai Kuala Perlis bagai! dengan dia berhenti kat
mana tah. Lama gila pulak tu! aku sampai tidur dah 2 3 cerita aku mimpi *tipu je.
geram sangat aku tau! haihhhhhhh hangin gila.
then bas betul-betul gerak keluar tol pukul 11 lebih, sakit hati betul.
kalau gerak awal mesti lagi awal sampai.



hmm tapi aku pelik jugak, even gerak lambat pun, cepat pulak sampai ek?
pak cik driver bas tu drive macam mana ek? heehhehe,
aku memang tidur gila la, sumpah letih yang amat.
penat jawab exam & kemas rumah tak habis lagi kot,
haih macam mana la dorang yang lain boleh gigih balik malam semalam after paper habis, huhu.
macam-macam posisi aku duduk dalam bas tu. hahaha nasib baik tak ramai penumpang.
kalau tak, memang sangat la 'perempuan melayu terakhir' kan. hihihihihi
sakit satu badan kot, dengan pinggang nya. haih tua dah. hahahha.


barang banyak jugak kot, aku pun pelik sedangkan dah hantar kat rumah Faika separuh.
hmm memang dasar perempuan kan? dengan tudungnya, bajunya, seluarnya, make up nya,
hehehhehe. takpe la, pape hal pun dah selamat sampai rumah pun.
bye bye perlis, bye bye buku.
saya nak lupakan awak kejap ye? sebulan je. SEBULAN tau!
bagi otak saya rehat kejap. aicehhhh. pada korang yang masih belum habis exam lagi,
teruskan study tau tau! jangan dok fikir nak balik sangat aih,
tak lari rumah *amboy, pandai aku cakap! hahahha.

buku-buku aku : Public Relation ( dah selamat bersemadi kat dalam kotak, duduk elok-elok ye)
view of half Perlis :)
on my way....
ME :)



HAVE FUN WITH YOUR HOLIDAY , DEAR FRIEND!

Sunday, April 24, 2011

Feeling.

Rasa tak macam ada yang lain dalam relationship kita?
rasa tak yang kita ni dah tak macam dulu?
ke awak tak rasa apa-apa ek?
sokay la, perasaan saya ke kot. never mind, just forget it.


*best jugak kalau terlampu busy ni kan, sampai kadang-kadang terlupa yang diri ni ada masalah*

Hey hey!

korang! aku dah selamat jawab 2 paper hari ni! hahahha
sekarang ni punya la mengantuk nak mampos,
memang tidur tak berapa nak cukup la kan!
hmm actually hari ni memang hari yang 'tak best' untuk ktorg, budak bisnes.
sumpah tension bila satu hari ada 2 paper.
before ni pernah jugak dengan member-member daripada course lain
yang kena jawab 2 paper dalam sehari.
tapi biasanya satu paper mengira, satu paper membaca.
atau pun satu paper BEL ( english ), satu paper membaca.
tapi ktorg 2 2 subjek membaca yang banyak gila-gila.
bayangkan lah, dengan masa 3 hari je nak cover semua.
kalau pada siapa yang memang dah ready daripada awal tu,
memang advantage la untuk dia kan, tapi aku ni pulak bukan jenis
orang yang study awal, kang lupa. hmmm tak pela.


by the way, paper LAW 251 and MGT 300 tadi quite okey la.
paper LAW memang aku puas menulis. memang bebel gila-gila.
penuh paper aku, tapi macam mana lec mark paper tu, wallahualam.
aku tak boleh nak komen, apa yang boleh aku komen,
aku dah buat yang terbaik, sebaik mungkin, bak kata orang dah all out la,
even preparation sumpah macam hape tah, tapi aku tawakal jela.
aku dah buat, then berserah pada ALLAH,
tunggu jela result nanti okey!


paper IT (information tecnology ) tadi pulak pun okey jugak la.
tah hape aku membebel tah. Ada yang ada dalam buku,
ada yang aku tambah sendiri ikut logik akal, hope miss terima la.
bayangkan la, habis exam law pukul 12 pm, then 2;15 pm start IT.
berapa jam kot sempat selak-selak buku.
sempat jugak la aku go through sekali imbas dengan Baie,
memang ada jugak la yang masuk! selamat :)
last minit pun sempat nih. hehehhe.
ramainya la yang keluar awal tadi kan?
aku pun antara orang last-last jugak yang keluar.


hmmm by the way, aku baru lepas kemas barang-barang ni.
hahahha gegeh nak balik! yehoooooo.
bukan apa, aku tak nak dah nak sibuk-sibuk kemas barang lepas ni.
malam ni memang tak nak study FIN (finance) lagi.
bagi otak rehat dulu, then continue beroperasi esok. heeeee.
dah 70 % aku kemas barang. Hari selasa buat clearance & hantar barang kat rumah Faika.
nasib baik la ada jugak orang yang sudi tumpangkan barang-barang aku. huhuuhuhuh.
dah packing dah, mungkin ada 1 2 lagi la kot. hope semua berjalan lancar :)
tak sabarnya tunggu hari khamis! oouh yaa, aku, Akma & Baie ada plan malam rabu tu.
ehhehehhe enjoy enjoy bebeh! love yahhh :) take care.

Friday, April 22, 2011

2 paper dalam sehari!

Assalamualaikum ! hmmm aku kat library nih. hehehehe.
sempat pulak nak update blog kejap kan,
sebab kat bilik malas nak online, kang jadi lama pulak! cannot cannot.
internet di haramkan untuk aku bukak for a few day buat masa ni,
nanti kat rumah nak on9 sambil tidur pun boleh! hahahahahah.
okey, dengar la ni nak cerita :( stress kot.
exam diz sunday, tapi ada 2paper ni! macam mana?
nak focus kat IT ke Law?
haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :( memang sigh panjang la kan.
buat masa ni aku dah bukak la 2 2 buku tu, tapi belum 100% la focus. especially IT.
IT 13 tajuk bhai! memang menggelupur la aku nak hafal kan! :(
korang boleh tolong hafalkan tak???? :( boleh la, sorang ambik 2 tajuk ek. hehehhehe
kalau la BOLEH kan! hmmmm.



Law pulak, aku tak tau nak cakap. aku focus pada 3 tajuk ni, law of contract, law of agency and hire purchase agreement. aku macam suka nak jawab law of agency!
hehheheh sebab aku suka tajuk tu, aku faham & senang ingat.
hirer purchase aku macam ermmm ermmmm. haaaa macam tu la lebih kurang!
no comment kan!
tinggal lagi sehari lebih je nak baca nih! sempat ke pulun ni Rabia oy?
insyaALLAH, sempat. jangan banyak bebel la! baca je buku tuh.
okey laaa, nak sambung study nih. sumpah sejuk yang amat!
nak hug teddy bear yang gemuk-gemuk celah mana pulak nak dapat kan. hehehehe.
sejuk gilossssssssssssss!
tata. doakan aku!




tipula kalau cakap tak rindu :')